Syeikh Ahmad Syakir dalam Syarah Alfiyah as-Suyuthi, hal. 218–222, memberikan anggaran para ulama awal sekitar 30,000
hingga 40,000; mungkin angka pertama merujuk kepada hadith tanpa pengulangan.
وَيَبْلُغُ عَدَدُ أَحَادِيثِ الْمُسْنَدِ بِالْمُكَرَّرِ
نَحْوَ (٤٠٠٠٠) أَرْبَعِينَ أَلْفَ حَدِيثٍ، وَبِحَذْفِ الْمُكَرَّرِ (٣٠٠٠٠) ثَلَاثِينَ
أَلْفَ حَدِيثٍ.
ilangan hadith dalam Musnad jika
termasuk yang berulang adalah kira-kira 40,000 hadith, manakala jika
pengulangan dihapuskan, jumlahnya menjadi 30,000 hadith.
"Jumlah hadith dalam Musnad
Ahmad termasuk yang berulang (mukarrar) adalah kira-kira 40,000 hadis. Manakala
setelah membuang hadith-hadith yang berulang, jumlahnya menjadi sekitar 30,000
hadis. (Musthalah Ibnu Utsaimin hal. 55)
Dalam kitab Al-Muwatta' Imam
Malik, terdapat hadith berulang, tetapi biasanya hadith yang berulang ini
diletakkan dalam bab yang sama. Pengulangan tersebut dilakukan kerana terdapat
faedah tertentu pada sanad (rantai perawi), matan (teks hadith), atau konteks
yang berbeza dalam bab tersebut. Oleh itu, hadith yang sama mungkin disebut
berulang kali untuk menegaskan sanad yang berbeza atau menunjukkan variasi
kecil dalam matan yang mempunyai maksud khusus dalam konteks bab itu
Pengarang akan mengulangi sesuatu
hadith atau athar di dalam bab yang sama atau bab yang berlainan atas tujuan
istidlal (menggunakannya sebagai dalil) atau istisyhad (sokongan). Pengulangan
itu berlaku sama ada secara sempurna atau secara ringkas, secara muttasil atau
secara balagh. Namun, kebiasaannya hadith yang berulang akan diletakkan dalam
bab yang sama kerana sesuatu faedah yang terdapat pada sanad, atau pada matan,
atau pun pada kedua-duanya sekali (DOI: 10.35631/IJMOE.622003)
Rujukan
https://www.academia.edu/124254075/Analisis_Balaghat_Sahih_Dalam_Al_Muwatta_Imam_Malik_Ibn_Anas
No comments:
Post a Comment