Matan hadith
قَالَ نُعَيْمٌ بْنُ حَمَّادٍ : حَدَّثَنَا أَبُو عُمَرَ عَنِ ابْنِ لَهِيعَةَ قَالَ : حَدَّثَنِي عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ حُسَيْنٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنِ الْحَارِثِ الْهَمْدَانِيِّ عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : “إذا كانَتْ صَيْحَةٌ في رمضان فإنه تكون مَعْمَعَةٌ في شوال، وتميز القبائل في ذي القعدة، وتُسْفَكُ الدِّماءُ في ذي الحجة والمحرم.. قال: قلنا: وما الصيحة يا سول الله؟ قال: هذه في النصف من رمضان ليلة الجمعة فتكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة في سنة كثيرة الزلازل ، فإذا صَلَّيْتُمْ الفَجْرَ من يوم الجمعة فادخلوا بيوتكم، وأغلقوا أبوابكم، وسدوا كواكـم، ودَثِّرُوْا أَنْفُسَكُمْ، وَسُـدُّوْا آذَانَكُمْ إذا أَحْسَسْتُمْ بالصيحة فَخَرُّوْا للهِ سجدًا، وَقُوْلُوْا سُبْحَانَ اللهِ اْلقُدُّوْسِ، سُبْحَانَ اللهِ اْلقُدُّوْسِ ، ربنا القدوس فَمَنْ يَفْعَلُ ذَلك نَجَا، وَمَنْ لَمْ يَفْعَلْ ذَلِكَ هَلَكَ
Terjemahan
Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya (seperti tulisan arab di atas) bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Juma’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun itu terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.
Takhrij
HR. Nu’aim bin Hammad di dalam kitab Al-Fitan 1/228, no.638, dan Alauddin Al-Muttaqi Al-Hindi di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, no.39627.
Hadith ini darjatnya palsu (maudhu’), kerana di dalam sanadnya terdapat beberapa perawi hadith yang pendusta dan bermasalah sebagaimana diperbincangkan oleh para ulama hadith.
Nu’aim bin Hammad
An-Nasa’i berkata tentangnya: “Dia seorang yang dhaif (lemah)” (Adh-Dhu’afa wa Al-Matrukin, karya An-Nasa’i 1/101, no.589)
Abdullah bin Lahi'ah
An-Nasa’i berkata tentangnya: “Dia seorang yang dhaif (lemah)” (Adh-Dhu’afa wa Al-Matrukin, karya An-Nasa’i 1/64, no.346)
Abdul Wahhab bin Husain
Imam Az-Zahabi berkata di dalam At-Talkhish: “Dia mempunyai riwayat hadith palsu.” (Lihat Lisan Al-Mizan, karya Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani 2/139)
Muhammad Tsabit al-Bunani
Ibnu Hibban berkata: “Tidak boleh berhujjah dengannya, dan tidak boleh pula meriwayatkan darinya” (Al-Majruhin, karya Ibnu Hibban 2/252 no.928).
Al-Harits bin Abdullah Al-A’war Al-Hamdani
An-Nasa’i berkata tentangnya: “Dia **bukan seorang perawi yang kuat (hafalannya)” (Al-Kamil Fi Dhu’afa Ar-Rijal, karya Ibnu ‘Adi 2/186, no.370).
Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata tentangnya: “Imam Asy-Sya’bi telah mendustakan pendapat akalnya, dan dia juga dituduh menganut fahamann/mazhab Rafidhah (syi’ah), dan di dalam hadithnya terdapat suatu kelemahan” (Taqrib At-Tahdzib I/146 no.1029).
Ali bin Al-Madini berkata: “Dia seorang pendusta”
Abu Hatim Ar-Razi berkata: Dia tidak dapat dijadikan hujjah (Siyar A’lam An-Nubala’, 4/152, no.54).
Al-Uqaili pernah menyebutkan hadith ini namun dari sahabat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu. Kemudian beliau nyatakan,
ليس لهذا الحديث أصل من حديث ثقة ، ولا من وجه يثبت
Hadith ini (tentang suara dahsyat di pertengahan Ramadhan) tidak pernah disebutkan dalam hadith dari perawi yang sahih, mahupun yang sanadnya sahih (ad-Dhu’afa’ al-Kabir, 3/52).
Ibnul Jauzi berkata:-
هذا حديث موضوع على رسول الله صلى الله عليه وسلم
Hadith ini palsu, dusta atas nama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam (al-Maudhu’at, 3/191).
Ibnul Qayyim juga berkata di dalam kitabnya al-Manar al-Munif, beliau menyatakan sub-bab, termasuk hadith palsu adalah hadith tentang kejadian masa depan:-
كَحَدِيثِ “يَكُونُ فِي رَمَضَانَ هَدَّةٌ تُوقِظُ النَّائِمَ وَتُقْعِدُ الْقَائِمَ وَتُخْرِجُ الْعَوَاتِقَ مِنْ خُدُورِهَا وَفِي شَوَّالٍ هَمْهَمَةٌ
Seperti hadith bahawa akan ada di bulan Ramadhan suara dahsyat yang akan membangunkan orang tidur, membuat duduk orang berdiri, membuat para gadis pingitan keluar rumah, dan di bulan Syawal ada gelegar suara… (al-Manar al-Munif, hlm. 110).
Demikian pula as-Suyuthi, dalam al-Lali’ al-Mashnu’ah (2/387-388) beliau menyebutkan hadith sejenis dengan berbagai redaksi, dan semuanya cacat. Sebahagian ada yang redaksinya panjang dan ada yang redaksinya pendek. Yang paling panjang redaksinya, hadith dari Ibnu Mas’ud…
Jalur sanad dari ad-Dailami
Matan hadith
وأخرج الطبراني في المعجم الكبير
"حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الْوَهَّابِ بْنِ نَجْدَةَ الْحَوْطِيُّ، ثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ الضَّحَّاكِ، ثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ، عَنِ الْأَوْزَاعِيِّ، عَنْ عَبْدَةَ بْنِ أَبِي لُبَابَةَ، عَنْ فَيْرُوزَ الدَّيْلَمِيِّ
يَكُونُ فِي رَمَضَانَ صَوْتٌ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ فِي أَوَّلِهِ أَو فِي وَسَطِهِ أَو فِي آخِرِهِ؟ قَالَ: لَا، بَلْ فِي النِّصْفِ مِنْ رَمَضَانَ، إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ يَكُونُ صَوْتٌ مِنَ السَّمَاءِ
Terjemahan
“Akan berlaku di bulan Ramadhan satu suara. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAW pada awal, pertengahan atau di akhir Ramadhan?. Rasulullah SAW menjawab: Tidak, bahkan di pertengahan Ramadhan apabila malam pertengahan tersebut jatuh malam Jumaat maka akan muncul suara dari langit.”
Takhrij
HR. At-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, 332/18 dari Fairuz ad-Dailami.
Imam al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid, 310/7, no. 12373, menilai salah seorang perawi di dalam riwayat ini iaitu Abd al-Wahab bin al-Dhahhak adalah seorang yang matruk (riwayatnya ditinggalkan).
Ibnu Katsir di dalam Jami' al Masanid wa al-Sunan no. 8762 berkata hadith ini gharib munkar.
Al-Jurqani dalam al-Abatil wa al-Munakirah 2/105 berkata hadith ini munkar.
Ibnul Jauzi dalam Maudhu'at 3/462 berkata hadith ini tidak sahih.
Jalur sanad dari Abu Hurairah ra:-
Matan hadith
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «تَكُونُ هَدَّةٌ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ تُوقِظُ النَّائِمَ وَتُفْزِعُ الْيَقْظَانَ، ثُمَّ تَظْهَرُ عِصَابَةٌ فِي شَوَّالٍ، ثُمَّ مَعْمَعَةٌ فِي ذِي الْحِجَّةِ، ثُمَّ تُنْتَهَكُ الْمَحَارِمُ فِي الْمُحَرَّمِ، ثُمَّ يَكُونُ مَوْتٌ فِي صَفَر، ثُمَّ تَتَنَازَعُ الْقَبَائِلُ فِي الرَّبِيعِ، ثُمَّ الْعَجَبُ كُلُّ الْعَجَبِ بَيْنَ جُمَادَى وَرَجَبٍ، ثُمَّ نَاقَةٌ مُقَتَّبَةٌ خَيْرٌ مِنْ دَسْكَرَةٍ تُقِلُّ مِائَةَ أَلْفٍ» قَدِ احْتَجَّ الشَّيْخَانِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا بِرُوَاةِ هَذَا الْحَدِيثِ عَنْ آخِرِهِمْ غَيْرَ مَسْلَمَةَ بْنِ عُلَيٍّ الْخُشَنِيِّ، وَهُوَ حَدِيثٌ غَرِيبُ الْمَتْنِ، وَمَسْلَمَةُ أَيْضًا مِمَّنْ لَا تَقُومُ
الْحُجَّةُ بِهِ".
Terjemahan
Seperti sebelumnya.
Takhrij
HR. Al-Hakim no. 8580, dari Abu Hurairag ra. Az-Zahabi berkata hadith ini palsu. Syeikh al-Albani juga menilainya palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6178.
Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment