Matan Hadith
الصَّلَاةُ فِي جَمَاعَةٍ تَعْدِلُ
خَمْسًا وَعِشْرِينَ صَلَاةً، فَإِذَا صَلَّاهَا فِي فَلَاةٍ فَأَتَمَّ رُكُوعَهَا
وَسُجُودَهَا بَلَغَتْ خَمْسِينَ صَلَاةً
Terjemahan
”Solat berjemaah itu sama dengan solat
sebanyak 25 kali. Jika solat di tengah padang pasir dengan menyempurnakan rukuk
dan sujud, maka itu sebanding dengan solat sebanyak 50 kali.” (HR. Abu Daud no.
560 , disahihkan Syeikh al-Albani).
Imam Abu Daud berkata bahawasanya Abdul al-Wahid
Ibn Ziyad berkata:- Pahala mengerjakan solat di padang pasir adalah 2 kali
ganda pahalanya berbanding pahal berjemaah…dan selainnya adalah sama (Sunan Abi
Daud, Kitab Solat hal. 124 no. 560)
Asy-Syaukani rahimahullah berkata,
”Jika solat berjemaah dilipatgandakan sebanyak
dua puluh tujuh kali, maka solat di tanah lapang sama dengan 1350 solat. Hal
ini jika solat di tanah lapang itu dilakukan sendirian. Jika solatnya dengan
berjemaah maka bilangan yang telah disebutkan akan dilipatgandakan sebanyak pelipatgandaan
solat jamaah atas solat sendirian. Dan kurniaan Allah itu sangat luas.” (Nailul
Authar 3/ 147)
Sabda Baginda SAW {Solat yang dikerjakan secara berjemaah mendapat
keutamaan dua puluh lima solat kali solat (secara sendirian). Apabila ia mengerjakannya di tanah lapang,
lalu menyempurnakan rukuk dan sujudnya,
maka seolah-olah solatnya sampai kepada lima puluh kali ganda), redaksi "Apabila ia mengerjakannya di tanah
lapang" lebih umum dari solat sendirian atau berjemaah. Hadith ini menunjukkan keutamaan solat di tanah lapang dengan
menyempurnakan rukuk dan sujudnya, dan
itu bisa menyamai lima puluh solat. Hikmah
pengkhususan solat di tanah lapang dengan kelebihan tersebut, kerana orang yang melaksanakannya, biasanya
adalah musafir (yang sedang dalam
perjalanan) sehingga ia menemui banyak kesukaran untuk melaksanakannya dengan
keadaan seperti itu. Selain itu, tanah lapang yang dimaksudkan adalah tempat
yang dilalui dalam perjalanan, sehingga biasanya keadaannya dihiasi dengan kesepian
dan kekhawatiran terhadap binatang buas kerana keterputusannya dengan orang
ramai. Maka, melaksanakan solat dengan sempuma dalam keadaan bermusafir seperti itu adalah
hal yang tidak mampu diraih kecuali kerana ketakwaan yang telah mencapai
tingkat yang tidak banyak dimiliki orang. (Mukhtasar Nailur Authar, hal. 719)
Ibnu Baththal rahimahullah
mengatakan, “Kadangkala keutamaan solat jemaah disebutkan sebanyak 27 darjat,
kadangkala pula disebut 25 darjat, dan kadang juga disebut 25 bahagian. Ini
semua menunjukkan berlipatkali gandanya pahala solat berjemaah berbanding
dengan solat sendirian dengan pahala
sebagaimana yang disebutkan” (Syarah Sahih Bukhari li Ibn Baththal
2/271).
Rujukan
Dr. Saalih Ibn Ghaanim al-Sadlaan (2000), Congregational prayer, pp.
40-41
No comments:
Post a Comment