Tuesday, 6 August 2024

Hadith doa ketika sukar tidur (insomnia)

 

Matan hadith

 

شَكَوتُ إلى رسولِ اللهِ ﷺ أرَقًا أصابَني، فقال: قُلِ: اللَّهُمَّ غارَتِ النُّجومُ، وهَدأَتِ العُيونُ، وأنت حَيٌّ قيُّومٌ لا تأْخُذُك سِنةٌ ولا نومٌ، يا حَيُّ يا قيُّومُ، أهْدِئْ لَيْلِي، وأنِمْ عَيني

 

 

Terjemahan

 

Aku mengadu kepada Rasulullah saw tentang kesukaran aku tidur, lalu Baginda saw bersabda:

Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini dan lelapkanlah mataku”

 

Takhrij

 

HR. Abu Ya'la, at-Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir no. 4817, Ibnu Hibban 2/215, daripada Zaid bin Tsabit ra

 

dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusi, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan...

 

Dhaif menurut Ibnu Adi dalam al-Kamil 6/257, kerana dhaifnya Amru bin Hussain. Beliau juga ditinggalkan oleh Abu Hatim, dilemahkan oleh Abu Zur'ah, al-Khatib mengatakan dia pendusta (Mathalib Aliyah 4/20)

 

Hadith ini gharib menurut Ibnu Hajar dalam Futuhat al-Rabbaniyah 3/177

 

Dhaif jiddan menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1328.

No comments:

Post a Comment

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...