Matan hadith
كان إذا صعد المنبر ؛ أقبلنا بوجوهنا إليه
Terjemahan
‘‘Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dahulu jika beliau naik mimbar, kami menghadapkan wajah-wajah kami kepada beliau.”
Takhrij
HR. Ibnu Hibban dalam Ats-Tsiqat 7/518. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2080).
Imam Bukhari telah membawakan hadith ini dalam bab;
باب يستقبل الإمام القوم ، واستقبال الناس الإمام إذا خطب ، واستقبل ابن عمر وأنس – رضي الله عنهم – الإمام
Menghadapnya Imam kepada jamaah, dan menghadapnya Jamaah kepada Imam ketika khutbah. Dan Ibnu Umar dan Anas radhiyallahu ’anhum menghadap imam.”
Matan hadith
أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيْدٍ الْخُدْرِيَّ قَالَ: إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَلَسَ ذَاتَ يَوْمٍ عَلَى المِنْبَرِ وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ
Terjemahan
Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam suatu hari pernah duduk di atas mimbar dan kami berada di sekitar beliau.
Takhrij
HR. Bukhari no. 921, dari Abu Sa'id al-Khudri. sahih ijma'.
Beliau mengatakan di antara hikmah disyariatkan menghadap imam adalah:
Agar mempersiapkan diri mendengarkan perkataan imam.
Menunaikan adab terhadap Imam ketika mendengarkan kalamnya.
Maka jika menghadap imam dengan wajah, badan dan hatinya akan membentuk fokus, maka ini lebih tepat dalam memahami nasihat imam dan bersesuaian dengan apa yang disyariatkan untuk ia tunaikan kerananya (Fathul Bari 2/402).
Imam Al-Nawawi yang menyebut:
يُسْتَحَبُّ لِلْقَوْمِ أَنْ يُقْبِلُوا عَلَى الْخَطِيبِ مُسْتَمِعِينَ وَلَا يَشْتَغِلُوا بِغَيْرِهِ حَتَّى قَالَ أَصْحَابُنَا يُكْرَهُ لَهُمْ شُرْبُ الْمَاءِ لِلتَّلَذُّذِ ولا بأس يشربه لِلْعَطَشِ لِلْقَوْمِ وَالْخَطِيبِ
Maksudnya: Disunatkan kepada kaum (orang ramai) untuk menghadap ke arah khatib dalam keadaan mendengar (khutbah yang disampaikan) dan tidaklah mereka itu sibuk dengan perkara lain. Sehinggakan para ashab kami telah berkata: Dimakruhkan bagi kaum (para jemaah) untuk meminum air bagi tujuan talazzuz (bersedap-sedap), tetapi tidak mengapa untuk jemaah dan juga khatib untuk meminum air sekiranya disebabkan dahaga. (Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi 4/529).
Rujukan
Al-Kafi li al-Fatawi no. 1039, Mufti Wilayah Persekutuan
No comments:
Post a Comment