Matan hadith
أَيُّ الْخَلْقِ
أَعْجَبُ إِلَيْكُمْ إِيمَانًا؟ ، قَالُوا:
الْمَلَائِكَةُ ، قَالَ: وَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ وَهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ ؟ ، قَالُوا : فَالنَّبِيُّونَ ، قَالَ : وَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ وَالْوَحْيُ يَنْزِلُ
عَلَيْهِمْ ؟ ، قَالُوا: فَنَحْنُ. قَالَ :
وَمَا لَكُمْ لَا تُؤْمِنُونَ وَأَنَا بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ ؟ ، قَالَ : فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: إِنَّ أَعْجَبَ الْخَلْقِ إِلَيَّ
إِيمَانًا لَقَوْمٌ يَكُونُونَ بَعْدَكُمْ يَجِدُونَ صُحُفًا فِيهَا كِتَابٌ يُؤْمِنُونَ
بِمَا فِيهَا
Terjemahan
Orang mukmin manakah yang imannya
paling kalian kagumi?” Mereka menjawab, “Para malaikat.” Nabi saw bersabda,
“Dan mengapa mereka tidak beriman, sedangkan mereka berada di sisi Tuhan
mereka.” Mereka berkata, “Kalau begitu, para nabi.” Nabi saw menjawab, “Mengapa
mereka tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?” Mereka berkata,
“Kalau begitu, kami.” Nabi saw bersabda, “Mengapa kamu tidak beriman, sedangkan
aku berada di antara kalian? Tetapi orang mukmin yang paling menakjubkan
keimanannya ialah suatu kaum yang datang sesudah kalian; mereka hanya menjumpai
lembaran-lembaran (mushaf), lalu mereka beriman dengan semua yang terkandung di
dalamnya.”
Takhrij
HR. al-Baihaqi dalam Dalail
Nubuwah no. 6/538, daripada 'Amru bin Syuaib dari ayahnya dari datuknya.
Hadith ini dhaif disisi
mutaqaddimin. Dalam sanadnya terdapat beberapa kritikan. Abu Hatim mengatakan
bahawa Mughira bin Qais adalah seorang pendusta hadith, dan Isma'il bin Ayyasy
lemah dalam meriwayatkan hadith dari orang bukan-Syam, kerana Mughira bin Qais
adalah orang Basrah (Lisanul Mizan 9/76). Kesemua jalur riwayat yang ada tidak
terlepas dari kelemahan.
Manakala Syeikh al-Albani dalam
Silsilah Hadith Sahih no. 3215 dan Syeikh Ahmad Syakir dalam Umdatul Tafsir
1/397 menghasankan hadith ini dengan pengumpulan semua jalan riwayat.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 201514
No comments:
Post a Comment