Tuesday, 9 September 2025

Dalil Menghidupkan Maulid Nabi saw ??

 

 

Dalam beberapa buku sejarah disebutkan bahawa TSUWAIBAH dimerdekakan oleh ABU LAHAB kerana sebab Tsuwaibah telah menyampaikan khabar gembira kepadanya atas kelahiran Rasulullah ﷺ.

 

Dalam masalah ini perlu diberi pencerahan:

 

Syaikh Abdullah At Tuwaijiri hafidzahullah berkata:

 

Tsuwaibah adalah hamba wanita milik Abu Lahab. Ia seorang wanita yang pertama kali menyusui Nabi ﷺ. Kerana itulah beliau sering mengunjunginya ketika masih di Makkah.

Khadijah isteri Nabi ﷺ juga amat menghormatinya. Ketika masih menjadi hamba, Khadijah radhiyallahu anha pernah meminta Abu Lahab untuk menjualnya untuk dimerdekakan. Akan tetapi bapa saudara nabi itu menolak. Ia baru DIMERDEKAKAN oleh Abu Lahab pada waktu Rasulullah ﷺ HIJRAH ke Madinah (inilah riwayat yang sahih).

 

Pada saat itulah Rasulullah ﷺ mengirimkan pemberian dan pakaian kepadanya. Hanya saja keislaman dirinya masih diperselisihkan. Ia wafat tahun 7 Hijriyah.” [Al Bida’ Al Hauliyyah, hal. 165, juga dari Thabaqat Ibnu Sa’ad 1/108, Al Ishabah 4/250 no biografi: 213]

 

 

 

Ada riwayat yang dijadikan hujah oleh orang-orang yang merayakan Maulid Nabi, khususnya dari kalangan Sufiyah (orang orang Tasawwuf), bahawa di antara kerabat Abu Lahab ada yang bermimpi melihat Abu Lahab. Lalu ditanyakan kepadanya: “Bagaimana keadaanmu?” Abu lahab menjawab: “Aku di Neraka. Namun setiap malam Isnin siksaanku dikurangi. Aku menghisap air (diberi minum) kira-kira sebanyak ini di antara jari jemariku.” Dia memberikan isyarat ke hujung jari-jarinya. Hal itu disebabkan aku telah memerdekakan Tsuwaibah.” [Al Haawi 1/196]

 

Riwayat itu bersumber dari atsar yang disebutkan oleh Imam Bukhari rahimahullah setelah menyampaikan Hadith tentang Persusuan.

Imam Bukhari rahimahullah berkata:

 

قَالَ عُرْوَةُ وثُوَيْبَةُ مَوْلَاةٌ لِأَبِي لَهَبٍ كَانَ أَبُو لَهَبٍ أَعْتَقَهَا فَأَرْضَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو لَهَبٍ أُرِيَهُ بَعْضُ أَهْلِهِ بِشَرِّ حِيبَةٍ قَالَ لَهُ مَاذَا لَقِيتَ قَالَ أَبُو لَهَبٍ لَمْ أَلْقَ بَعْدَكُمْ غَيْرَ أَنِّي سُقِيتُ فِي هَذِهِ بِعَتَاقَتِي ثُوَيْبَةَ

 

Urwah berkata: Tsuwaibah adalah bekas hamba Abu Lahab. Waktu itu Abu Lahab membebaskannya, lalu Tsuwaibah pun menyusui Nabi ﷺ. Dan ketika Abu Lahab meninggal, ia pun diperlihatkan kepada sebahagian keluarganya di alam mimpi dengan keadaan yang memperihatinkan. Sang kerabat berkata padanya: “Apa yang telah kamu dapatkan?” Abu Lahab berkata: ”Setelah kalian, aku belum pernah mendapati sesuatu nikmat pun, kecuali aku diberi minum lantaran memerdekakan Tsuwaibah.” [HR. Bukhari no. 5101]

 

Atas dasar riwayat di atas mereka mengatakan, kalau Abu Lahab yang kafir saja diringankan siksanya di Neraka, kerana bergembira pada malam lahirnya Nabi ﷺ. Maka apalagi seorang Muslim yang mencintai dan bergembira di malam kelahirannya. Dan di antara bentuk menampakkan kegembiraan itu adalah dengan merayakannya hari kelahiran Nabi ﷺ. Inilah syubhat para pelaku amalan merayakan Maulid Nabi ﷺ.

 

Syubhat ini dibantah dengan beberapa bantahan, di antaranya:

 

1. Hadith di atas adalah Mursal (terputus sanadnya). Hadith ini di nukil secara Mursal oleh ‘Urwah tanpa menyebutkan siapa yang menceritakan riwayat itu kepadanya. Hal ini menunjukan bahawa ia bukanlah ucapan Nabi ﷺ, dan bukan pula ucapan sahabat radhiyallahu anhum.

 

2. Kalaupun statusnya Muttashil (bersambung sanadnya), kandungan hadith itu hanya menunjukan MIMPI yang tidak boleh dijadikan HUJJAH atau DALIL. Sebab boleh jadi orang yang yang mengalami mimpi tersebut belum masuk Islam, sehingga dengan sendirinya hadith itu tidak boleh dijadikan hujah [Fathul Bari 9/145]

 

Dalam hadith ‘Urwah yang Mursal tadi dijelaskan, bahawa Abu Lahab memerdekakan Tsuwaibah sebelum menyusui Nabi ﷺ. Sedangkan dalam hadith yang dituturkan oleh Ibnu Jauzi disebutkan bahawa Abu Lahab memerdekakkan Tsuwaibah ketika menyampaikan khabar gembira tentang kelahiran Nabi ﷺ.

Hadith palsu doa ziarah kubur

 

Matan hadith

 

وروي في مجموعة الشيخ الشهيد عن رسول الله صلى‌الله‌عليه‌وآله قال : لا يقول أحد عند قبر ميّت ثلاث مرات : اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ أَنْ لا تُعَذِّبَ هذا المَيِّتِ. إِلاّ وأقصى الله عنه عذاب يوم القيامة

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan dalam himpunan Syeikh Al-Shaheed dari Rasulullah saw, yang bersabda: Janganlah seseorang berkata tiga kali di kuburan orang yang sudah mati: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad agar tidak menyiksa orang yang telah mati ini, kecuali Allah akan menjauhkan darinya siksaan hari kiamat.

 

Takhrij

 

Palsu, tidak ditemui asal dari mana-mana kitab muktabar sunnah

 

Kecuali,

 

Ia ditemukan dalam kebanyakan kitab Syiah:

 

Mafatih Jinan 1/678

Biharul Anwar 79/54

Manazil al-Akhirah hal. 147

Mustadrak al-Wasail 2/373

Hadith lelaki berniat tidak ingin membayar mahar kepada wanita yang ingin dinikahi

 

Matan hadith

 

 

مَنْ أَصْدَقَ امْرَأَةً صَدَاقًا وَاللَّهُ يَعْلَمُ مِنْهُ أَنَّهُ لَا يُرِيدُ أَدَاءَهُ إِلَيْهَا فَغَرَّهَا بِاللَّهِ وَاسْتَحَلَّ فَرْجَهَا بِالْبَاطِلِ لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَهُوَ زَانٍ

 

 

Terjemahan

 

Sesiapa yang memberikan mahar kepada seorang wanita, sedangkan Allah mengetahui bahawa dia tidak berniat untuk menunaikannya kepada wanita tersebut, maka dia telah memperdayakannya dengan (nama) Allah, dan menghalalkan kemaluannya dengan cara yang batil, maka dia akan menemui Allah pada Hari Kiamat dalam keadaan sebagai seorang penzina

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 13489, daripada Suhaib bin Sinan ra.

 

Az-Zahabi dalam al-Muhazzab fi Ikhtarul Sunan 6/2813, dhaif kerana dalam saandnya terdapat perawi yang tidak dikenali.

 

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 4/287,  menyatakan dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak diberikan nama.

Mengapa berlaku pengulangan hadith dalam Musnad Ahmad dll?

 

Syeikh Ahmad Syakir dalam Syarah Alfiyah as-Suyuthi, hal. 218–222, memberikan anggaran para ulama awal sekitar 30,000 hingga 40,000; mungkin angka pertama merujuk kepada hadith tanpa pengulangan.

 

وَيَبْلُغُ عَدَدُ أَحَادِيثِ الْمُسْنَدِ بِالْمُكَرَّرِ نَحْوَ (٤٠٠٠٠) أَرْبَعِينَ أَلْفَ حَدِيثٍ، وَبِحَذْفِ الْمُكَرَّرِ (٣٠٠٠٠) ثَلَاثِينَ أَلْفَ حَدِيثٍ.

 

ilangan hadith dalam Musnad jika termasuk yang berulang adalah kira-kira 40,000 hadith, manakala jika pengulangan dihapuskan, jumlahnya menjadi 30,000 hadith.

 

"Jumlah hadith dalam Musnad Ahmad termasuk yang berulang (mukarrar) adalah kira-kira 40,000 hadis. Manakala setelah membuang hadith-hadith yang berulang, jumlahnya menjadi sekitar 30,000 hadis. (Musthalah Ibnu Utsaimin hal. 55)

 

Dalam kitab Al-Muwatta' Imam Malik, terdapat hadith berulang, tetapi biasanya hadith yang berulang ini diletakkan dalam bab yang sama. Pengulangan tersebut dilakukan kerana terdapat faedah tertentu pada sanad (rantai perawi), matan (teks hadith), atau konteks yang berbeza dalam bab tersebut. Oleh itu, hadith yang sama mungkin disebut berulang kali untuk menegaskan sanad yang berbeza atau menunjukkan variasi kecil dalam matan yang mempunyai maksud khusus dalam konteks bab itu

 

Pengarang akan mengulangi sesuatu hadith atau athar di dalam bab yang sama atau bab yang berlainan atas tujuan istidlal (menggunakannya sebagai dalil) atau istisyhad (sokongan). Pengulangan itu berlaku sama ada secara sempurna atau secara ringkas, secara muttasil atau secara balagh. Namun, kebiasaannya hadith yang berulang akan diletakkan dalam bab yang sama kerana sesuatu faedah yang terdapat pada sanad, atau pada matan, atau pun pada kedua-duanya sekali (DOI: 10.35631/IJMOE.622003)

 

Rujukan

 

https://www.academia.edu/124254075/Analisis_Balaghat_Sahih_Dalam_Al_Muwatta_Imam_Malik_Ibn_Anas

Hadith wahai hamba-hamba Allah

 

Matan dan terjemahan

 

إِذَا انْفَلَتَتْ دَابَّةُ ‌أَحَدِكُمْ ‌بِأَرْضٍ فَلَاةٍ فَلْيُنَادِ: ‌يَا ‌عِبَادَ ‌اللَّهِ احْبِسُوا، ‌يَا ‌عَبَّادَ ‌اللَّهِ احْبِسُوا، فَإِنَّ لِلَّهِ حَاضِرًا فِي الْأَرْضِ سَيَحْبِسُهُ . [1]

 

Apabila terlepas haiwannya salah seorang daripada kamu di tempat yang lapang, maka hendaklah dia menyeru; “Wahai hamba-hamba Allah, tahankanlah, wahai hamba-hamba Allah tahankanlah”. Kerana sesungguhnya Allah memiliki hamba di bumi ini yang akan hadir menahankannya.

 

Juga lafaz:

 

إِذَا انْفَلَتَتْ دَابَّةُ ‌أَحَدِكُمْ ‌بِأَرْضِ فَلَاةٍ فَلْيُنَادِ: ‌يَا ‌عِبَادَ ‌اللهِ، احْبِسُوا عَلَيَّ، ‌يَا ‌عِبَادَ ‌اللهِ احْبِسُوا عَلَيَّ؛ فَإِنَّ لِلَّهِ فِي الْأَرْضِ حَاضِرًا سَيَحْبِسُهُ عَلَيْكُمْ. [2]

 

Sumber:

[1] Abu Ya’la (Musnad 5269); Ibnu al-Sunni (Amal al-Yaum wa Lailah 508); dll.

[2] al-Tabarani (al-Mu’jam al-Kabir 10518); al-Dailami (al-Firdaus 1311); dll.

 

Ulasan:

1.  Ibnu Hajar: “Hadis gharib riwayatnya Ibnu al-Sunni dan al-Tabarani. Pada sanad inqita’ di antara Ibnu Buraidah dan Ibnu Mas’ud”. Dinukilkan oleh Ibnu Allan (al-Futuhat al-Rabbaniyah 5/150) & al-Munawi (Faid al-Qadir 1/307)

2.  al-Haisami: Riwayatnya Abu Ya’la, dan al-Tabarani dengan tambahan (سَيَحْبِسُهُ عَلَيْكُمْ). Padanya Ma’ruf bin Hassan adalah daif (Majma’ al-Zawaid 17105)

3.  al-Busiri: Sanad ini daif kerana kedaifan Ma’ruf bin Hassan (Ithaf al-Khiyarah al-Maharah 5470)

4.  al-Hut: Padanya Ma’ruf bin Hassan, dia munkar al-hadis (Asna al-Matalib 100)

5.  Nasir bin Ali: Bukan sahih kerana pada sanadnya ada Ma’ruf bin Hassan (Mabahis al-Aqidah hal.214)

6.  al-Sakhawi: Sanadnya daif (al-Ibtihaj hal. 39)

7.  Husain Salim Asad: Sanadnya daif (tahqiq Musnad Abu Ya’la)

8.  Ahmad bin Muhammad: Sanadnya daif (tahqiq al-Matalib al-Aliyah 14/45)

9.  al-Rudani: Daif (Jami’ al-Fawaid 9405)

10.  al-Sahsawani: Daif (Siyanat al-Insan hal. 384)

11.  al-Albani: Daif (al-Silsilah al-Daifah 655)

12.  Dikatakan ada syawahid dari hadis Utbah bin Ghazwan dan Ibnu Abbas

 

Allahua’lam

 

Rujukan

Telegram: KoleksiKajianHadis

 

 

 

Pencerahan tambahan terhadap hadith Malik al-Dar berkaitan meminta tolong ke kubur Nabi SAW

 

Hadith Malik al-Dar

 

Daripada Ibn Abi Syaibah, daripada al-A’masyh, daripada Abi Soleh al-Samman, daripada Malik al-Dar katanya:

 

أَصَابَ النَّاسَ قَحْطٌ فِي زَمَنِ عُمَرَ ، فَجَاءَ رَجُلٌ إلَى قَبْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، اسْتَسْقِ لِأُمَّتِك فَإِنَّهُمْ قَدْ هَلَكُوا ، فَأَتَى الرَّجُلَ فِي الْمَنَامِ فَقِيلَ لَهُ ائْتِ عُمَرَ فَأَقْرِئْهُ السَّلَامَ ، وَأَخْبِرْهُ أَنَّهُمْ يُسْقَوْن

 

Orang ramai ditimpa dengan kemarau di zaman ‘Umar. Lalu datang seorang lelaki ke kubur Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, pohonlah hujan untuk ummatmu, kerana sesungguhnya mereka semua telah (hampir) binasa. Lalu di dalam mimpi lelaki tersebut didatangi seseorang, dan dikatakan kepadanya, pergilah kepada ‘Umar dan sampaikan kepadanya al-Salam, khabarkan kepadanya yang mereka semua akan memperolehi hujan.” (AR. Ibnu Abi Syaibah di dalam al-Musannaf 6/356. Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam al-Bidayah mengatakan sanad hadith ini sahih. )

 

Hadith ini dijadikan hujah bolehnya meminta pertolongan kepada orang yang telah mati, terutamanya Nabi SAW. Dengan hadith ini sebahagian golongan merasakan perbuatan mereka meminta tolong kepada Nabi setelah kewafatan baginda adalah dibolehkan, terutamanya apabila beberapa ulama seperti al-Hafidz Ibn Kathir mengatakan Sanad hadith ini Sahih. Demikian juga al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani.

 

Jawapan dan Bantahan

 

Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan berkaitan hadith ini:

 

1)    Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah [Dar ‘Alim al-Kutub 10/71-75] menyertakan dua riwayat hadith ini. Yang pertama melalui riwayat Saif dan yang kedua melalui riwayat al-Baihaqi.

 

a)       Riwayat Saif adalah seperti berikut:

 

رَوَى سَيْفٌ ، عَنْ مُبَشِّرِ بْنِ الْفُضَيْلِ ، عَنْ جُبَيْرِ بْنِ صَخْرٍ ، عَنْ  عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، أَنَّ رَجُلًا مِنْ مُزَيْنَةَ عَامَ الرَّمَادَةِ سَأَلَهُ أَهْلُهُ أَنْ يَذْبَحَ لَهُمْ شَاةً ، فَقَالَ : لَيْسَ فِيهِنَّ شَيْءٌ . فَأَلَحُّوا عَلَيْهِ فَذَبَحَ شَاةً ، فَإِذَا عِظَامُهَا حُمْرٌ ، فَقَالَ : يَا مُحَمَّدَاهُ . فَلَمَّا أَمْسَى أُرِيَ فِي الْمَنَامِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ لَهُ : " أَبْشِرْ بِالْحَيَا ، ائْتِ عُمَرَ فَأَقْرِئْهُ مِنِّي السَّلَامَ وَقُلْ لَهُ : إِنَّ عَهْدِي بِكَ وَفِي الْعَهْدِ ، شَدِيدَ الْعَقْدِ ، فَالْكَيْسَ الْكَيْسَ يَا عُمَرُ" . فَجَاءَ حَتَّى أَتَى بَابَ عُمَرَ فَقَالَ لِغُلَامِهِ : اسْتَأْذِنْ لِرَسُولِ رَسُولِ اللَّهِ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، . فَأَتَى عُمَرَ فَأَخْبَرَهُ فَفَزِعَ ، ثُمَّ صَعِدَ عُمَرُ الْمِنْبَرَ فَقَالَ لِلنَّاسِ : أَنْشُدُكُمْ بِالَّذِي هَدَاكُمْ لِلْإِسْلَامِ ، هَلْ رَأَيْتُمْ مِنِّي شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ ؟ فَقَالُوا : اللَّهُمَّ لَا ، وَعَمَّ ذَاكَ ؟ فَأَخْبَرَهُمْ بِقَوْلِ الْمُزَنِيِّ - وَهُوَ بِلَالُ بْنُ الْحَارِثِ -فَفَطِنُوا وَلَمْ يَفْطَنْ . فَقَالُوا : إِنَّمَا اسْتَبْطَأَكَ فِي الِاسْتِسْقَاءِ فَاسْتَسْقِ بِنَا . فَنَادَى فِي النَّاسِ ، فَخَطَبَ فَأَوْجَزَ ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ فَأَوْجَزَ ، ثُمَّ قَالَ : اللَّهُمَّ عَجَزَتْ عَنَّا أَنْصَارُنَا ، وَعَجَزَ عَنَّا حَوْلُنَا وَقُوَّتُنَا ، وَعَجَزَتْ عَنَّا أَنْفُسُنَا ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِكَ ، اللَّهُمَّ فَاسْقِنَا وَأَحْيِ الْعِبَادَ وَالْبِلَادَ

 

Riwayat Saif ini diletakkan sebelum riwayat al-Baihaqi. Dimana riwayat Saif ini adalah penjelas kepada maksud الكيس berbanding riwayat al-Baihaqi. Kerana itu beliau meletakkan riwayat al-Baihaqi di tempat yang kedua dan riwayat Saif di tempat pertama. Ini yang dimaksudkan oleh al-Hafiz Ibn Kathir seperti yang dijelaskan oleh al-Syeikh Soleh Aali al-Syeikh di dalam Hazihi Mafahimuna.

 

Al-Hafiz Ibn Kathir hendak menjelaskan, sekalipun dengan hadith yang dhaif ini, ia menunjukkan tidak disyariatkan pergi meminta tolong ke kubur Nabi SAW dan tindakan lelaki itu pergi ke kubur Nabi adalah suatu yang salah lagi mungkar dan tidak disyariatkan.

 

Isyarat ini terdapat di dalam riwayat Saif dan tiada di dalam riwayat al-Baihaqi. Dimana dikatakan Nabi SAW bersabda:

 

 “Berlaku bijaklah wahai ‘Umar berlaku bijaklah.”

 

Iaitulah berlaku bijak dengan segera menunaikan solat al-Istisqa apabila berlaku kemarau panjang. Bukan membiarkan perkara yang tidak disyariatkan berlaku seperti yang dilakukan oleh lelaki tersebut sehingga pergi ke kubur Nabi. Sebaliknya hendaklah menunaikan al-Istisqa. Arahan ini tidak difahami oleh ‘Umar, namun difahami oleh para sahabat lainnya. Kerana itu di dalam riwayat Saif dinyatakan:

 

ففطنوا ولم يفطن

 

“Maka mereka semua faham, akan tetapi ‘Umar masih belum faham.”

 

Dalam riwayat Saif ini ada dinyatakan setelah lelaki yang bermimpi itu datang kepada ‘Umar dan menceritakan mimpinya bertemu dengan Nabi SAW dan baginda berkata:

 

إِنَّ عَهْدِي بِكَ وَفِي الْعَهْدِ ، شَدِيدَ الْعَقْدِ ، فَالْكَيْسَ الْكَيْسَ يَا عُمَرُ

 

“Sesungguhnya janjiku denganmu dan janjiku itu amat kukuh ikatannya, justeru bijaklah wahai ‘Umar bijaklah.”

 

Setelah itu di dalam riwayat Saif ini dinyatakan: “kemudian ‘Umar menaiki mimbar dan berkata kepada orang ramai:

 

أَنْشُدُكُمْ بِالَّذِي هَدَاكُمْ لِلْإِسْلَامِ ، هَلْ رَأَيْتُمْ مِنِّي شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ ؟

 

“Aku benar-benar bertanyakan kepada kamu semua dengan zat yang telah menghidayahkan kamu semua dengan Islam. Apakah kamu semua ada melihat dariku sesuatu yang kamu semua tidak suka?”

 

‘Umar melakukan perkara ini kerana beliau bimbang jika ada berlaku dari pihaknya sesuatu pengabaian terhadap hak Allah atau hak orang ramai, sehingga Nabi SAW mengucapkan sedemikian kepada beliau. Lalu orang ramai menjawab:

 

اللهم لا، وعم ذاك ؟

 

“Tiada, dan mengapa engkau bertanyakan demikian?”

 

Lalu ‘Umar menceritakan kepada mereka semua perkhabaran al-Muzani  (beliau ialah Bilal bin al-Harith) lalu mereka semua faham, namun ‘Umar masih belum faham.” Lalu orang ramai berkata kepada ‘Umar:

 

إنما استبطأك في الاستسقاء فاستسق بنا

 

“Hanyasanya engkau telah lewat melaksanakan al-Istisqa, maka lakukan al-Istisqa dengan kami.”

 

Riwayat Saif ini juga adalah dhaif. Oleh itu kenyataan di dalam riwayat ini berkaitan lelaki yang pergi ke kubur ‘Umar tersebut adalah Bilal bin al-Haris iaitulah seorang Sahabat Nabi adalah tertolak. Ini kerana Saif yang meriwayatkan hadith ini adalah Saif bin ‘Umar al-Tamimi, al-Albani berkata: “Saif di sini adalah Ibn ‘Umar al-Tamimi, yang telah disepakati di kalangan ulama hadith sebagai dhaif, sehinggakan Ibn Hibban berkata tentangnya: “Dia meriwayatkan hadith-hadith palsu dari al-Athbaat.” Ulama hadith juga berkata: “Dia mereka-reka (memalsukan) hadith…”(al-Tawassul hal. 132). Kata al-Syeikh ‘Abd al-Salam Aali ‘Abd al-Karim pentahkik Kitab al-Sawa’iq al-Mursalah al-Syihabiyyah di bahagian Hamisy halaman 172: “Riwayat ini adalah batil, tidak halal menjadikan hujjah dengannya. Demikian ini kerana Saif bin ‘Umar yang menyendiri dengan riwayat ini adalah dhaif dengan kesepakatan ulama hadith.”

 

Maka para sahabat menjelaskan maksud: فالكيس الكيس “Berlaku bijaklah ‘Umar berlaku bijaklah.” adalah bimbingan agar segera menunaikan al-Istisqa (Solat minta hujan), bukan dengan mengabaikan solat al-Istisqa yang disyariatkan ketika kemarau sehingga berlaku perkara yang tidak disyariatkan seperti yang dilakukan oleh lelaki tersebut yang pergi ke kubur Nabi SAW.

 

Inilah kefahaman yang boleh diambil dari susunan dua hadith ini oleh al-Hafiz Ibn Kathir. Namun kedua-kedua riwayat ini adalah dhaif. Sekalipun demikian hadith yang dhaif ini membuktikan cara yang sebenarnya ialah beristisqa, bukan meminta pertolongan dengan cara yang tidak disyariatkan dengan pergi ke kubur Nabi SAW seperti yang dilakukan oleh lelaki tersebut. Maka hendaklah setiap orang memerhatikan perkara ini sehingga menjadi jelas kepadanya maksud dan tujuan para huffaz hadith dan ketelitian dalam penulisan mereka.

 

Kerana itu, tidak ada walaupun seorang dari kalangan sahabat yang melakukan perbuatan yang sama dengan lelaki tersebut yang pergi ke kubur Nabi SAW untuk meminta diturunkan hujan. Sebaliknya semua para sahabat menunaikan al-Istisqa apabila berlakunya kemarau panjang [Hazihi Mafahimuna hal: 60-61 dengan olahan semula].

 

2)    Hadith yang disenaraikan oleh al-Hafiz Ibn Kathir dari riwayat al-Baihaqi di dalam Dala’il al-Nubuwwah memiliki banyak masalah dan kecacatan, iaitulah:

 

i)                    ‘An’anah al-A’masyh, dan beliau seorang Mudallis. Seorang periwayat yang Mudallis tidak diterima riwayatnya melainkan jika dia meriwayatkan dengan lafaz Haddathana, Akhbarana dan seumpamanya. Bukan dengan riwayat قال atau عن yang berkemungkinan dia mengambil hadith itu dari seorang yang boleh menjadikan hadith lemah jika menyebut namanya.

 

ii)            Malik al-Dar yang menjadi sandaran riwayat ini adalah seorang yang tidak dikenali (majhul).  Al-Hafiz Ibn Kathir hanya menilai sahih sanad hadith ini berdasarkan caranya atau mazhabnya dalam menghukum thiqah rawi-rawi majhul dari kalangan Kibar Tabi’ien sepertimana yang dapat diketahui bagi sesiapa yang meneliti kaedahnya di dalam kitab Tafsir beliau dan selainnya.

 

iii)           Abu Soleh yang terdapat di dalam sanad adalah Zakwan, iaitulah yang meriwayatkan dari Malik al-Dar. Tidak diketahui apakah dia benar-benar mendengar dan berjumpa dengan Malik al-Dar. Kerana tidak dapat dikenalpasti tarikh wafatnya Malik al-Dar. Terutamanya hadith ini diriwayatkan dengan ‘an’anah yang sebenarnya menjadi tempat al-Inqita’ (sanad terputus), bukan sekadar tadlis.

 

iv)           Menyendirinya Malik seorang periwayat yang tidak dikenali meriwayatkan peristiwa besar seperti ini dan keperitan yang membelenggu orang ramai. Bagaimana beliau boleh menyendiri meriwayatkannya, sedangkan para sahabat sentiasa memberi perhatian dalam meriwayatkan peristiwa-peristiwa seumpama ini? Jika para sahabat lain tidak meriwayatkannya dalam keadaan peristiwa ini ada sebab yang besar untuk diriwayatkan, maka menunjukkan peristiwa itu sebenarnya tidak berlaku seperti yang disangka oleh Malik al-Dar, barangkali peristiwa itu hanya sangkaan beliau sahaja. [Hazihi Mafahimuna hal: 60]

 

v)            Kisah ini bertentangan dengan apa yang telah pasti dari sunnah apabila berlakunya kemarau panjang. Iaitulah galakan mendirikan solat al-Istisqa bagi memohon kepada Allah SWT agar diturunkan hujan. Perkara ini terdapat banyak bukti dari hadith-hadith Nabi SAW.

 

 

 

3)    PENJELASAN TERHADAP SALAH FAHAM DENGAN PERKATAAN ULAMA: “SANAD HADITH INI SAHIH”

 

al-Hafiz Ibn Kathir setelah menyenaraikan hadith Malik al-Dar ini melalui riwayat al-Baihaqi, beliau berkata:

 

وَهَذَا إِسْنَادٌ صَحِيحٌ

 

“Dan Isnad ini adalah Sahih.”

 

Perkataan beliau ini hanya bermaksud sahih dari segi sanad sahaja. Belum bermaksud hadith ini sahih. Hal ini kerana sesuatu hadith sebelum dihukum sebagai hadith sahih mestilah memenuhi syarat-syaratnya. Kerana itu ulama memberikan definasi kepada Hadith Sahih sebagai:

 

الصحيح ما اتصل سنده بنقل العدل الضابط عن مثله وسلم عن شذوذ وعلة

 

“Hadith yang sahih ialah hadith yang bersambung sanadnya melalui nukilan periwayat yang adil lagi dhabith dari periwayat yang sepertinya (sehingga ke hujung sanad) juga bebas dari Syuzuz dan Illah.” [Qawa’id al-Tahdith Min Funun Mustalah al-Hadith oleh al-Qasimi, hal. 112]

 

Oleh itu sahih sesuatu sanad hadith tidak semestinya menunjukkan hadith itu sahih. Al-Hafiz Ibn Kathir sendiri menyatakan:

 

الحكم بالصحة أو الحسن على الإسناد لا يلزم منه الحكم بذلك على المتن، إذ قد يكون شاذاً أو معللاً

 

“Hukum sahih atau hasan ke atas sesuatu sanad tidak semestinya menunjukkan hukum yang sama ke atas matan, ketikamana kadang-kala (matan) itu Sayz atau Mu’allal.” [Ikhtisar Ulum al-Hadith, hal. 43]

 

Al-Hafiz Ibn Salah berkata:

 

قولهم : ( هذا حديث صحيح الإسناد أو حسن الإسناد ) دون قولهم : ( هذا حديث صحيحأو حديث حسن ) لأنه قد يقال : هذا حديث صحيح الإسناد ، ولا يصح لكونه شاذا أو معللا

 

“Perkataan mereka (para ulama hadith): “Hadith ini sahih al-isnad” atau: “hasan al-isnad” tidak sama dengan perkataan mereka (para ulama hadith):: “Hadith ini sahih” atau: “Hadith hasan.” Ini kerana kadang-kala dikatakan: “Hadith ini sahih al-isnad,” akan tetapi hadith itu tidak sahih kerana ianya syaz atau mu’allal.” [Muqaddimah Fi ‘Ulum al-Hadith, hal. 23]

 

Kerana itu al-Syeikh ‘Abd al-Salam Aali ‘Abd al-Karim pentahkik kepada kitab al-Sawa’iq al-Mursalah al-Syihabiyyah berkata tentang riwayat Malik al-Dar ini:

 

أنَّ هذه القصة منكرة المتن، لمخالفتها ما ثبت في الشرع من استحباب إقامة صلاة الاستسقاء في مثل هذه الحالات. ولمخالفتها ما اشتهر وتواتر عن الصحابة والتابعين، إذ ما جاء عنهم أنّهم كانوا يرجعون إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم أو قبر غيره من الأموات عند نزول النوازل واشتداد القحط يستدفعونها بهم وبدعائهم وشفاعتهم. بل كانوا يرجعون إلى الله واستغفاره وعبادته، وإلى التوبة النصوح، قال تعالى: (وأنْ لو استقاموا على الطريقة لأسقيناهم ماء غدقاً..) وقال تعالى: (ويا قوم استغفروا ربكم ثم توبوا إليه يُرسل السماء عليكم مدراراً..) وقال تعالى: (ولو أنَّ أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض…

 

 “Kisah ini (riwayat Malik al-Dar) adalah Munkarah al-Matan, kerana bersalahannya dengan apa yang telah pasti dalam agama akan galakan (sunat) mendirikan solat al-Istisqa jika berada dalam keadaan seperti itu (kemarau). Demikian juga disebabkan bersalahannya kisah ini dengan apa yang telah masyhur dan tawatur dari para Sahabat dan Tabi’ien. Dimana tidak ada walau satu bukti dari mereka yang pergi ke kubur Nabi SAW atau kubur orang (soleh) yang lainnya ketika berlakunya keperitan dan kesusahan kemarau untuk meminta ditolak kesusahan, doa dan syafaat mereka. Bahkan mereka semua akan kembali kepada Allah dan memohon kemaafan daripadaNya dan beribadah kepadaNya, demikian juga dengan kembali bertaubat bersungguh-sungguhnya kepadaNya. Allah Taala berfirman: “Dan wahai kaumku, beristighfarlah kamu semua kepada Tuhan kamu setelah itu bertaubatlah kepadaNya, nanti Dia akan mengutuskan kepada kamu semua hujan yang mencurah-curah…” firmanNya lagi: “Dan sekiranya penduduk sesuatu tempat beriman dan bertaqwa, pasti Kami akan membukakan untuk mereka keberkatan dari langit dan bumi…”[ Al-Sawaiq al-Mursalah al-Syihabiyyah, hal. 196]

 

Berkaitan hukuman sahih terhadap sanad hadith Malik al-Dar oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani pula kami datangkan perkataan al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rah:

 

“Pertama: Tiada hukum sahih kepada kisah ini. Ini kerana Malik al-Dar seorang yang tidak dikenali ‘Adalah dan Dhabthnya. Dua syarat ini (Adalah dan Dhabth) adalah dua asas penting dalam setiap sanad yang sahih seperti yang diperakui di dalam ilmu al-Mustalah. Ibn Abi Hatim telah menyenaraikan beliau di dalam al-Jahr wa al-Ta’dil (4/213) akan tetapi beliau tidak menyebut seorang periwayatpun daripadanya (Malik al-Dar) selain Abi Soleh, maka ini memberi tanda dia (Malik al-Dar) seorang yang Majhul. Dikuatkan lagi bahawa Ibn Abi Hatim sendiri  (dalam keluasan hafalan dan pemerhatiannya) tiada mendedahkan hukum tsiqah kepadanya, maka kekallah ia seorang yang majhul. Perkataan Ibn Hajar tidak menafikan perkara ini (ketika beliau berkata): “…dengan isnad yang sahih dari riwayat Abi Soleh al-Samman..” kerana kita mengatakan: Bahawa perkataan ibu Hajar itu bukanlah satu nas dalam menghukum sahih keseluruhan sanad, sebaliknya hanya setakat Abi Soleh sahaja, jika tidak demikian, Ibn Hajar tidak akan memulakan Isnad dari Abi Soleh, sebaliknya pasti beliau berkata di awalnya: “Daripada Malik al-Dar… dan isnadnya sahih” akan tetapi Ibn Hajar segaja berbuat demikian, agar diarahkan pemerhatian bahawa di sini terdapat sesuatu yang perlu dibuat pemerhatian semula padanya. Para ulama memiliki sebab-sebab tertentu dalam melakukan perkara seperti ini, antaranya: kadang-kala tidak datang kepada mereka pengenalan sebahagian periwayat, maka mereka tidak membenarkan diri mereka sendiri untuk membuang sanad keseluruhannya, kerana tindakan ini memberi keraguan akan kesahihan sesuatu sanad, terutamanya ketika beristidlal dengan sesuatu hadith tersebut. Sebaliknya mereka akan menyertakan daripadanya apa-apa yang terdapat padanya tempat yang perlu diperhatikan semula. Inilah yang dilakukan oleh al-Hafiz rah di sini. Beliau seolah-olah memberi isyarat menyendirinya Abu Soleh al-Samman (meriwayatkan daripada Malik al-Dar sepertimana nukilan yang lalu dari Ibn Abi Hatim, ia menjadikan perlu disemak semula untuk memastikan keadaan Malik al-Dar ini atau ia memberi isyarat kepada majhulnya beliau (Malik al-Dar).” [al-Tawassul hal. 131]

 

 

4)    Antara kecacatan yang ada dalam riwayat ini ialah:

 

a)    Kisah ini bertentangan dengan pengajaran dari ayat al-Quran, iaitulah:

 

 Maksudnya: “Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,” (QS. Nuh: 10-11)

 

b)    Demikian juga bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh para sahabat seperti ‘Umar RA apabila berlakunya kemarau. Di mana ‘Umar pernah bertawassul dengan meminta al-‘Abbas yang berada bersama dengannya untuk berdoa meminta diturunkan hujan. Hal ini berdasarkan hadith daripada Anas bin Malik RA yang berkata:

 

أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ كَانَ إِذَا قَحَطُوا اسْتَسْقَى بِالْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا فَتَسْقِينَا وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا قَالَ فَيُسْقَوْنَ

 

 “Bahawa ‘Umar bin al-Khattab RA, dahulunya apabila berlaku kemarau, beliau akan meminta al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib berdoa diturunkan hujan. Beliau berkata: “Ya Allah sesunguhnya kami dahulunya bertawassul kepadaMu dengan (doa) Nabi kami, lalu Engkau menurunkan hujan kepada kami. Dan sekarang kami bertawassul kepadaMu dengan (doa) bapa saudara Nabi kami (al-‘Abbas), maka turunkanlah hujan kepada kami.” Kata Anas: “Lalu diturunkan hujan kepada mereka semua.” (HR. Bukhari – Kitab al-Istisqa’ – Bab Soal al-Nas al-Imam al-Istisqa’ Iza Quhitu, no. 964)

 

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini berkata:

 

وقد بين الزبير بن بكار في الأنساب صفة ما دعا به العباس في هذه الواقعة والوقت الذي وقع فيه ذلك، فأخرج بإسناد له أن العباس لما استسقى به عمر قال:

 

 “Sesungguhnya al-Zubair bin Bakkar di dalam al-Ansab telah menjelaskan doa al-‘Abbas dalam peristiwa ini dan waktu peristiwa itu berlaku, beliau mengeluarkannya (meriwayatkannya) dengan isnadnya bahawa al-‘Abbas apabila diminta beristisqa oleh ‘Umar, beliau berdoa dengan berkata:

 

اللَّهُمَّ إِنَّهُ لَمْ يَنْزِلْ بَلَاءٌ إِلَّا بِذَنْبٍ، وَلَمْ يُكْشَفْ إِلَّا بِتَوْبَةٍ ، وَقَدْ تَوَجَّهَ الْقَوْمُ بِي إِلَيْكَ لِمَكَانِي مِنْ نَبِيِّكَ، وَهَذِهِ أَيْدِينَا إِلَيْكَ بِالذُّنُوبِ وَنَوَاصِينَا إِلَيْكَ بِالتَّوْبَةِ فَاسْقِنَا الْغَيْثَ. فأرخت السماء مثل الجبال حتى أخصبت الأرض ، وعاش الناس

 

“Ya Allah, sesungguhnya sesuatu bala tidak akan turun melainkan disebabkan dosa, dan bala tersebut tidak akan tersingkap melainkan dengan bertaubat. Sesungguhnya orang ramai telah bertawajjuh (minta berdoa) denganku kepadaMu, disebabkan kedudukanku (yang hampir) dengan NabiMu. Inilah tangan-tangan kami, (ditadahkan) kepadaMu, dan ubun-ubun kami (diserahkan) kepadaMu dengan kembali bertaubat (kepadaMu). Oleh itu turunkanlah bantuan (hujan) kepada kami.” Lalu awan berkumpul dengan banyak seperti membentuk bukit-bukau sehingga bumi menjadi subur, dan orang ramai dapat hidup dengan selesa.” 

 

c)    Mu’awiyah bin Abi Sufyan juga melakukan perkara yang sama, dimana beliau pernah meminta Yazid bin al-Aswad berdoa kepada Allah agar diturunkan hujan. Ini berdasarkan riwayat daripada Sulaim bin ‘Amir al-Khaba’iriy (سليم بن عامر الخبائري):

 

أَنَّ السَّمَاءَ قُحِطَتْ، فَخَرَجَ مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ وَأَهْلُ دِمَشْقَ يَسْتَسْقُونَ ، فَلَمَّا قَعَدَ مُعَاوِيَةُ عَلَى الْمِنْبَرِ قَالَ : أَيْنَ يَزِيدُ بْنُ الأَسْوَدِ الْجُرَشِيُّ ، فَنَادَاهُ النَّاسُ ، فَأَقْبَلَ يَتَخَطَّى النَّاسَ ، فَأَمَرَهُ مُعَاوِيَةُ ، فَصَعِدَ الْمِنْبَرَ ، فَقَعَدَ عِنْدَ رِجْلَيْهِ ، فَقَالَ مُعَاوِيَةُ : اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَشْفِعُ إِلَيْكَ الْيَوْمَ بِخَيْرِنَا وَأَفْضَلِنَا ، اللَّهُمَّ إنَّا نَسْتَشْفِعُ إِلَيْكَ الْيَوْمَ بِيَزِيدَ بْنِ الأَسْوَدِ الْجُرَشِيِّ ، يَا يَزِيدُ ، ارْفَعْ يَدَيْكَ إِلَى اللَّهِ ، فَرَفَعَ يَزِيدُ يَدَيْهِ ، وَرَفَعَ النَّاسُ أَيْدِيَهُمْ ، فَمَا كَانَ أَوْشَكَ أَنْ ثَارَتْ سَحَابَةٌ فِي الْغَرْبِ ، كَأَنَّهَا تُرْسٌ ، وَهَبَّتْ لَهَا رِيحٌ ، فَسُقِينَا ، حَتَّى كَادَ النَّاسُ أَنْ لا يَبْلُغُوا مَنَازِلَهُمْ

 

“Bahawa pernah berlaku kemarau akibat hujan tidak turun, lalu Mu’awiyah bin Abi Sufyan keluar bersama dengan penduduk Damasyiq untuk beristisqa. Ketikamana Mu’awiyah menaiki tangga mimbar, beliau berkata: “Mana Yazid bin al-Aswad al-Jurasyi?” lalu orang ramai memanggil Yazid. Beliau (Yazid pun) datang dari celah-celah orang ramai. Lalu Mu’awiyah memberi arahan kepadanya. Diapun menaiki tangga mimbar dan duduk berhampiran kaki Mu’awiyah. Kata Mu’awiyah di dalam doanya: “Ya Allah, sesungguhnya kami meminta syafaat kepadaMu pada hari ini dengan (doa) orang yang paling baik dan paling afdhal dari kalangan kami. Ya Allah, sesungguhnya kami meminta syafaat kepadaMu pada hari ini dengan (doa) Yazid bin al-Aswad al-Jurasyi. Wahai Yazid, angkat kedua-dua tanganmu (berdoa) kepada Allah!” lalu Yazid mengangkat kedua-dua tangannya (berdoa kepada Allah). Dan orang ramai juga mengangkat tangan mereka berdoa kepada Allah. Dan tidaklah lama selepas itu sehingga berkumpulnya awan tebal sebelah barat dan bertiupnya angin, lalu diturunkan hujan kepada kami, hampir sahaja orang ramai tidak sempat sampai ke rumah mereka.” (dikeluarkan oleh Ibn Sa’ad di dalam al-Thabaqat 7/444 dan Abu Zur’ah di dalam Tarikh Dimasyq 1/602. Kata al-Syeikh Soleh bin ‘Abd al’Aziz bin Muhammad Aali al-Syeikh: “Dan Isnadnya berantaian (مسلسل) dengan al-Thiqat al-Kibar, dan ia berada pada kemuncak kesahihan (غاية الصحة)” (Hazihi Mafahimuna hal. 56)

 

d)    Kedua-dua riwayat ini dengan jelas menunjukkan ‘Umar bin al-Khattab dan Mua’awiyah bin Abi Sufian tidak pergi ke kubur Nabi SAW untuk meminta pertolongan. Mereka juga tidak meminta pertolongan (Istighathah) kepada Rasulullah SAW yang telah wafat, sebaliknya bertawassul dengan orang yang lebih afdhal yang masih hidup bersama mereka untuk berdoa kepada Allah SWT. Bahkan tidak pernah diriwayatkan dari seorangpun para sahabat lain yang pergi ke kubur Nabi SAW untuk meminta tolong daripada baginda supaya diturunkan hujan kepada mereka. Sekiranya perbuatan itu dibenarkan, sudah tentu mereka akan melakukannya walaupun sekali. Jika mereka tidak pernah melakukannya, ia menunjukkan perbuatan pergi ke kubur Nabi SAW dan meminta pertolongan dari baginda untuk diturunkan hujan atau bantuan lainnya adalah sesuatu yang tidak disyariatkan.

 

Rujukan

 

https://binsahak.com/index.php/hadis-dan-ulumnya/1562-pencerahan-tambahan-terhadap-hadis-malik-al-dar-berkaitan-meminta-tolong-ke-kubur-nabi-saw

 

 

Sahihkan hadith Nabi saw menceritakan 10 jasad tidak dimakan bumi?

 

Semenjak tular kes tubuh Zara Qairina yang utuh selepas digali semula, ramai yang berasa takjub dan rasa terpaling pertama ingin mengait-ngaitkan peristiwa tersebut dengan dalil agama, sehingga mengatakan ia adalah dari kalam mulia Nabi saw.

 

Akan tetapi, ia tidaklah seperti yang di dakwa. Tidak ditemukan matan seperti yang didakwa dalam mana-mana kitab hadith muktabar sunnah.

 

Yang mengeluarkan kenyataan ini  adalah ulama bernama al-Qalyubi. Beliau mengarang satu kitab bernama an-Nawadir yang memuatkan kisah-kisah ajaib dan pelik.

 

Petikan dari kitab tersebut:

 

فائدة في الاجساد التي لا تبلى ذكر أن عشرة لا تبلى أجسادهم الغازي والعالم والمؤذن وحامل القران والنبي والشهيد والمرأة اذا ماتت في نفاسها وأهل السنة ومن قتل مظلوما ومن مات يوم الجمعة.

 

Faedah tentang beberapa jasad yang tidak hancur, disebutkan ada 10 jasad yang tidak hancur yakni; orang yang berperang di jalan Allah swt, orang alim, muadzin, penghafal al-Quran, para nabi, orang yang mati syahid, perempuan yang mati saat menjalani nifas, orang yang terbunuh kerana dizalimi, dan orang yang mati di hari Jumaat (an-Nawadir al-Qalyubi  hal. 138).

 

Yang terbukti sahih dari nas cuma ada dua:-

 

-Nabi (ijmak)

-Syuhada/siddiqin (diperselisihkan ulama apakah semua atau sebahagiannya saja, apakah pasti terjadi atau boleh juga tidak)

 

Adapun kematian yang lain tidak ditemukan nas membicarakan hal tersebut.

 

Netizen di minta berhati-hati membuat sebaran yang berkaitan Nabi saw.

 

 

Disiplin menyebar hadith Nabi saw

 

Disiplin menyebar/berkongsi hadith Nabi saw tidak sama dengan kita kongsi cerita kedai kopi.

 

Perlu pastikan sahih dulu baru kogsi.

 

Menyebarkan hadith yang ternyata tidak sahih bahkan palsu, diancam oleh Nabi saw sendiri seperti menempah tiket di neraka:

 

Imam Bukhari meriwayatkan:

 

عَنْ الْمُغِيرَةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

 

Dari al-Mughirah Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya berdusta atasku tidak seperti berdusta atas orang yang lain. Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka”. [HR. Bukhari no. 1229].

 

Yang termasuk dalam ancaman ini adalah orang yang suka sebar semua hadith tanpa cek dulu kesahihannya (dia tak tahu sahih ke tidak),  dia tetap dikira pendusta (atas nama nabi saw).

 

Hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

 

Cukuplah seseorang dikatakan sebagai pendusta apabila dia bercakap mengenai semua yang didengar (HR. Muslim no. 4)

 

Ibnu Hibban berkata di dalam Kitab Sahihnya 1/210:

 

ذكر إيجاب دخول النار لمن نسب الشيء إلى المصطفى ﷺ وهو غير عالم بصحته

 

Penyebutan perihal kepastian masuk Neraka, bagi orang yang menyandarkan suatu perkara kepada Rasulullah ﷺَ, dalam keadaan tidak mengetahui kesahihannya.

 

 

Jasad tidak dimakan bumi tanda ampuh mati husnul khatimah?

 

Jasad tak dimamah bumi bukan indikator tunggal dan ampuh nak tentukan orang tu mati husnul khatimah atau tak.

 

Sebab dalam quran, Allah ceritakan jasad firaun ada yang utuh jadi tatapan ibrah umat akan datang.

 

Allah Ta’ala berfirman :

 

فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ، وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ

 

Maka pada hari ini Kami selamatkan jasadmu agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu, tetapi kebanyakan manusia tidak mengindahkan tanda-tanda (kekuasaan) kami).  [QS.Yunus: 92]

 

Orang beriman (antaranya pendaki Malaysia yang hilang: Hawari dan Awang ME2023) dan tak beriman banyak yang mati mengeras di everest atau di kutub yang cuacanya esktrim.

 

Orang yang ditanam di kawasan tanah yang kering, saliniti tinggi dan/ ada kandungan tinggi gas formaldehid juga terawet tak dimakan bumi sebab mikroorganisma pengurai tak dapat bertahan.

 

 

 Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 111678

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 109997

 

https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/kembara/2023/05/1107308/tragedi-tragis-di-gunung-everest

 

https://youtu.be/uK-o5q4o8kk?si=aKWrhpg7ra0_V5f3

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...