Friday, 29 November 2024

Hadith Nabi saw menguji para wanita hijrah

 

 

Sanad dan matan hadith

 

حدثنا أَبو كُريب، قال: ثنا يونس بن بكير، عن قيس بن الربيع، عن الأغرّ بن الصباح، عن خليفة بن حصين، عن أَبي نصر الأسديّ، قال: سُئِلَ ابن عباس: كيف كان امتحان رسول الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم النساء؟ قال: كان يمتحنهنّ بالله ما خرجت من بغض زوج، وبالله ما خرجت رغبة عن أرض إلى أرض، وبالله ما خرجت التماس دنيا، وبالله ما خرجت إلا حبًّا لله ورسوله

 

Terjemahan

 

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Yunus ibnu Bukair, daripada Qais ibnur Rabi’, daripada Al-Agar ibnus Sabbah, daripada Khalifah ibnu Husain, daripada Abu Nasr Al-Asadi yang mengatakan bahawa Ibnu Abbas ra pernah ditanya tentang cara Rasulullah saw menguji wanita-wanita yang berhijrah itu. Maka Ibnu Abbas ra menjawab, bahawa Nabi saw menguji mereka dengan pertanyaan ‘Tiadalah seseorang daripada mereka keluar kerana benci kepada suami,’ lalu disumpah untuk itu. Disumpah pula bahawa hendaklah keluarnya dia bukan kerana mahu pindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Juga disumpah dengan nama Allah bahawa dia keluar bukan untuk mencari dunia. Dan disumpah pula bahawa hendaknya dia keluar bukan kerana dorongan apa pun, melainkan hanya kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabari dalam Tafsirnya no. 33957

 

Sanadnya dhaif. Qais bin Ar Rabi' dilemahkan oleh Waki', Ahmad bin Hanbal dan lainnya. An-Nasaie berkata dia matruk (Siyar A’lam an-Nubala 8/42)

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...