Friday, 29 November 2024

Tafsir Al-Mumtahanah: 10

 

Matan atsar

 

وقال العوفي ، عن ابن عباس في قوله يا أيها الذين آمنوا إذا جاءكم المؤمنات مهاجرات فامتحنوهن كان امتحانهن أن يشهدن أن لا إله إلا الله ، وأن محمدا عبد الله ورسوله

 

Terjemahan

 

Al-Aufi telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra sehubungan dengan makna firman Allah. Hai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah kepadamu perempuan-perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka. (Al-Mumtahanah: 10) Disebutkan bahawa ujian mereka ialah disuruh mengucapkan kalimat tashahud, iaitu kesaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

 

Takhrij

 

AN. Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 8/92

 

Sanad melalui Al-‘Aufi dan seterusnya dari Ibnu Abbas banyak digunakan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Hatim, padahal Ibnu ‘Aufi tersebut seorang yang lemah meskipun lemahnya tidak keterlaluan dan terkadang dinilai hasan oleh At-Tirmidzi (al-Itqan oleh as-Suyuthi 6/2337)

 

Dia Athiyah al-‘Aufi dilemahkan oleh Abu Zur’ah, Abu Hatim, an-Nasaie, Ibnu Hibban. Ibnu Hajar berkata dia shaduq tetapi banyak salah (Taqribut Tahdzib 1/680, Tahzibut Tahzib 3/114; Lisanul Mizan 1/155)

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...