Matan hadith
من صافحنى او صافح من صافحنى الى يوم القيامة دخل الجنة
Terjemahan
"Barangsiapa bersalaman denganku atau dengan orang yang pernah bersalaman denganku sampai hari kiamat, maka ia akan masuk syurga"
Takhrij
HN. As-Suyuthi dalam al Hawi 2/185-186. Hadith musalsal.
Secara umumnya musalsal bermaksud setiap periwayat sesuatu hadith meniru perbuatan seperti mana yang diriwayatkan kepadanya oleh rawi sebelumnya sehingga kepada Rasulullah s.a.w.
Kebanyakan hadith musalsal adalah dhaif bahkan batil, disebabkan pembohongan perawinya (al-Muqizah fi `ilm al-Mustalah al-Hadith, hal. 44, Syria: al-Matbu`at al-Islamiyyah (1992)).
Hadith ini dinilai *ppalsu*oleh al-Hafiz al-Zahabi (Mizan I'tidal 3/106), al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (Ishabah 3/527), al-Imam al-Suyuthi, dan tokoh di zaman ini seorang ilmuwan rabbani dari aliran asha’irah Syeikh Abdul Fattah Guddah (Zafar Amani Mukhtasar al-Jurjani hal. 273) kerana terdapat perawi yang pendusta, Mu`ammar.
Kata al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Lisan al-Mizan:” Riwayat berjabat tangan Mu`ammar tidak akan diterima oleh orang yang berakal” (Lisan al-Mizan, 6/ 68. Beirut: Muassasah al-`Ilm li al-Matbu`at (1986)).
Al-Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah dalam tahqiqnya bagi kitab Zafar al-Amani ظفر الأماني (hal. 273) turut menegaskan kepalsuan hadith, katanya: “Hadith musalsal berjabat tangan tersebut adalah batil dan dusta. Tiada asal dan tidak pernah wujud” katanya juga: “Tiada keberkatan bagi pendustaan dan pembohongan (hadith ini) ke atas Nabi s.a.w. tidak dikira ibadat menulis cerita dongeng ini melainkan dengan niat untuk memusnahkannya”.
As-Suyuthi berkata: “Mu`ammar adalah pendusta lagi dajjal, hadithnya adalah batil, tidak halal meriwayatkannya. Sesiapa yang melakukan demikian (meriwayat hadith palsu tersebut) termasuk dalam sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa berdusta ke atasku maka siap tempat duduknya dalam neraka. (Al-Hawi 2/185-186).
Beliau (Syeikh Yassin Fadani) berkata ia hadith dhaif jiddan dalam kitabnya Al-Majmuah al-Musalsal Bab 14: Hadith Musalsal Mua'mmar hal. 13, Cetakan Darul Basha'ir Syiria 1986.
Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment