Thursday, 19 September 2019

Hadith 4 malaikat yang mendatangi orang sakit

Kisah yang disebarkan melalui media sosial Whatsapp seperti berikut:-

4 MALAIKAT YANG MENDATANGI ORANG SAKIT

Kalau kita tahu sebenarnya tak ada alasan utk sedih dan mengeluh saat kita sakit, karena sebenarnya itu adalah kasih sayang Allah SWT pada kita. Kita mengeluh saat sakit karena kita tak tahu rahasianya. 
Tulisan pendek ini membuktikan bahwa sakit itu harus disyukuri karena itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita. Allah mengutus 4 malaikat utk selalu menjaga kita dalam sakit.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sehat dan pada saat waktu senangnya.”

Ujar Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda :

“Apabila seorg hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat utk datang padanya.”

Allah memerintahkan :
1. Malaikat pertama utk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. Malaikat kedua utk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya.
3. Malaikat ketiga utk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.
4. Malaikat keempat utk mengambil semua dosanya, maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.
Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 utk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun utk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan utk mengembalikan dosa²nya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa² ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa²nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa² tersebut ke dalam laut.”

Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Subhanallaah … Subhanallaah … !!!

“Tiada seorang mu’min yang ditimpa oleh lelah atau penyakit, atau risau fikiran atau sedih hati, sampai pun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah.”
(HR Bukhari-Muslim)

“Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa²nya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya.”
(HR Ath-Thabarani)

“Penyakit panas itu menjaga tiap mu’min dari neraka, dan panas semalam cukup dapat menebus dosa setahun.”
(HR Al-Qadha’i)


Analisis hadith-hadith ;-





1- Matan hadith


عن أبي أمامة الباهلي رضي الله تعالى عنه أن رسول الله عليه وسلم قال إذا مرض العبد المؤمن أمر الله تعالى الملائكة أن اكتبوا لعبدي أحسن ما كان يعمل في الصحة والرخاء.


Terjemahan

Dari Abi Umamah Al-Bahili ra. bahwa Rasulullah Saw. bersabda :
“Apabila orang mukmin sakit, Allah SWT. menyuruh para malaikat, “Tulislah bagi hamba-Ku amal terbaik yang dikerjakannya di waktu sihat dan sejahtera.”


Takhrij

HR. Ibnu Syahin dalam at-Targhib fi Fadhail Amal (Darul Kutub Ilmiyyah) di tahqiq oleh Syeikh Muhammad Hassan Hassan Ismail hal. 118 no. 396, ia berkata hadith dhaif jiddan atau lebih teruk lagi maudhu’.

Tetapi…..

Ada sebuah hadith seakan makna di atas dengan sanad yang sahih dari Ibnu Umar,  Rasulullah bersabda:-

Apabila seorang hamba berada di jalan ibadah yang baik (melakukan secara rutin), kemudian sakit, maka dikatakan kepada malaikat yang ditugaskan untuk mencatat amalnya, “Catatkanlah untuknya pahala seperti pahala amalnya semasa dia sihat”.

Takhrij

HR. Ahmad 2/203, sahihul isnad.



2- Matan hadith

وفي خبر آخر إذا مرض العبد المؤمن والأمة المؤمنة بعث الله تعالى إليه أربعة من الملائكة قبل المرض فيأمر الله تعالى أحدهم أن يأخذ قوته فيأخذها بأمر الله تعالى فيضعف ويأمر الثاني أن يأخذ لذة الطعام من فمه ويأمر الثالث أن يأخذ نور وجهه فيكون مصفر الوجه ويأمر الرابع أن يأخذ جميع ذنوبه فيكون طاهرا عن الذنوب فإذا أراد الله أن يشفيه يأمر الله تعالى الملك الذي أخذ قوته يأن يدفعها إليه ويأمر الملك الذي أخذ لذة الطعام بأن يدفعها إليه ويأمر الملك الذي أخذ نور وجهه بأن يدفعه إليه ولايأمر الله تعالى الملك الذي أخذ ذنوبه أن يدفعها إليه فيخر الملك له تعالى ساجدا فيقول يارب كنا أربعة أملاك من الملائكة في أمرك فأمرتهم  بأن يسلموا ما أخذوا منه فلم لم تأمرني بأن أدفع إليه ما أخذت من الذنوب فيقول الرب جل جلاله لا يحسن من كرمي أن آمرك أن ترد ذنوبه بعد ما اتعبت نفسه في المرض فيقول الملك يارب أي شيء أصنع بها فيقول له الرب عز وجل اذهب واطرحها في البحر فيذهب الملك ويطرحها في البحر ويخلق الله تعالى من تلك الذنوب تمساحا في البحر ولو ارتحل إلى الآخرة يخرج من الدنيا طاهرا من الذنوب كما قال النبي عليه السلام حمي يوم وليلة كفارة سنة

Terjemahan


“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat utk datang pdnya.”
Allah SWT memerintahkan :

1. Malaikat pertama utk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. Malaikat kedua utk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya.
3. Malaikat ketiga utk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.
4. Malaikat keempat utk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah SWT memerintahkan kpd malaikat 1, 2 & 3 utk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat & cahaya di wajah hamba mukmin, namun utk malaikat ke 4, Allah SWT tidak memerintahkan utk mengembalikan dosa2nya kpd hamba mukmin, maka bersujudlah para malaikat itu kpd Allah SWT seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan? ”
Allah SWT menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah & buanglah dosa-dosa tersebut ke dlm laut.”


Takhrij

Syeikh Muhammad bin Abu Bakar, Al-Mawa'idzul 'Ushfuriyyah, hal. 16. Ini sebuah khabar yang tidak diketahui asalnya.


Ulasan:


Kitab ini telah dikaji hadithnya oleh pelajar sarjana universiti di Indonesia...dari sebahagian hadith/hikayat yang dikaji ternyata ia tidak terkandung dalam mana mana kitab hadith muktabar sunnah. Setiap bab dalam kitab ini akan diberikan satu hadith disusuli satu hikayat. InsyaAllah yang ini termasuk sebuah hikayat kerana tidak mempunyai sanad (Siti Nurul Hidayah, 2015).



3- Matan hadith


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلا وَصَبٍ وَلا هَمٍّ وَلا حُزْنٍ وَلا أَذًى وَلا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ


Terjemahan


Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya.


Takhrij

HR. al-Bukhari no. 5641, Muslim no. 2573. Sahihul ijma’.






4- Matan hadith

إذا مرِض العبدُ ثلاثةَ أيامٍ خرج من ذنوبِه كيومِ ولدته أمُّه


Terjemahan

Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya.


Takhrij

HR. Ath-Thabarani dalam Mu’jam as-Saghir no. 519, dari Anas bin Malik sebagaimana disebutkan oleh al-Haithami dalam Majmu Zawaid 2/300. Didhaifkan oleh as-Suyuthi (Jami’ as-Saghir no. 859), al-Dimyathi (al-Mutajir al-Rajih no. 256), al-Haithami (Majmu Zawaid 2/300), al-Iraqi (Taarih al-Tasrib 3/238) dan Syeikh al-Arnauth (Takhrij Musnad Ahmad 20/180). Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2712.



5- Matan hadith


الحُمَّى حظُّ كلِّ مؤمنٍ منَ النَّارِ ، وحمَّى ليلةٍ تُكَفِّرُ خطايا سنةٍ مجرَّمةٍ

Terjemahan

Demam itu pelindung tiap mukmin dari neraka, dan demam semalam cukup dapat menebus dosa setahun.


Takhrij

HR. HR.  Al-Qadha’i dalam Musnad as-Syihab, dari Ibn Mas’ud, no. 62. Syeikh al-Albani berkata hadith ini dhaif jiddan di dalam Dhaif Jami’ no. 2796.



Rujukan


https://muslim.or.id/547-rahasia-sakit.html

Uddatush Shabirin: Bekal untuk Orang-orang yang Sabar, Ibnu Qayyim al-Jauziyah, 2010. hal 137-138, 144, Qisthi Press: Jakarta.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...