Thursday, 28 December 2023

Kisah Umar al-Khattab membentak malaikat Munkar dan Nakir?

 

 

Matan kisah

 

                  

وروي أن سبب رفقهما بالمؤمن لما مات سيدنا عمر بن الخطاب ودفن وانصرف الجماعة فبقي سيدنا علي كرم الله وجهه ورضي عنه يترقب في القبر ليستمع كلام سيدنا عمر مع هذين الملكين فسمعه يقول : أيها الملكان أنا وعدتكما وأوصيكما أن لا تأتيا المؤمن بعد هذا الوقت بصورتكما هذه… بل انقصا من هذه لأني لما رأيتكما بهذه الحالة حصل لي خوف وفزع شديد وأنا صاحب رسول الله! فكيف بسواي إذا رآكما بهذه الصورة؟ فقالا له سمعا وطاعة لا نعصي أمرك يا صاحب رسول الله! فقال سيدنا علي رضي الله عنه: والله ما يزال عمر ينفع الناس في حياته ومماته

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan bahawasanya sebab kelembutan kedua Malaikat itu terhadap orang beriman adalah bahawasanya ketika Sayyidina Umar bin al-Khaththab meninggal dan dimakamkan, setelah orang-orang pergi meninggalkan kubur dan tersisa Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah dan semoga Allah meridhai beliau, menunggu di kubur untuk mendengar percakapan Sayyidina Umar dengan dua Malaikat tersebut. Ali mendengar Umar berkata: Wahai 2 Malaikat, aku beri ancaman kepadamu dan wasiatkan kepadamu agar janganlah ada nantinya seorang yang beriman mendatangi kalian berdua setelah ini dengan bentuk (penampakan) kalian seperti ini…Hendaknya kalian turunkan (kadar kengerian penampakan kalian) kerana ketika aku melihat kalian berdua dengan penampakan seperti ini, aku mengalami perasaan takut dan terkejut yang sangat. Padahal aku adalah Sahabat Rasulullah. Lalu bagaimana dengan selain aku, jika orang itu melihat kalian berdua dalam bentuk seperti ini? Maka kedua Malaikat itu berkata: Kami mendengar dan taat, tidak akan bermaksiat terhadap perintah anda wahai Sahabat Rasulullah! Maka Sayyidina Ali radhiyallahu anhu berkata: Demi Allah, Umar terus menerus bermanfaat bagi manusia baik saat masih hidupnya mahupun setelah meninggalnya

 

Takhrij

 

Palsu , tidak ditemui asal dalam kitab hadith dan sirah muktabar sunnah

 

Ia ditemukan dalam kitab Nurudz Zhalam Syarh Mandzhumah Aqidatil ‘Awwaam karya Syaikh Abu Abdil Mu’thiy Muhammad bin Umar bin Ali Nawawi al-Jawi hal. 44, Darul Kutub al-Ilmiyah, tanpa sanad.

 

Kisah itu disampaikan tanpa sanad dan juga tidak menyebutkan rujukan jelas dari kitab-kitab riwayat yang muktabar. Ulama sekaliber al-Imam al-Qurthubi saja yang memang jelas ahli hadith, namun apabila menyebutkan hadith tanpa sanad dan tanpa rujukan  kitab induk hadith, tidak boleh dijadikan hujjah menurut al-Imam asy-Syaukani. Padahal al-Imam asy-Syaukani banyak merujuk pada al-Imam al-Qurthubi. Tapi, pada saat al-Imam al-Qurthubi menyebut sebuah hadith tanpa sanad dan tanpa rujukan dari kitab induk hadith, beliau menolaknya dan memberikan kritikan.

 

Al-Imam asy-Syaukani rahimahullah menyatakan:

 

وَهُوَ وَإِنْ كَانَ إِمَامًا فِي عِلْمِ الرِّوَايَةِ، فَلَا تَقُومُ الْحُجَّةُ بِمَا يَرْوِيهِ بِغَيْرِ سَنَدٍ مَذْكُورٍ وَلَا نَقْلٍ عَنْ كِتَابٍ مَشْهُورٍ

 

Beliau (al-Qurthubi) meskipun imam dalam ilmu riwayat (hadith), tidaklah boleh tegak hujjah dari hadith yang diriwayatkan oleh beliau yang tidak disebutkan sanadnya ataupun dinukil dari kitab yang dikenali (Fathul Qadir al-Jami’ Bayna Fanna ar-Riwayah wad Dirayah min Ilmit Tafsir karya asy-Syaukani 1/536)

 

 

Rujukan

 

https://itishom.org/blog/artikel/ruduud/benarkah-kisah-umar-membentak-malaikat-munkar-dan-nakir-di-kubur

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...