Tuesday 6 August 2024

Hadith doa ketika mendengar azan

 

Matan hadith

 

من سمع المنادي بالصلاة فقال: مرحبا بالقائلين عدلا، ومرحبا بالصلاة وأهلا، كتب الله له ألفي ألف حسنة، ومحا عنه ألفي ألف سيئة، ورفع له ألفي ألف درجة.

 

 

 

Terjemahan

 

Barangsiapa ketika mendengar azan mengucapkan:

 

مرحبا بالقائل عدلا، مرحبا بالصلاة أهلا

 

Maka Allah akan mencatat untuknya dua juta kebaikan dan menghapus darinya dua juta keburukan serta mengangkat darjatnya dua juta darjat

 

 

Takhrij

 

HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus 3/118, daripada Ali ra

 

Hadith ini dinilai batil, palsu dan tiada asal oleh Mulla Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfuah no. 333, al-Ajluni dalam Kasyful Khafa' 2/333, Ibnu Hajar dalam Lisanul Mizan 8/344, Ibnu Irraq al-Kinani dalam Tanzih Syariah 2/116, al-Fatani dalam Tadzkiratul Maudhuat hal. 35, Al-Qawuqji dalam Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ hal. 183, as-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmuah hal. 20.

 

 

Selain itu terdapat sebuah atsar yang hampir serupa:

 

حدثنا أبو بكر قال أنا عبدة بن سليمان عن سعيد عن قتادة أن عثمان كان إذا سمع المؤذن يقول كما يقول في التشهد والتكبير كله فإذا قال حي على الصلاة قال ما شاء الله ولا حول ولا قوة إلا بالله وإذا قال قد قامت الصلاة قال مرحبا بالقائلين عدلا وبالصلاة مرحبا وأهلا ثم ينهض إلى الصلاة

 

Qatadah meriwayatkan bahawa Utsman ra biasa mendengar muazzin mengucapkan apa yang dia ucapkan dalam tasyahud dan semua takbir, dan jika dia mengatakan,

 

 "ما شاء الله ولا حول ولا قوة إلا بالله,"

 

 dan jika dia mengatakan, 

 

"قد قامت الصلاة," 

dia akan mengucapkan

 

, "مرحبا بالقائلين عدلا وبالصلاة مرحبا وأهلا,"

 

dan kemudian berdiri untuk solat.

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya no. 2366, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 129, ad-Dua no. 461, daripada Qatadah bin Du'amah ra.

 

Ibnu Katsir berkata dalam al-Ahkam al-Kabir 1/237, mu'dhal.

 

al-Bushiri dalam al-Ithaf al-Khiyarah  1/143 menilai sanad atsar ini dhaif , sanadnya terputus, Qatadah tidak mendengar dari Utsman (Majma Zawaid 2/4; Marasil Ibnu Abi Hatim hal. 168)

 

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...