Monday, 18 March 2024

Hadith makan dipasar merendahkan maruah

 

Matan hadith

 

الأكل في السوق دناءة.

 

Terjemahan

 

Makan di pasar adalah suatu kehinaan

 

 

Takhrij

 

HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 439, daripada Abu Huairah ra.

 

Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat Muhammad Bin Furat seorang perawi pendusta (Tartib Maudhuat no. 228).

 

Al-Khatib meriwayatkan pada sanadnya terdapat al-Haitham bin Sahl iaitu seorang yang lemah.

 

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada hadith Abu Umamah pada sanadnya terdapat dua perawi yang dikritik (al-Kamil 6/14).

 

Al-‘Uqaili berkata: Tidak ada satupun hadith yang sahih dalam bab ini (Dhuafa' al-Kabir 3/190).

 

As-Syawkani menilai palsu hadith tersebut di dalam al-Fawaid Al-Majmuah hal. 158, no. 13.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...