Hadith Malik al-Dar
Daripada Ibn Abi Syaibah,
daripada al-A’masyh, daripada Abi Soleh al-Samman, daripada Malik al-Dar
katanya:
أَصَابَ النَّاسَ قَحْطٌ فِي زَمَنِ عُمَرَ ، فَجَاءَ رَجُلٌ
إلَى قَبْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ
، اسْتَسْقِ لِأُمَّتِك فَإِنَّهُمْ قَدْ هَلَكُوا ، فَأَتَى الرَّجُلَ فِي الْمَنَامِ
فَقِيلَ لَهُ ائْتِ عُمَرَ فَأَقْرِئْهُ السَّلَامَ ، وَأَخْبِرْهُ أَنَّهُمْ يُسْقَوْن
Orang ramai ditimpa dengan
kemarau di zaman ‘Umar. Lalu datang seorang lelaki ke kubur Nabi SAW dan
berkata: “Wahai Rasulullah, pohonlah hujan untuk ummatmu, kerana sesungguhnya
mereka semua telah (hampir) binasa. Lalu di dalam mimpi lelaki tersebut
didatangi seseorang, dan dikatakan kepadanya, pergilah kepada ‘Umar dan
sampaikan kepadanya al-Salam, khabarkan kepadanya yang mereka semua akan
memperolehi hujan.” (AR. Ibnu Abi Syaibah di dalam al-Musannaf 6/356. Al-Hafiz
Ibn Kathir di dalam al-Bidayah mengatakan sanad hadith ini sahih. )
Hadith ini dijadikan hujah
bolehnya meminta pertolongan kepada orang yang telah mati, terutamanya Nabi
SAW. Dengan hadith ini sebahagian golongan merasakan perbuatan mereka meminta
tolong kepada Nabi setelah kewafatan baginda adalah dibolehkan, terutamanya
apabila beberapa ulama seperti al-Hafidz Ibn Kathir mengatakan Sanad hadith ini
Sahih. Demikian juga al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani.
Jawapan dan Bantahan
Terdapat beberapa perkara yang
perlu diperhatikan berkaitan hadith ini:
1) Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa
al-Nihayah [Dar ‘Alim al-Kutub 10/71-75] menyertakan dua riwayat hadith ini.
Yang pertama melalui riwayat Saif dan yang kedua melalui riwayat al-Baihaqi.
a) Riwayat Saif adalah seperti
berikut:
رَوَى سَيْفٌ ، عَنْ مُبَشِّرِ بْنِ الْفُضَيْلِ ، عَنْ جُبَيْرِ
بْنِ صَخْرٍ ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ
الْخَطَّابِ ، أَنَّ رَجُلًا مِنْ مُزَيْنَةَ عَامَ الرَّمَادَةِ سَأَلَهُ أَهْلُهُ
أَنْ يَذْبَحَ لَهُمْ شَاةً ، فَقَالَ : لَيْسَ فِيهِنَّ شَيْءٌ . فَأَلَحُّوا عَلَيْهِ
فَذَبَحَ شَاةً ، فَإِذَا عِظَامُهَا حُمْرٌ ، فَقَالَ : يَا مُحَمَّدَاهُ . فَلَمَّا
أَمْسَى أُرِيَ فِي الْمَنَامِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
، يَقُولُ لَهُ : " أَبْشِرْ بِالْحَيَا ، ائْتِ عُمَرَ فَأَقْرِئْهُ مِنِّي السَّلَامَ
وَقُلْ لَهُ : إِنَّ عَهْدِي بِكَ وَفِي الْعَهْدِ ، شَدِيدَ الْعَقْدِ ، فَالْكَيْسَ
الْكَيْسَ يَا عُمَرُ" . فَجَاءَ حَتَّى أَتَى بَابَ عُمَرَ فَقَالَ لِغُلَامِهِ
: اسْتَأْذِنْ لِرَسُولِ رَسُولِ اللَّهِ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، .
فَأَتَى عُمَرَ فَأَخْبَرَهُ فَفَزِعَ ، ثُمَّ صَعِدَ عُمَرُ الْمِنْبَرَ فَقَالَ لِلنَّاسِ
: أَنْشُدُكُمْ بِالَّذِي هَدَاكُمْ لِلْإِسْلَامِ ، هَلْ رَأَيْتُمْ مِنِّي شَيْئًا
تَكْرَهُونَهُ ؟ فَقَالُوا : اللَّهُمَّ لَا ، وَعَمَّ ذَاكَ ؟ فَأَخْبَرَهُمْ بِقَوْلِ
الْمُزَنِيِّ - وَهُوَ بِلَالُ بْنُ الْحَارِثِ -فَفَطِنُوا وَلَمْ يَفْطَنْ . فَقَالُوا
: إِنَّمَا اسْتَبْطَأَكَ فِي الِاسْتِسْقَاءِ فَاسْتَسْقِ بِنَا . فَنَادَى فِي النَّاسِ
، فَخَطَبَ فَأَوْجَزَ ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ فَأَوْجَزَ ، ثُمَّ قَالَ : اللَّهُمَّ
عَجَزَتْ عَنَّا أَنْصَارُنَا ، وَعَجَزَ عَنَّا حَوْلُنَا وَقُوَّتُنَا ، وَعَجَزَتْ
عَنَّا أَنْفُسُنَا ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِكَ ، اللَّهُمَّ فَاسْقِنَا
وَأَحْيِ الْعِبَادَ وَالْبِلَادَ
Riwayat Saif ini diletakkan sebelum
riwayat al-Baihaqi. Dimana riwayat Saif ini adalah penjelas kepada maksud الكيس
berbanding riwayat al-Baihaqi. Kerana itu beliau meletakkan riwayat al-Baihaqi
di tempat yang kedua dan riwayat Saif di tempat pertama. Ini yang dimaksudkan
oleh al-Hafiz Ibn Kathir seperti yang dijelaskan oleh al-Syeikh Soleh Aali
al-Syeikh di dalam Hazihi Mafahimuna.
Al-Hafiz Ibn Kathir hendak
menjelaskan, sekalipun dengan hadith yang dhaif ini, ia menunjukkan tidak
disyariatkan pergi meminta tolong ke kubur Nabi SAW dan tindakan lelaki itu
pergi ke kubur Nabi adalah suatu yang salah lagi mungkar dan tidak disyariatkan.
Isyarat ini terdapat di dalam
riwayat Saif dan tiada di dalam riwayat al-Baihaqi. Dimana dikatakan Nabi SAW
bersabda:
“Berlaku bijaklah wahai ‘Umar berlaku
bijaklah.”
Iaitulah berlaku bijak dengan
segera menunaikan solat al-Istisqa apabila berlaku kemarau panjang. Bukan membiarkan
perkara yang tidak disyariatkan berlaku seperti yang dilakukan oleh lelaki
tersebut sehingga pergi ke kubur Nabi. Sebaliknya hendaklah menunaikan
al-Istisqa. Arahan ini tidak difahami oleh ‘Umar, namun difahami oleh para
sahabat lainnya. Kerana itu di dalam riwayat Saif dinyatakan:
ففطنوا ولم يفطن
“Maka mereka semua faham, akan
tetapi ‘Umar masih belum faham.”
Dalam riwayat Saif ini ada
dinyatakan setelah lelaki yang bermimpi itu datang kepada ‘Umar dan
menceritakan mimpinya bertemu dengan Nabi SAW dan baginda berkata:
إِنَّ عَهْدِي بِكَ وَفِي الْعَهْدِ ، شَدِيدَ الْعَقْدِ
، فَالْكَيْسَ الْكَيْسَ يَا عُمَرُ
“Sesungguhnya janjiku denganmu
dan janjiku itu amat kukuh ikatannya, justeru bijaklah wahai ‘Umar bijaklah.”
Setelah itu di dalam riwayat Saif
ini dinyatakan: “kemudian ‘Umar menaiki mimbar dan berkata kepada orang ramai:
أَنْشُدُكُمْ بِالَّذِي هَدَاكُمْ لِلْإِسْلَامِ ، هَلْ رَأَيْتُمْ
مِنِّي شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ ؟
“Aku benar-benar bertanyakan
kepada kamu semua dengan zat yang telah menghidayahkan kamu semua dengan Islam.
Apakah kamu semua ada melihat dariku sesuatu yang kamu semua tidak suka?”
‘Umar melakukan perkara ini
kerana beliau bimbang jika ada berlaku dari pihaknya sesuatu pengabaian
terhadap hak Allah atau hak orang ramai, sehingga Nabi SAW mengucapkan
sedemikian kepada beliau. Lalu orang ramai menjawab:
اللهم لا، وعم ذاك ؟
“Tiada, dan mengapa engkau
bertanyakan demikian?”
Lalu ‘Umar menceritakan kepada
mereka semua perkhabaran al-Muzani (beliau
ialah Bilal bin al-Harith) lalu mereka semua faham, namun ‘Umar masih belum
faham.” Lalu orang ramai berkata kepada ‘Umar:
إنما استبطأك في الاستسقاء فاستسق بنا
“Hanyasanya engkau telah lewat melaksanakan
al-Istisqa, maka lakukan al-Istisqa dengan kami.”
Riwayat Saif ini juga adalah dhaif.
Oleh itu kenyataan di dalam riwayat ini berkaitan lelaki yang pergi ke kubur
‘Umar tersebut adalah Bilal bin al-Haris iaitulah seorang Sahabat Nabi adalah tertolak.
Ini kerana Saif yang meriwayatkan hadith ini adalah Saif bin ‘Umar al-Tamimi,
al-Albani berkata: “Saif di sini adalah Ibn ‘Umar al-Tamimi, yang telah
disepakati di kalangan ulama hadith sebagai dhaif, sehinggakan Ibn Hibban
berkata tentangnya: “Dia meriwayatkan hadith-hadith palsu dari al-Athbaat.”
Ulama hadith juga berkata: “Dia mereka-reka (memalsukan) hadith…”(al-Tawassul
hal. 132). Kata al-Syeikh ‘Abd al-Salam Aali ‘Abd al-Karim pentahkik Kitab
al-Sawa’iq al-Mursalah al-Syihabiyyah di bahagian Hamisy halaman 172: “Riwayat
ini adalah batil, tidak halal menjadikan hujjah dengannya. Demikian ini
kerana Saif bin ‘Umar yang menyendiri dengan riwayat ini adalah dhaif dengan
kesepakatan ulama hadith.”
Maka para sahabat menjelaskan
maksud: فالكيس الكيس “Berlaku bijaklah ‘Umar berlaku bijaklah.” adalah
bimbingan agar segera menunaikan al-Istisqa (Solat minta hujan), bukan dengan
mengabaikan solat al-Istisqa yang disyariatkan ketika kemarau sehingga berlaku
perkara yang tidak disyariatkan seperti yang dilakukan oleh lelaki tersebut
yang pergi ke kubur Nabi SAW.
Inilah kefahaman yang boleh
diambil dari susunan dua hadith ini oleh al-Hafiz Ibn Kathir. Namun kedua-kedua
riwayat ini adalah dhaif. Sekalipun demikian hadith yang dhaif ini
membuktikan cara yang sebenarnya ialah beristisqa, bukan meminta pertolongan
dengan cara yang tidak disyariatkan dengan pergi ke kubur Nabi SAW seperti
yang dilakukan oleh lelaki tersebut. Maka hendaklah setiap orang memerhatikan
perkara ini sehingga menjadi jelas kepadanya maksud dan tujuan para huffaz hadith
dan ketelitian dalam penulisan mereka.
Kerana itu, tidak ada walaupun
seorang dari kalangan sahabat yang melakukan perbuatan yang sama dengan lelaki
tersebut yang pergi ke kubur Nabi SAW untuk meminta diturunkan hujan.
Sebaliknya semua para sahabat menunaikan al-Istisqa apabila berlakunya kemarau
panjang [Hazihi Mafahimuna hal: 60-61 dengan olahan semula].
2) Hadith yang disenaraikan oleh al-Hafiz Ibn
Kathir dari riwayat al-Baihaqi di dalam Dala’il al-Nubuwwah memiliki banyak
masalah dan kecacatan, iaitulah:
i) ‘An’anah al-A’masyh, dan
beliau seorang Mudallis. Seorang periwayat yang Mudallis tidak diterima
riwayatnya melainkan jika dia meriwayatkan dengan lafaz Haddathana, Akhbarana
dan seumpamanya. Bukan dengan riwayat قال atau عن yang berkemungkinan dia
mengambil hadith itu dari seorang yang boleh menjadikan hadith lemah jika
menyebut namanya.
ii) Malik al-Dar yang menjadi sandaran
riwayat ini adalah seorang yang tidak dikenali (majhul). Al-Hafiz Ibn Kathir hanya menilai sahih sanad
hadith ini berdasarkan caranya atau mazhabnya dalam menghukum thiqah rawi-rawi
majhul dari kalangan Kibar Tabi’ien sepertimana yang dapat diketahui bagi
sesiapa yang meneliti kaedahnya di dalam kitab Tafsir beliau dan selainnya.
iii) Abu Soleh yang terdapat di dalam sanad
adalah Zakwan, iaitulah yang meriwayatkan dari Malik al-Dar. Tidak diketahui
apakah dia benar-benar mendengar dan berjumpa dengan Malik al-Dar. Kerana tidak
dapat dikenalpasti tarikh wafatnya Malik al-Dar. Terutamanya hadith ini
diriwayatkan dengan ‘an’anah yang sebenarnya menjadi tempat al-Inqita’ (sanad
terputus), bukan sekadar tadlis.
iv) Menyendirinya Malik seorang
periwayat yang tidak dikenali meriwayatkan peristiwa besar seperti ini dan
keperitan yang membelenggu orang ramai. Bagaimana beliau boleh menyendiri
meriwayatkannya, sedangkan para sahabat sentiasa memberi perhatian dalam
meriwayatkan peristiwa-peristiwa seumpama ini? Jika para sahabat lain tidak
meriwayatkannya dalam keadaan peristiwa ini ada sebab yang besar untuk
diriwayatkan, maka menunjukkan peristiwa itu sebenarnya tidak berlaku seperti
yang disangka oleh Malik al-Dar, barangkali peristiwa itu hanya sangkaan beliau
sahaja. [Hazihi Mafahimuna hal: 60]
v) Kisah ini bertentangan dengan apa
yang telah pasti dari sunnah apabila berlakunya kemarau panjang. Iaitulah
galakan mendirikan solat al-Istisqa bagi memohon kepada Allah SWT agar
diturunkan hujan. Perkara ini terdapat banyak bukti dari hadith-hadith Nabi
SAW.
3) PENJELASAN TERHADAP SALAH FAHAM DENGAN
PERKATAAN ULAMA: “SANAD HADITH INI SAHIH”
al-Hafiz Ibn Kathir setelah
menyenaraikan hadith Malik al-Dar ini melalui riwayat al-Baihaqi, beliau
berkata:
وَهَذَا إِسْنَادٌ صَحِيحٌ
“Dan Isnad ini adalah Sahih.”
Perkataan beliau ini hanya
bermaksud sahih dari segi sanad sahaja. Belum bermaksud hadith ini sahih. Hal
ini kerana sesuatu hadith sebelum dihukum sebagai hadith sahih mestilah
memenuhi syarat-syaratnya. Kerana itu ulama memberikan definasi kepada Hadith
Sahih sebagai:
الصحيح ما اتصل سنده بنقل العدل الضابط عن مثله وسلم عن شذوذ
وعلة
“Hadith yang sahih ialah hadith
yang bersambung sanadnya melalui nukilan periwayat yang adil lagi dhabith dari
periwayat yang sepertinya (sehingga ke hujung sanad) juga bebas dari Syuzuz dan
Illah.” [Qawa’id al-Tahdith Min Funun Mustalah al-Hadith oleh al-Qasimi, hal.
112]
Oleh itu sahih sesuatu sanad hadith
tidak semestinya menunjukkan hadith itu sahih. Al-Hafiz Ibn Kathir sendiri
menyatakan:
الحكم بالصحة أو الحسن على الإسناد لا يلزم منه الحكم بذلك
على المتن، إذ قد يكون شاذاً أو معللاً
“Hukum sahih atau hasan ke atas
sesuatu sanad tidak semestinya menunjukkan hukum yang sama ke atas matan, ketikamana
kadang-kala (matan) itu Sayz atau Mu’allal.” [Ikhtisar Ulum al-Hadith, hal. 43]
Al-Hafiz Ibn Salah berkata:
قولهم : ( هذا حديث صحيح الإسناد أو حسن الإسناد ) دون قولهم
: ( هذا حديث صحيحأو حديث حسن ) لأنه قد يقال : هذا حديث صحيح الإسناد ، ولا يصح لكونه
شاذا أو معللا
“Perkataan mereka (para ulama hadith):
“Hadith ini sahih al-isnad” atau: “hasan al-isnad” tidak sama dengan perkataan
mereka (para ulama hadith):: “Hadith ini sahih” atau: “Hadith hasan.” Ini
kerana kadang-kala dikatakan: “Hadith ini sahih al-isnad,” akan tetapi hadith
itu tidak sahih kerana ianya syaz atau mu’allal.” [Muqaddimah Fi ‘Ulum al-Hadith,
hal. 23]
Kerana itu al-Syeikh ‘Abd
al-Salam Aali ‘Abd al-Karim pentahkik kepada kitab al-Sawa’iq al-Mursalah
al-Syihabiyyah berkata tentang riwayat Malik al-Dar ini:
أنَّ هذه القصة منكرة المتن، لمخالفتها ما ثبت في الشرع من
استحباب إقامة صلاة الاستسقاء في مثل هذه الحالات. ولمخالفتها ما اشتهر وتواتر عن الصحابة
والتابعين، إذ ما جاء عنهم أنّهم كانوا يرجعون إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم أو
قبر غيره من الأموات عند نزول النوازل واشتداد القحط يستدفعونها بهم وبدعائهم وشفاعتهم.
بل كانوا يرجعون إلى الله واستغفاره وعبادته، وإلى التوبة النصوح، قال تعالى: (وأنْ
لو استقاموا على الطريقة لأسقيناهم ماء غدقاً..) وقال تعالى: (ويا قوم استغفروا ربكم
ثم توبوا إليه يُرسل السماء عليكم مدراراً..) وقال تعالى: (ولو أنَّ أهل القرى آمنوا
واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض…
“Kisah ini (riwayat Malik al-Dar) adalah
Munkarah al-Matan, kerana bersalahannya dengan apa yang telah pasti dalam agama
akan galakan (sunat) mendirikan solat al-Istisqa jika berada dalam keadaan
seperti itu (kemarau). Demikian juga disebabkan bersalahannya kisah ini dengan
apa yang telah masyhur dan tawatur dari para Sahabat dan Tabi’ien. Dimana tidak
ada walau satu bukti dari mereka yang pergi ke kubur Nabi SAW atau kubur orang
(soleh) yang lainnya ketika berlakunya keperitan dan kesusahan kemarau untuk meminta
ditolak kesusahan, doa dan syafaat mereka. Bahkan mereka semua akan kembali
kepada Allah dan memohon kemaafan daripadaNya dan beribadah kepadaNya, demikian
juga dengan kembali bertaubat bersungguh-sungguhnya kepadaNya. Allah Taala
berfirman: “Dan wahai kaumku, beristighfarlah kamu semua kepada Tuhan kamu
setelah itu bertaubatlah kepadaNya, nanti Dia akan mengutuskan kepada kamu
semua hujan yang mencurah-curah…” firmanNya lagi: “Dan sekiranya penduduk
sesuatu tempat beriman dan bertaqwa, pasti Kami akan membukakan untuk mereka
keberkatan dari langit dan bumi…”[ Al-Sawaiq al-Mursalah al-Syihabiyyah, hal. 196]
Berkaitan hukuman sahih terhadap sanad
hadith Malik al-Dar oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani pula kami datangkan
perkataan al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rah:
“Pertama: Tiada hukum sahih
kepada kisah ini. Ini kerana Malik al-Dar seorang yang tidak dikenali ‘Adalah
dan Dhabthnya. Dua syarat ini (Adalah dan Dhabth) adalah dua asas penting dalam
setiap sanad yang sahih seperti yang diperakui di dalam ilmu al-Mustalah. Ibn
Abi Hatim telah menyenaraikan beliau di dalam al-Jahr wa al-Ta’dil (4/213) akan
tetapi beliau tidak menyebut seorang periwayatpun daripadanya (Malik al-Dar)
selain Abi Soleh, maka ini memberi tanda dia (Malik al-Dar) seorang yang
Majhul. Dikuatkan lagi bahawa Ibn Abi Hatim sendiri (dalam keluasan hafalan dan pemerhatiannya)
tiada mendedahkan hukum tsiqah kepadanya, maka kekallah ia seorang yang majhul.
Perkataan Ibn Hajar tidak menafikan perkara ini (ketika beliau berkata):
“…dengan isnad yang sahih dari riwayat Abi Soleh al-Samman..” kerana kita
mengatakan: Bahawa perkataan ibu Hajar itu bukanlah satu nas dalam menghukum
sahih keseluruhan sanad, sebaliknya hanya setakat Abi Soleh sahaja, jika tidak
demikian, Ibn Hajar tidak akan memulakan Isnad dari Abi Soleh, sebaliknya pasti
beliau berkata di awalnya: “Daripada Malik al-Dar… dan isnadnya sahih” akan
tetapi Ibn Hajar segaja berbuat demikian, agar diarahkan pemerhatian bahawa di
sini terdapat sesuatu yang perlu dibuat pemerhatian semula padanya. Para ulama
memiliki sebab-sebab tertentu dalam melakukan perkara seperti ini, antaranya:
kadang-kala tidak datang kepada mereka pengenalan sebahagian periwayat, maka
mereka tidak membenarkan diri mereka sendiri untuk membuang sanad
keseluruhannya, kerana tindakan ini memberi keraguan akan kesahihan sesuatu
sanad, terutamanya ketika beristidlal dengan sesuatu hadith tersebut.
Sebaliknya mereka akan menyertakan daripadanya apa-apa yang terdapat padanya
tempat yang perlu diperhatikan semula. Inilah yang dilakukan oleh al-Hafiz rah
di sini. Beliau seolah-olah memberi isyarat menyendirinya Abu Soleh al-Samman
(meriwayatkan daripada Malik al-Dar sepertimana nukilan yang lalu dari Ibn Abi
Hatim, ia menjadikan perlu disemak semula untuk memastikan keadaan Malik al-Dar
ini atau ia memberi isyarat kepada majhulnya beliau (Malik al-Dar).” [al-Tawassul
hal. 131]
4) Antara kecacatan yang ada dalam riwayat ini
ialah:
a) Kisah ini bertentangan dengan pengajaran
dari ayat al-Quran, iaitulah:
Maksudnya: “Maka aku katakan kepada mereka:
'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.
nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,” (QS. Nuh: 10-11)
b) Demikian juga bertentangan dengan apa yang
dilakukan oleh para sahabat seperti ‘Umar RA apabila berlakunya kemarau. Di
mana ‘Umar pernah bertawassul dengan meminta al-‘Abbas yang berada bersama
dengannya untuk berdoa meminta diturunkan hujan. Hal ini berdasarkan hadith
daripada Anas bin Malik RA yang berkata:
أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ كَانَ
إِذَا قَحَطُوا اسْتَسْقَى بِالْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَقَالَ اللَّهُمَّ
إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا فَتَسْقِينَا وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ
إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا قَالَ فَيُسْقَوْنَ
“Bahawa ‘Umar bin al-Khattab RA, dahulunya
apabila berlaku kemarau, beliau akan meminta al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib
berdoa diturunkan hujan. Beliau berkata: “Ya Allah sesunguhnya kami dahulunya
bertawassul kepadaMu dengan (doa) Nabi kami, lalu Engkau menurunkan hujan
kepada kami. Dan sekarang kami bertawassul kepadaMu dengan (doa) bapa saudara
Nabi kami (al-‘Abbas), maka turunkanlah hujan kepada kami.” Kata Anas: “Lalu
diturunkan hujan kepada mereka semua.” (HR. Bukhari – Kitab al-Istisqa’ – Bab
Soal al-Nas al-Imam al-Istisqa’ Iza Quhitu, no. 964)
Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani
ketika mensyarahkan hadith ini berkata:
وقد بين الزبير بن بكار في الأنساب صفة ما دعا به العباس
في هذه الواقعة والوقت الذي وقع فيه ذلك، فأخرج بإسناد له أن العباس لما استسقى به
عمر قال:
“Sesungguhnya al-Zubair bin Bakkar di dalam
al-Ansab telah menjelaskan doa al-‘Abbas dalam peristiwa ini dan waktu
peristiwa itu berlaku, beliau mengeluarkannya (meriwayatkannya) dengan isnadnya
bahawa al-‘Abbas apabila diminta beristisqa oleh ‘Umar, beliau berdoa dengan
berkata:
اللَّهُمَّ إِنَّهُ لَمْ يَنْزِلْ بَلَاءٌ إِلَّا بِذَنْبٍ،
وَلَمْ يُكْشَفْ إِلَّا بِتَوْبَةٍ ، وَقَدْ تَوَجَّهَ الْقَوْمُ بِي إِلَيْكَ لِمَكَانِي
مِنْ نَبِيِّكَ، وَهَذِهِ أَيْدِينَا إِلَيْكَ بِالذُّنُوبِ وَنَوَاصِينَا إِلَيْكَ
بِالتَّوْبَةِ فَاسْقِنَا الْغَيْثَ. فأرخت السماء مثل الجبال حتى أخصبت الأرض ، وعاش
الناس
“Ya Allah, sesungguhnya sesuatu
bala tidak akan turun melainkan disebabkan dosa, dan bala tersebut tidak akan
tersingkap melainkan dengan bertaubat. Sesungguhnya orang ramai telah
bertawajjuh (minta berdoa) denganku kepadaMu, disebabkan kedudukanku (yang
hampir) dengan NabiMu. Inilah tangan-tangan kami, (ditadahkan) kepadaMu, dan
ubun-ubun kami (diserahkan) kepadaMu dengan kembali bertaubat (kepadaMu). Oleh
itu turunkanlah bantuan (hujan) kepada kami.” Lalu awan berkumpul dengan banyak
seperti membentuk bukit-bukau sehingga bumi menjadi subur, dan orang ramai
dapat hidup dengan selesa.”
c) Mu’awiyah bin Abi Sufyan juga melakukan
perkara yang sama, dimana beliau pernah meminta Yazid bin al-Aswad berdoa
kepada Allah agar diturunkan hujan. Ini berdasarkan riwayat daripada Sulaim bin
‘Amir al-Khaba’iriy (سليم بن عامر الخبائري):
أَنَّ السَّمَاءَ قُحِطَتْ، فَخَرَجَ مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي
سُفْيَانَ وَأَهْلُ دِمَشْقَ يَسْتَسْقُونَ ، فَلَمَّا قَعَدَ مُعَاوِيَةُ عَلَى الْمِنْبَرِ
قَالَ : أَيْنَ يَزِيدُ بْنُ الأَسْوَدِ الْجُرَشِيُّ ، فَنَادَاهُ النَّاسُ ، فَأَقْبَلَ
يَتَخَطَّى النَّاسَ ، فَأَمَرَهُ مُعَاوِيَةُ ، فَصَعِدَ الْمِنْبَرَ ، فَقَعَدَ عِنْدَ
رِجْلَيْهِ ، فَقَالَ مُعَاوِيَةُ : اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَشْفِعُ إِلَيْكَ الْيَوْمَ
بِخَيْرِنَا وَأَفْضَلِنَا ، اللَّهُمَّ إنَّا نَسْتَشْفِعُ إِلَيْكَ الْيَوْمَ بِيَزِيدَ
بْنِ الأَسْوَدِ الْجُرَشِيِّ ، يَا يَزِيدُ ، ارْفَعْ يَدَيْكَ إِلَى اللَّهِ ، فَرَفَعَ
يَزِيدُ يَدَيْهِ ، وَرَفَعَ النَّاسُ أَيْدِيَهُمْ ، فَمَا كَانَ أَوْشَكَ أَنْ ثَارَتْ
سَحَابَةٌ فِي الْغَرْبِ ، كَأَنَّهَا تُرْسٌ ، وَهَبَّتْ لَهَا رِيحٌ ، فَسُقِينَا
، حَتَّى كَادَ النَّاسُ أَنْ لا يَبْلُغُوا مَنَازِلَهُمْ
“Bahawa pernah berlaku kemarau
akibat hujan tidak turun, lalu Mu’awiyah bin Abi Sufyan keluar bersama dengan
penduduk Damasyiq untuk beristisqa. Ketikamana Mu’awiyah menaiki tangga mimbar,
beliau berkata: “Mana Yazid bin al-Aswad al-Jurasyi?” lalu orang ramai
memanggil Yazid. Beliau (Yazid pun) datang dari celah-celah orang ramai. Lalu
Mu’awiyah memberi arahan kepadanya. Diapun menaiki tangga mimbar dan duduk
berhampiran kaki Mu’awiyah. Kata Mu’awiyah di dalam doanya: “Ya Allah,
sesungguhnya kami meminta syafaat kepadaMu pada hari ini dengan (doa) orang
yang paling baik dan paling afdhal dari kalangan kami. Ya Allah, sesungguhnya
kami meminta syafaat kepadaMu pada hari ini dengan (doa) Yazid bin al-Aswad
al-Jurasyi. Wahai Yazid, angkat kedua-dua tanganmu (berdoa) kepada Allah!” lalu
Yazid mengangkat kedua-dua tangannya (berdoa kepada Allah). Dan orang ramai
juga mengangkat tangan mereka berdoa kepada Allah. Dan tidaklah lama selepas
itu sehingga berkumpulnya awan tebal sebelah barat dan bertiupnya angin, lalu
diturunkan hujan kepada kami, hampir sahaja orang ramai tidak sempat sampai ke
rumah mereka.” (dikeluarkan oleh Ibn Sa’ad di dalam al-Thabaqat 7/444 dan Abu
Zur’ah di dalam Tarikh Dimasyq 1/602. Kata al-Syeikh Soleh bin ‘Abd al’Aziz bin
Muhammad Aali al-Syeikh: “Dan Isnadnya berantaian (مسلسل) dengan al-Thiqat
al-Kibar, dan ia berada pada kemuncak kesahihan (غاية الصحة)” (Hazihi
Mafahimuna hal. 56)
d) Kedua-dua riwayat ini dengan jelas
menunjukkan ‘Umar bin al-Khattab dan Mua’awiyah bin Abi Sufian tidak pergi ke
kubur Nabi SAW untuk meminta pertolongan. Mereka juga tidak meminta pertolongan
(Istighathah) kepada Rasulullah SAW yang telah wafat, sebaliknya bertawassul
dengan orang yang lebih afdhal yang masih hidup bersama mereka untuk berdoa
kepada Allah SWT. Bahkan tidak pernah diriwayatkan dari seorangpun para
sahabat lain yang pergi ke kubur Nabi SAW untuk meminta tolong daripada baginda
supaya diturunkan hujan kepada mereka. Sekiranya perbuatan itu dibenarkan,
sudah tentu mereka akan melakukannya walaupun sekali. Jika mereka tidak pernah
melakukannya, ia menunjukkan perbuatan pergi ke kubur Nabi SAW dan meminta
pertolongan dari baginda untuk diturunkan hujan atau bantuan lainnya adalah
sesuatu yang tidak disyariatkan.
Rujukan
https://binsahak.com/index.php/hadis-dan-ulumnya/1562-pencerahan-tambahan-terhadap-hadis-malik-al-dar-berkaitan-meminta-tolong-ke-kubur-nabi-saw