Matan atsar
أن رأس الحسين حمل إلى الشام ووضع بين يدي يزيد.
Terjemahan
Bahawa kepala
al-Husain dibawa ke Syam dan diletakkan di hadapan Yazid.
Takhrij
AR. Thabari dalam Tarikhnya 5/461,
Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 69/176, Bidayah wan Nihayah 11/562
Tidak ada riwayat yang sahih yang
menyatakan bahawa kepala Husein dikirim kepada Yazid di Syam (Mar’i Ibn Yusuf
al-Karmi, Al-Fawa’id Al-Mawdhu‘ah Fi Al-Ahadith al-Mawdhu‘ah no. 27)
Berkata Ibnu Taimiyah:
وأما حمله إلى الشام إلى يزيد فقد روي من وجوه منقطعة لم
يثبت شيء منها. بل في الروايات ما يدل على أنها من الكذب المختلق، فإنه يذكر فيها أن
يزيد جعل ينكت بالقضيب على ثناياه، وأن بعض الصحابة الذين حضروا كأنس بن مالك وأبي
برزة أنكر ذلك عليه. وهذا تلبيس، فإن الذي فعل ذلك إنما هو عبيد الله بن زياد.
Adapun dibawanya ia ke Syam
kepada Yazid, maka ia telah diriwayatkan daripada jalan-jalan riwayat yang
terputus dan tidak thabit suatu apapun daripadanya. Bahkan pada riwayat-riwayat
tersebut ada yang menunjukkan bahawa ianya adalah daripada pendustaan yang
direka. Kerana padanya dinyatakan bahawa Yazid mula mengais pada gigi kacipnya
(al-Husain) dengan tongkat, dan bahawa sebahagian para sahabat yang hadir
seperti Anas bin Malik dan Abu Barzah membantah perkara tersebut. Sedangkan itu
adalah putar belit, kerana sesungguhnya orang yang melakukan perkara tersebut
ialah ‘Ubaidullah bin Ziyad (Majmu Fatawa 4/498)
Antara yang dapat menjelaskan hal
ini ialah bahawasanya Anas dan Abu Barzah tidak berada di Syam pada ketika itu,
bahkan di Iraq. Sesungguhnya pendusta-pendusta ini adalah orang-orang bodoh
dalam membawakan bukti kepada penipuan mereka. Adapun dibawanya kepala itu ke
Mesir, maka itu merupakan suatu kebatilan dengan kesepakatan orang ramai. Para
ulama kesemuanya telah bersepakat bahawa lokasi peristiwa di Kaherah tidak
melibatkan kepala al-Husain ataupun mana-mana bahagian daripadanya. Lokasi
peristiwa itu direka-reka pada penghujung pemerintahan puak Fatimiyyah (Syiah)
untuk memikat hati orang ramai. Thala’i’ bin Ruzzik al-Rafidhi yang membinanya.
Al-Zubair bin Bakkar telah berkata: Sesungguhnya kepala itu di bawa ke Madinah
al-Munawwarah dan telah dikebumikan di sana. Al-Hafiz Abu al-Khatthab bin
Dihyah juga berkata apabila dia menyebutkan apa yang al-Zubair bin Bakkar
sebutkan: Sesungguhnya kepala itu dibawa ke Madinah, maka lain daripada itu
adalah tidak sahih. Al-Zubair juga adalah ahli nasab yang paling alim, dia juga
adalah ulama terbaik dengan sebab ini (Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi, Al-Fawa’id
Al-Mawdhu‘ah Fi Al-Ahadith al-Mawdhu‘ah hal. 81-83).
Rujukan
https://semakhadis.com/bahawa-kepala-al-husain-dibawa-ke-syam-dan-diletakkan-di-hadapan-yazid/
Fatwa Soaljawab Islam no. 241102
No comments:
Post a Comment