Monday, 9 September 2019

Hadith lalat


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً


Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit  (HR. Bukhari no.5782)


Antara fiqh al-Hadith yang boleh difahami daripada hadith di atas:

Pertama: Lalat ini suci ketika ia hidup dan mati dan ia juga tidak najis jika terjatuh ke dalam sesuatu yang berair (cecair) atau keras.

Kedua: Digalakkan merendam keseluruhannya di dalam sesuatu yang berair (cecair) dan kemudian dikeluarkannya berdasarkan nas hadith di atas.

Ketiga: Pada hadith tersebut terdapat I’jaz Ilmi (إعجاز العلمي) kerana ilmu moden telah membuktikan bahawa wujudnya penyakit di salah satu daripada sayap lalat dan wujud juga penawar di sebelah lagi sayap yang lain.

Keempat: Para ulama’ mengqiyaskan kesucian lalat dengan setiap nyawa yang mengalir (darah) daripada serangga hukumnya adalah suci. Ia juga tidak menjadi najis apabila ia terjatuh ke dalam makanan dan minuman samada ia sedikit atau banyak. Ini kerana, sebab najisnya sesuatu itu adalah darah yang terkurung di dalam haiwan selepas kematiannya. Oleh itu, sebab ini tidak wujud pada lalat atau lebah maka ia dihukum suci oleh para ulama’. (Taudhih al-Ahkam, 148/1)

Berdasarkan hadith nabi ini juga, Prof. Dr. Mustafa Ibrahim Hasan dalam prosiding al-Mu’tamar al-`Alamiy lil I`jāz al-`Ilmiy fi al-Qur’ān wa al-Sunnah, Kuwait, Pengarah di Pusat Kajian Serangga Pembawa Penyakit, Universiti al-Azhar, Mesir telah membuat kajian yang bertajuk ‘penyakit dan ubat pada dua sayap lalat’. (Lihat al-Da’ wa al-Dawa’ fi Janahay al-Zubabah, hlm. 83)

Sampel kajian ialah sayap kanan dan sayap kiri empat jenis serangga iaitu Lalat Rumah (Musca Domestica), Lalat Kandang (Muscina Stabulans), Lalat Pasir (Phlebotomus Papatasi) dan Nyamuk Rumah (Culex Pipiens). Kajian beliau mendapati bahawa terdapat sejumlah bakteria yang pelbagai dan banyak pada kedua-dua sayap lalat, tidak seperti sayap nyamuk yang hanya mengandungi sedikit bakteria sahaja.

Didapati juga bakteria baik yang terdapat pada sayap lalat adalah lebih banyak daripada bakteria jahat. Kajian juga mencatatkan bahawa terdapat bakteria baik yang banyak pada sayap kanan semua jenis lalat. Kepelbagaian mikrob yang terdapat pada lalat adalah tindak balas daripada persekitaran di mana ia hidup.

Sayap lalat juga mempunyai kebaikannya. Dalam buku The Hoousefly terbitan 1951, disebutkan berkenaan penggunaan sayap lalat pada satu alat khas di Pusat Kosmologi di Mount Wilson Observatory. Ia digunakan bagi mengukur kadar suhu yang dikeluarkan oleh bintang-bintang yang boleh memberi kesan kepada manusia di bumi.

Pada hari ini, sains moden masih menggunakan larva lalat untuk rawatan. Dalam artikel bertajuk Magnificient Maggots Are Wonderful Wound Cleaners bertarikh 15 Mei 2012, dilaporkan bahawa Hospital Morriston di Swansea, UK merawat luka-luka dengan menggunakan larva lalat sejak 10 tahun yang lepas. Kesannya amat positif sekali. (Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, hlm. 310-313).



Rujukan

Bayan linnas siri ke-165, Mufti Wilayah Persekutuan






No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...