Monday 18 March 2024

Kisah Nabi Adam as meminta buah syurga menjelang ajal

 

Matan hadith

 

حدثنا عبد الله حدثنا هدبة بن خالد حدثنا حماد بن سلمة عن حميد عن الحسن عن عتي قال : رأيت شيخا بالمدينة يتكلم فسألت عنه فقالوا هذا أبي بن كعب فقال إن آدم عليه السلام لما حضره الموت قال لبنيه أي بني إني أشتهي من ثمار الجنة فذهبوا يطلبون له فاستقبلتهم الملائكة ومعهم أكفانه وحنوطه ومعهم الفؤوس والمساحي والمكاتل

فقالوا لهم يا بني آدم ما تريدون وما تطلبون أو ما تريدون وأين تذهبون قالوا أبونا مريض فاشتهى من ثمار الجنة قالوا لهم ارجعوا فقد قضي قضاء أبيكم فجاءوا فلما رأتهم حواء عرفتهم فلاذت بآدم فقال إليك إليك عني فإني إنما أوتيت من قبلك خلي بيني وبين ملائكة ربي تبارك وتعالى فقبضوه وغسلوه وكفنوه وحنطوه وحفروا له وألحدوا له وصلوا عليه ثم دخلوا قبره فوضعوه في قبره ووضعوا عليه اللبن ثم خرجوا من القبر ثم حثوا عليه التراب ثم قالوا يا بني آدم هذه سنتكم

 

 

Terjemahan

 

Dari Uttiy bin Dhamurah As-Sa’di berkata, “Aku melihat seorang Syaikh di Madinah sedang berbicara. Lalu aku bertanya tentangnya.” Mereka menjawab, “Itu adalah Ubay bin Ka’ab.” Ubay berkata, “Ketika maut datang menjemput Adam, dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Wahai anak-anakku, aku ingin makan buah Syurga.” Lalu anak-anaknya pergi mencari untuknya. Mereka disambut oleh para Malaikat yang telah membawa kafan Adam dan wewangiannya. Mereka juga membawa kapak, penyodok, dan cangkul. Para Malaikat bertanya, “Wahai anak-anak Adam, apa yang kalian cari? Atau apa yang kalian mahu? Dan ke mana kalian pergi?” Mereka menjawab, “Ayah kami sakit, dia ingin makan buah dari Syurga.” Para Malaikat menjawab, “Pulanglah, kerana ketetapan untuk ayah kalian telah tiba.” Lalu para Malaikat datang. Hawa melihat dan mengenali mereka, maka dia berlindung kepada Adam. Adam berkata kepada Hawa, “Menjauhlah dariku. Aku pernah melakukan kesalahan keranamu. Biarkan aku dengan Malaikat Tuhanku Tabaraka wa Ta’ala.” Lalu para Malaikat mencabut nyawanya, memandikannya, mengkafaninya, memberinya wewangian, menyiapkan kuburnya dengan membuat liang lahad di kuburnya, mensolatinya. Mereka masuk ke kuburnya dan meletakkan Adam di dalamnya, lalu mereka meletakkan bata di atasnya. Kemudian mereka keluar dari kubur, mereka menimbunnya dengan batu. Lalu mereka berkata, “Wahai Bani Adam, ini adalah sunah kalian.”

 

Takhrij

 

HR. Abdullah bin Ahmad dalam Zawa'idul Musnad 5/136, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 7189; al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 1293.

 

Al-Hakim berkata sanad hadith ini sahih.

 

Ibnu Katsir mengatakan dalam Al-Bidayah wan Nihayah 1/91: sanadnya sahih kepadanya (mauquf kepada Ubay bin Ka’ab).

 

Al-Haithami juga mengatakan bahawa hadith tersebut diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad. Rawi-rawinya tergolong rawi sahih, kecuali Uttiy bin Dhamurah. Dia adalah rawi tsiqah (Majma az Zawaid 8/199).

 

Dhiya al-Maqdisi memasukkan hadith ini dalam Kitabnya al-Ahadith Mukhtarah no. 1251, sebagai hadith-hadith yang dipilihnya sahih yang tiada dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

 

*As-Sakhawi juga mengomentari al-mukhtarah dengan mengatakan “kitab yang kebanyakan hadith sahih selain sahihain adalah kitab ini [al-mukhtarah]”

 

Hadith ini jika disandarkan kepada Nabi saw (marfu’), maka ianya dhaif menurut Ibnu Adi, Ibnu Qayyim, an-Nawawi, al-Albani (al-Kamil fi Dhuafa' 5/169; Zadul Maad 1/490; Khulasah Ahkam an-Nawawi 2/933; Silsilah Hadith Dhaif no. 2872).

 

Hadith ini meskipun mauquf (sanadnya tidak sampai pada Nabi ﷺ) melainkan hanya pada Ubay bin Ka’ab, tetapi mempunyai kekuatan hadith marfu’ (sanadnya bersambung ke Rasulullah) kerana tak mungkin hal itu keluar dari pendapat peribadi (Syeikh Umar Sulaiman Abdullah al-Asyqar dalam kitab Sahihul Qishash an-Nabawi).

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...