Monday, 18 March 2024

Hadith berkaitan ulama dan penguasa

 

Hadith 1

 

من بدا جفا، ومن اتبع الصيد غفل، ومن أتى أبواب السلطان افتتن، وما ازداد أحد من السلطان قرباً، إلا ازداد من الله بعداً

 

Dari Abi Hurairah radiallahu anhu, Rasulullah     bersabda, “Siapa tinggal di pedalaman maka perangainya keras, dan siapa sibuk dengan berburu maka akan lalai, serta siapa yang mendatangi pintu-pintu penguasa terkena fitnah, tidak seseorang semakin dekat dengan penguasa maka akan bertambah jauh dari Allah (HR. Ahmad no. 9683 dan al-Bazzar no. 9743, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/271, sanadnya sahih menurut al-Ajluni dalam KAsyaful Khafa’ 2/309, hadith ini dhaif menurut Syeikh al-Arnauth)

 

Hadith 2

 

أَبْغَضِ القُرّاءِ إلى اللهِ الذين يزورون الأُمراءَ

 

Dari Abi Hurairah radiallahu anhu, Rasulullah ﷺ  bersabda, Sesungguhnya qurra yang paling dibenci Allah ialah yang mendatangi penguasa. (HR. Tirmidzi no. 2383, Ibnu Majah no. 256, didhaifkan Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ no. 2460).

 

Hadith 3

 

ويلٌ لأمتي من علماءِ السوءِ، يتخذون هذا العلمَ تجارةً يتبعونها من أمراءِ زمانهم ربحًا لأنفسهم، لا أربح اللهُ تجارتَهم.

 

Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama su’, mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa zaman mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu [HR. al-Hakim dalam Tarikh Naisabur sepertimana disebutkan as-Suyuthi dalam Jamius Saghir 2/384, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 7154, daripada Anas ra, hadith dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam  Silsilah Hadith Dhaif no. 5235].

 

Hadith 4

 

الْعُلَمَاءُ أَمَنَاءُ الرُّسُلِ مَا لَمْ يُخَالِطُوْا السُّلْطَانَ وَ يُدَاخِلُوْا الدُّنْيَا فَاِذَا خَالَطُوْا السُّلْطَانَ وَ دَاخَلُوْا الدُّنْيَا فَقَدْ خَانُوْا الرُّسُلَ فَاحْذَرُوْهُمْ

 

Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para Rasul. Kerana itu, jauhilah mereka (HR. as-Samarqandi dalam Tanbihul Ghafilin no. 675, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 4210, daripada Anas ra, hadith hasan menurut as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 5683. Tidak sahih menurut as-Sakhawi dalam Takhrij Fadhilat al-‘Adilin no. 186 dan as-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu’ah  no. 288).

 

Hadith 5

 

إِنَّهَا سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكِذْبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَيُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الْحَوْضَ

 

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dari pengikutku dan aku bukan dari kalangannya serta dia tidak akan datang kepadaku di al-Haud (telaga Nabi di akhirat). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari pengikutku dan aku dari kalangannya dan dia akan datang kepadaku di al-Haud (telaga Nabi di akhirat). (HR. Ahmad no. 18126, al-Nasaie no. 4207, dan Tirmidzi no. 614, daripada Ka’ab bin ‘Ujrah, hadith sahih menurut al-Wadi’ie dalam Sahih musnad 2/149 dan al-Arnauth)

 

Hadith 6

 

مَا مِنْ أَمِيرٍ يَلِى أَمْرَ المُسْلِمِينَ، ثُمَّ لا يَجْهَدُ لَهُمْ وَيَنْصَحُ، إِلا لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمُ الجَنَّةَ

 

Tidak ada seorang pemimpin yang menangani urusan kaum muslimin, kemudian tidak bersungguh-sungguh dan tidak melaksanakannya dengan baik, kecuali ia tidak akan masuk Syurga bersama mereka (HR. Muslim no. 142)

 

Hadith 7

 

‌يَكُونُ ‌فِي ‌آخِرِ ‌الزَّمَانِ ‌أُمَرَاءٌ ‌ظَلَمَةٌ وَوُزَرَاءُ فَسَقَةٌ وَقُضَاةٌ خَوَنَةٌ وَفُقَهَاءُ كَذَبَةٌ فَمَنْ أَدْرَكَهُمْ فَلا يَكُونَنَّ لَهُمْ عَرِّيفًا وَلا جَابِيًا وَلا خَازِنًا وَلا شُرَطِيًّا

 

Akan datang pada akhir zaman para pemimpin yang zalim, menteri-menteri yang fasik, para hakim yang melakukan pengkhianatan dan para fuqaha yang berbohong. Sesiapa yang sempat hidup di zaman mereka, jangan dia menjadi wakil, pengutip cukai, orang yang menjaga perbendaharaan dan juga penguasa bagi pihak mereka (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 4190, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 10/283, hadith munkar menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3309).

 

Ulama su’ itu adalah ulama salathin (ulama pendamping penguasa), yang tidak melakukan amar makruf nahi mungkar atau memuhasabah penguasa, sebaliknya ‘membantu’ penguasa dalam kezaliman mereka. Ulama inilah yang menutup dan memperindah segala tindakan jahat penguasa sehingga ramai daripada kalangan umat Islam yang “boleh menerima”, malah ada yang membenarkan, kezaliman penguasa hasil tindak-tanduk ulama ini.

 

Menurut az-Zahabi, ulama su’ adalah ulama yang memperindah kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh penguasa; ulama yang menterbalikkan kebatilan menjadi kebenaran untuk penguasa; atau ulama yang diam sahaja (di hadapan penguasa) padahal ia mampu menjelaskan kebenaran [Siyar al-A’lam an-Nubala’ 6/125, Muassasah ar-Risalah, Beirut, cet. 9. 1413].

 

Rujukan

 

https://alhikmah.ac.id/bagaimana-menyikapi-penguasa-dzalim/

 

Tashih al-Mafahim no. 14

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...