Matan hadith
كَانَ سَلْمَانُ
فِي عَصَابَةٍ يَذْكُرُوْنَ اللهَ، فَمَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى الله عليه وسلَّم فَكَفُّوْا
فَقَالَ: “مَا كُنْتُمْ تَقُوْلُوْنَ؟” فَقُلْنَا: نَذْكُرُ اللهَ الله، قَالَ: “إِنِّي
رَأَيْتُ الرَّحْمَةَ تَنْزِلُ
عَلَيْكُمْ فَأَحْبَبْتُ أَنْ أُشَارِكَكُمْ فِيْهَا”…
Terjemahan
Salman dan kelompoknya sedang
berzikir kepada Allah, lalu Nabi Muhammad SAW lewat di dekat mereka. Maka
mereka terdiam sejenak. Lalu Nabi bertanya: “Apa yang sedang kalian lakukan?” Mereka
menjawab: “Kami sedang berzikir “Allah… Allah”. Kemudian Rasul bersabda:
“Sungguh aku melihat rahmat Allah turun atas kalian, maka hatiku tertarik untuk
bergabung bersama kalian membaca zikir.”
Takhrij
HR. Ahmad dalam al-Zuhd, dan
al-Hakim no. 424, sahih al-Hakim dan disetujui oleh az-Zahabi dalam al-Talkhis
Hadith ini bukanlah dalil yang
menunjukkan bolehnya zikir secara Jemaah dan zikir lafaz Allah secara Tunggal.
Imam an-Nawawi di dalam kitabnya,
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya zikir tidak hanya tasbih, tahlil, dan takbir,
bahkan zikir ialah setiap amalan ketaatan yang dilakukan kerana Allah”.
(al-Adzkar hal. 7)
Pandangan para salaf banyak
menegah perbuatan doa dan berzikir secara jamaah
عن عمرو بن سلمة الهمداني قال كنا نجلس على باب عبد الله
بن مسعود قبل صلاة الغداة فاذا خرج مشينا معه الى المسجد فجاءنا ابو موسى الاشعري فقال
اخرج اليكم ابو عبد الرحمن بعد قلنا لا فجلس معنا حتى خرج فلما خرج قمنا اليه جميعا
فقال له ابو موسى يا ابا عبد الرحمن اني رايت في المسجد انفا امرا انكرته ولم ار والحمد
لله الا خيرا قال فما هو فقال ان عشت فستراه قال رايت في المسجد قوما حلقا جلوسا ينتظرون
الصلاة في كل حلقة رجل وفي ايديهم حصى فيقول كبروا مية فيكبرون مية فيقول هللوا مية
فيهللون مية ويقول سبحوا مية فيسبحون مية قال فماذا قلت لهم قال ما قلت لهم شييا انتظار
رايك قال افلا امرتهم ان يعدوا سيياتهم وضمنت لهم ان لا يضيع من حسناتهم شيء ثم مضى
ومضينا معه حتى اتى حلقة من تلك الحلق فوقف عليهم فقال ما هذا الذي اراكم تصنعون قالوا
يا ابا عبد الرحمن حصى نعد به التكبير والتهليل والتسبيح قال فعدوا سيياتكم فانا ضامن
ان لا يضيع من حسناتكم شيء ويحكم يا امة محمد ما اسرع هلكتكم هولاء صحابة نبيكم صلى
الله عليه وسلم متوافرون وهذه ثيابه لم تبل وانيته لم تكسر والذي نفسي بيده انكم لعلى
ملة هي اهدى من ملة محمد او مفتتحو باب ضلالة قالوا والله يا ابا عبد الرحمن ما اردنا
الا الخير قال وكم من مريد للخير لن يصيبه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم حدثنا ان
قوما يقروون القران لا يجاوز تراقيهم يمرقون من الاسلام كما يمرق السهم من الرمية وايم
الله ما ادري لعل اكثرهم منكم ثم تولى عنهم فقال عمرو بن سلمة فراينا عامة اوليك الحلق
يطاعنونا يوم النهروان مع الخوارج
Daripada ‘Amr bin Salamah
katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat
subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba
datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd
al-Rahman telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk
bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami
semua bangun kepadanya. Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu
‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak
bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia
bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan
melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah)
menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua
kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila
lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali.
Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali.
Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.”
Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”.
Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan
perintahmu”. Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh
mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan
hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya.
Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia
berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab
mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir,
tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin
pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad!
Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju
baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi
pecah. Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya , apakah kamu berada di atas agama
yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu
semua pembuka pintu kesesatan?” Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd
al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan
baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun
tidak lebih dari kerongkong mereka Demi Allah aku tidak tahu, barangkali
kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi. Berkata ‘Amr bin
Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami
pada hari Nahrawan.” (Sanadnya sahih menurut Al-Albani dalam Silsilah Hadith
Sahih 5/11 & Islah Al-Masajid no.11; Pentahqiq kitab Sunan Al-Darimi,
Al-Darani berkata: Sanadnya jayyid).
أنَّهُ سَأَلَ أَنَسَ بنَ مالِكٍ، وَهُما غادِيانِ مِن مِنًى
إلى عَرَفَةَ: كيفَ كُنْتُمْ تَصْنَعُونَ في هذا اليَومِ مع رَسولِ اللهِ صَلّى اللَّهُ
عليه وسلَّمَ؟ فَقالَ: كانَ يُهِلُّ المُهِلُّ مِنّا، فلا يُنْكَرُ عليه، وَيُكَبِّرُ
المُكَبِّرُ مِنّا، فلا يُنْكَرُ عليه
“Dari Muhammad bin Abu Bakar
ats-Tsaqafi, bahawa ia pernah bertanya kepada sahabat Anas bin Malik
radhiallahu’anhu tatkala ia bersamanya berjalan dari Mina menuju ke padang
Arafah: Bagaimanakah dahulu kalian berbuat bersama Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam pada hari seperti ini? Maka beliau menjawab: Dahulu ada di
antara kami yang membaca tahlil, dan tidak diingkari, dan ada dari kami yang
membaca takbir, juga tidak diingkari.” (HR. Muslim no. 1285)
Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan:
“Dari Abi Utsman (an-Nahdi) ia
berkata: Salah seorang gabernur pada zaman khalifah Umar bin al-Khatthab
menuliskan laporan yang isinya: Sesungguhnya di wilayah saya, ada suatu
kelompok orang yang berkumpul-kumpul kemudian berdoa bersama-sama untuk kaum muslimin
dan pemimpin. Maka Umar menulis surat kepadanya: Datanglah dan bawa mereka
besertamu. Maka garbernur itu datang, (dan sebelum ia datang) Umar telah
memerintahkan penjaga pintunya untuk menyiapkan sebuah cambuk (pemukul). Dan
tatkala mereka telah masuk ke ruangan, spontan Umar langsung memukul pemimpin
kelompok itu dengan cambuk.” (AR Ibnu Abi Syibah dalam kitabnya al-Mushannaf 5/290, no. 26191)
Imam Ahmad rahimahullah pernah
ditanya: Apakah makruh hukumnya bagi orang-orang untuk berkumpul, berdoa
kepada Allah dan mengangkat tangan mereka? Beliau menjawab, "Tidak:
"Saya tidak memakruhkannya selama mereka tidak berkumpul dengan sengaja
untuk tujuan itu, dengan syarat tidak dilakukan secara rutin.
Ibnu Mansur berkata: Ishaq bin
Rahawaih juga mengatakan hal yang serupa. Yang dimaksudkan dengan "dengan
syarat mereka tidak melakukannya secara rutin" adalah kecuali jika mereka
menjadikannya sebagai amalan rutin hingga mereka banyak melakukannya.
Abu Abdillah Al-Fadhl bin Mahran
berkata: Aku bertanya kepada Yahya bin Ma'in dan Ahmad bin Hanbal: Di antara
kami ada beberapa orang yang berkumpul untuk berdoa, membaca Al-Qurann dan
berzikir kepada Allah -Taala-. Bagaimana pendapat kalian tentang mereka? Adapun
Yahya bin Ma'īn, ia berkata, "Hendaklah mereka membaca mushaf, berdoa
setelah salat, dan berzikir sendiri. Aku berkata: Seorang saudaraku bergabung
dengan kelompok itu. Dia berkata: Suruhlah dia berhenti. Aku berkata: Dia tidak
akan menerimanya. Dia berkata: Nasihatilah dia. Aku berkata: Dia tidak akan
menerimanya, haruskah aku menjauhinya? Dia berkata: Ya.
Kemudian aku mendatangi Ahmad dan
menceritakan hal yang serupa, lalu Ahmad pun berkata kepadaku, "Hendaklah
kalian membaca mushaf dan berzikir kepada Allah Ta'ala, serta mempelajari hadith-hadith
Rasulullah saw. Aku berkata: Apakah saya harus menyuruhnya berhenti? Beliau
bersabda: Ya. Aku berkata: Bagaimana jika dia tidak menerimanya? Beliau
bersabda: Dia akan menerimanya, insya Allah, kerana ini adalah sesuatu yang
telah dimasukkan ke dalam agama, pertemuan ini dan apa yang engkau jelaskan.
Saya berkata: Jika dia tidak menjawab, apakah saya harus menjauhinya? Beliau
tersenyum dan tidak mengatakan apa-apa (Adabul Syar'iyyah 2/102).
Pandangan ulama muhaqqiqin
Adapun berdoa setelah solat
fardhu secara berjamaah telah diterangkan oleh Imam An-Nawawi Asy-Syafi’i
rahimahullah bahawa ianya tidak ada asal usulnya, sebagaimana katanya:
قد ذكرنا استحباب الذكر والدعاء للامام والمأموم والمنفرد
وهو مستحب عقب كل الصلوات بلا خلاف وأماما اعتاده الناس أو كثير منهم من تخصيص دعاء
الامام بصلاتي الصبح والعصر فلا أصل له
Kami telah menyebutkan tentang
kesunnatan berzikir sesudah solat bagi Imam bagi makmum, dan bagi yang bersolat
secara bersendirian adalah dikehendaki berbuat yang demikian (secara
bersendirian) pada setiap solat lima waktu tanpa khilaf. Dan adapun adat yang
diadakan manusia atau kebanyakan dari mereka, iaitu imam menentukan doa buat
solat subuh dan asar, maka ianya tidak ada asal usulnya (Al-Majmu’ Syarh
Al-Muhazzab, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah 3/488)
Imam Ibnu Katsir telah
menceritakan bahawa, “Khalifah Makmun telah menulis kepada Ishak bin Ibrahim
yang merupakan Timbalan Gabenur Baghdad pada ketika itu supaya mengarahkan
orang ramai bertakbir dengan suara yang lantang setiap sebaik sahaja selesai solat
fardhu... Dialah orang pertama yang memulakan perkara tersebut di Masjid Jamek
Baghdad dan al-Rashafah. Selepas selesai solat, mereka akan bangun dan
bertakbir tiga kali.” Menurut Ibnu Katsir yang seterusnya, “Inilah bid’ah yang
direka cipta oleh Makmun tanpa ada sebarang sanad atau dalil yang sahih, ianya
tidak pernah dilakukan oleh sesiapapun sebelumnya.” (al-Bidayah wan Nihayah
10/194-195)
Amalan berzikir secara berjama’ah
ini juga berkembang pada zaman Makmun disebabkan munculnya golongan-golongan
Sufi dan Rafidhah iaitu golongan Syi’ah yang melampau. (al-Ahwa’ wa al-Firaq wa
al-Bida’ 2/36)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
rahimahullah berkata: "Berkumpul bersama untuk membaca Al Qur'an, berzikir
kepada Allah dan berdoa kepada-Nya adalah baik dan disunnahkan, selama tidak
dijadikan sebagai amalan rutin seperti pertemuan-pertemuan yang disyariatkan,
dan selama tidak diiringi dengan bidaah-bidaah yang tercela (Majmu' Fatawa
22/523).
Lajnah Daimah lil Ifta' pernah
ditanya tentang seorang imam yang mengangkat kedua tangannya setelah selesai solat,
lalu para makmum melakukan hal yang sama, lalu imam berdoa dan para makmum
mengucapkan amin atas doa imam tersebut.
Mereka pun menjawab:
"Ibadah itu berdasarkan tawqif
(iaitu tidak boleh beribadah kepada Allah Ta'ala dengan suatu ibadah kecuali
jika ibadah tersebut telah ditetapkan oleh nas-nas syarie (Al Qur'an dan As
Sunnah) sebagai ibadah yang disyari'atkan oleh Allah Ta'ala), maka tidak boleh
mengatakan bahawa ibadah-ibadah tersebut disyari'atkan baik dari sisi asalnya,
jumlahnya, bentuknya mahupun tempatnya, kecuali dengan dalil-dalil syarie yang
menunjukkan hal itu. Kami tidak mengetahui adanya dalil yang menunjukkan hal
itu dalam sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, baik dari perkataan,
perbuatan, mahupun persetujuan beliau (Majallatul Buhuts al-Islamiyyah 17/55)
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 93757, 106518,
9389
No comments:
Post a Comment