Amalan bidaah Hari Asyura
Matan hadith
مَنْ اَحْيَى لَيْلَةَ
عَاشُوْرَاءَ ، فَكَاَنَّمَا عَبَدَ اللهَ تَعَالَى بِمِثْلِ عِبَادَةِ اَهْلِ
السَّمَوَاتِ. وَمَنْ صَلَّى اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَاُ فِى كَلِّ رَكْعَةٍ
اَلْحَمْدُ للهِ مَرَّةً ، وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ ، غَفَرَ
اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا مَاضٍ وَخَمْسِيْنَ عَامًا مُسْتَقْبِلٍ ،
وَبُنِيَ لَهُ فِى الْمَثَلِ اْلاَعْلَى اَلْفُ اَلْفِ مِنْبَرٍ مِنْ نُوْرٍ
Terjemahan
“Barangsiapa menghidupkan malam Asyura, maka
seakan-akan ia beribadah kepada Allah seperti ibadahnya para penghuni segala
langit. Dan barangsiapa bersolat empat rakaat, pada setiap rakaat ia membaca
Fatihah sekali, surah al-Ikhlas lima puluh kali, maka Allah mengampuni
dosa-dosanya lima puluh tahun yang telah lalu dan lima puluh tahun yang akan
datang, dan dibina untuknya di Al-Mathalul-A’la (syurga) sebanyak lima juta
mimbar dari cahaya”.
Takhrij
HN. Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at 1/122. Ibnu
Jauzi menilai hadith ini *Tidak sahih*, kerana terdapat perawi yang majruh
(‘Abdurrahman bin Abu Az-Zinaad). Imam Ahmad berkata: "dia mudhtharibul
hadith,” (bergoncang)" dan Yahya bin Ma'in berkata "tidak boleh
dijadikan hujah”.
Matan hadith
مَنْ صَلَّى فِيْهِ اَرْبَعَ
رَكَعَاتٍ ، يَقْرَاُ فِى كُلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُللهِ مَرَّةً ، وَقُلْ هَوَ
اللهُ اَحَدٌ اِحْدَى وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ
عَامًا
Terjemahan
“Barangsiapa bersolat padanya empat rakaat, membaca
al-Fatiha sekali pada tiap-tiap rakaat, surah al-Ikhlas lima puluh kali, maka
Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun”.
Takhrij
HN. as-Syaukani dalam Fawaid Majmu'ah no. 103.
As-Syaukani menilai hadith ini *Palsu*. Hal senada juga diucapkan oleh Al-Iraqi
dalam Tanzihus Syari’ah 2/89 dan Ibnul Jauzi dalam Al-Maudhu’at 1/122,
as-Suyuthi dalam Al-La’aali’ Al-Mashnuu’ah 2/54. Adz-Zahabi (Tartiib
Al-Maudhuu’at no. 500), semua sepakat akan kepalsuan hadith ini dan kemajhulan
para perawinya.
Ibnu Taimiyyah berkata:-
“Tidak terdapat sebarang hadith sahih dari Nabi
s.a.w. atau sahabat-sahabat. Tiada Imam
mazhab tau Tabi'en yang mensunnahkan perkara-perkara ini; sama ada ia
diriwayatkan oleh hadith dhaif (lemah),
atau riwayat yang sahih, Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur
diketahui mengenainya pada abad yang awal. Bagi perkara lain, seperti memasak makanan khas
dengan atau tanpa bijirin, atau memakai baju baru, membelanjakan wang untuk
keluarga, atau membeli bekalan tahunan
untuk hari tersebut, melakukan solat-solat tertentu atau amalan-amalan
tertentu, menyembelih binatang pada hari itu,
menyimpan daging yang akan dimasak bersama bijirin, atau memakai celak
atau henna, mandi, berjabat tangan diantara satu sama lain, menziarahi
seseorang, menziarahi masjid dan
kubur-kubur (mashhad) dan sebagainya.....Kesemua ini adalah bid’ah dan
salah. Tiada diantaranya yang ada kena
mengena dengan sunnah Rasulullah s.a.w. atau Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh mana-mana imam,
tidak Malik, tidak at-Tsauri, tidak al-Layth ibn Sa’d, tidak Abu Hanifah, tidak al-Auzaa’i, tidak asy-Syafie, tidak
Ahmad ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Rahawayh, dan tiada mana-mana dikalangan
Imam dan ulama' Islam......” (Fatawa Al-Kubra Jil. 5).
Solat Asyura adalah solat yang dikerjakan antara
waktu zuhur dan asar, empat rakaat, setiap rakaat membaca al-Fatihah sekali,
kemudian membaca ayat kursi sepuluh kali, Qul HuwAllahu Ahad sepuluh kali,
al-Falaq dan an-Nas lima kali. Apabila selesai salam, istighfar tujuh puluh
kali. Orang-orang yang menganjurkan solat ini dasarnya hanyalah sebuah hadith
palsu! (al-Fawaid al-Majmu’ah no.60 al-Aala’I al-Masnu’ah 2/92).
As-Syuqairy berkata: “Hadith solat ‘Asyura adalah
hadith palsu. Para perawinya majhul, sebagaimana disebutkan oleh as-Suyuti
dalam al-Aala’I al-Mashnu’ah. Tidak boleh meriwayatkan hadith ini, lebih-lebih
sampai mengamalkannya!!”( as-Sunan wal Mubtada’at hal.154).
As-Subki berkata (ad-Din al-Khalish 8/417):”Adapun
pernyataan sebahagian orang yang menganjurkan setelah mandi hari ini (10
Muharram) untuk ziarah kepada orang alim, menengok orang sakit, mengusap kepala
anak yatim, memotong kuku, membaca al-Fatihah seribu kali dan bersilaturahim
maka tidak ada dalil yg menunjukkan keutamaan amal-amal itu jika dikerjakan
pada hari Asyura. Yang benar amalan-amalan ini diperintahkan oleh syariat di
setiap saat, adapun mengkhususkan di hari ini (10 Muharram) maka hukumnya
adalah bid’ah.”
Ibnu Qayyim (al-Manar al-Munif hal. 113 secara
ringkas) berkata: “Hadith-hadith tentang bercelak pada hari Asyura, berhias,
bersenang-senang, berpesta dan solat di hari ini dan fadhilat-fadhilat lain
tidak ada satupun yang sahih, tidak satupun keterangan yang kuat dari Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa sallam *selain* hadith puasa.
Rujukan
https://ar.islamway.net/article/47571
www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=297777
Mausu'ah al-Hadithiyyah, Fake hadith no. 179
No comments:
Post a Comment