Monday, 18 March 2024

Hadith 5 nasihat Jibril as kepada Nabi saw

 

Matan hadith

 

جاء جبريل إلى النبي صلى الله عليه وآله وسلم فقال له: يا محمد عش ما شئت فإنك ميت وأحبب من شئت فإنك مفارقه واعمل ما شئت فإنك مجزي به واعلم أن شرف المؤمن: قيامه بالليل وعزه: امتناعه عن الناس

 

Terjemahan

 

Jibril telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata kepada Baginda: Wahai Muhammad, hiduplah dengan apa yang engkau inginkan sesungguhnya engkau akan mati, kasihilah sesiapa yang engkau ingin kasihi kerana sesungguhnya engkau akan meninggalkannya, amalkan apa yang engkau sukai sesungguhnya engkau akan diberi balasan dan ketahuilah sesungguhnya mulianya mukmin itu kerana solat malamnya dan kehebatannya apabila dia menahan diri daripada apa yang dimiliki manusia

 

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim no. 7921, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 4278, Abu Nua’im dalam Hilyatul Awliya 3/253, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 10541, Abu Abdillah Muhammad al Qudhai dalam Musnad asy Syihab no. 746, Yahya bin Al Husain al-Jurjani dalam Tartibul Amali no. 2925. daripada Sah bin Sa’ad ra.

 

Dinilai Sahih oleh al-Hakim dan disetujui oleh az-Zahabi (al-Mustadrak 4/360 yang ditahqiq oleh Mushthafa Abdul Qadir Atha)

 

Akan tetapi penilaian al-Hakim di bantah oleh as-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu’ah 1/257 dan beliau berkata hadith ini dhaif.

 

 

Hadith ini selain jalan (Sahl bin Sa'ad ra) ada lagi 4 lagi jalur sanad dari:

 

-Ali ra - (Hilyatul Awliya 3/202)- dhaif kerana terdapat perawi yang majhul (Silsilah Hadith Sahih 2/484).

 

-Ibnu Umar ra - (al-Mustadrak 4/360) -dhaif kerana perawi Muhammad bin Uyainah dan Zafir bin Sulaiman, kedua-dua ini diperselisihkan, tapi as-Suyuthi dalam al-La’ali 2/28 mensahihkan hadith tersebut

 

-Jabir ra - (Musnad Abu Daud at-Thayalisi no. 1862, Syuabul Iman no. 10057, tanpa lafaz kedua:

 

يَا مُحَمَّدُ شَرَفُ الْمُؤْمِنِ قِيَامُ اللَّيْلِ وَعِزُّهُ اسْتِغْنَاؤُهُ عَنِ النَّاسِ

 

 

dhaif kerana al-Hasan bin Jaafar didhaifkan jamaah (Diwanudh Dhuhafa 1/79)

 

Juga Abu Zubair dia mudallis (Siyar A’lam an-Nubala 5/380-384).

 

-Ibnu Abbas ra - (Mu'jam Ibnu Asakir no. 619), dhaif , Manshur bin Abdullah bin Khalid al Khalidi al Harawi dinyatakan sebagai kadzdzab (pendusta) oleh Abu Sa’d Abdurrahman bin Muhammad al Idrisi (Siyar A’lam an Nubala’ 16/115-116)

 

Analisis :

 

-jalur Ali bin Abi Thalib lemah kerana terdapat perawi majhul

 

-jalur Abdullah bin Umar dan Sahl bin Sa’ad terdapat perawi yang diperselisihkan iaitu Zafir bin Sulaiman dan Muhammad bin Uyainah

 

-jalur Jabir bin Abdillah juga lemah kerana terdapat Al Hasan bin Ja’far yang dijarh oleh para Imam dan juga Abu Zubair yang masyhur sebagai mudallis.

 

-jalur Abdullah bin Abbas parahnya keadaan sanadnya.

 

 

 

Hadith lemah boleh terangkat menjadi hasan jika memenuhi dua syarat :

 

(1) Hadith itu juga diriwayatkan dengan jalur riwayat lain (satu atau lebih) yang mana jalur lain tersebut keadaannya sama atau lebih kuat,

 

(2) Sebab yang menjadikan kelemahan hadith adalah kerana lemahnya hafalan, atau terputusnya sanad, atau adanya perawi majhul. (Taisir Musthalah al-Hadits li Mahmud Thahhan hal 66).

 

 

Dari syarat ini , hadith di atas bererti memiliki peluang untuk menjadi hasan kerana kualiti hadith dari  jalur Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Umar, Sahl bin Sa’ad. Kerana itu ada para ulama menilai hadith ini hasan.

 

Al-Mundziri menilai sanad hadith ini hasan dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/431 begitu juga al-Haithami dalam Majma Zawaid 2/252-253.

 

Hadith ini dinilai hasan oleh al-Iraqi  (Maqasid al-Hasanah 1/456)

 

Dan dinilai hasan dengan terkumpulnya kesemua jalur-jalur riwayat yang ada oleh Syeikh Al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahihah no. 831

 

Rujukan

 

https://assiwak.wordpress.com/2014/03/15/lima-nasihat-jibril-kepada-rasulullah-bagian-1/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...