Tuesday, 22 October 2019

Kekeliruan penggunaan dalil yang membolehkan tahlil selepas kematian pada hari-hari tertentu




1. Hadith Thawus


Matan hadith


إِنَّ الْمَوْتَى يُفْتَنُونَ فِي قُبُورِهِمْ سَبْعًا ، فَكَانُوا يَسْتَحِبُّونَ أَنْ يُطْعَمَ عَنْهُمْ تِلْكَ الْأَيَّامِ

Terjemahan

“Sesungguhnya orang mati diuji di kuburnya selama tujuh hari. Mereka menyatakan sunnah memberi makanan atas nama orang mati itu selama  hari-hari tersebut.”


Takhrij

HR. Abu Nu'aim dalam Hilyahtul Auliya' 4/11.  Hadith maqthu.

Iaitu dari jalur Hasyim bin Qasim, telah meriwayatkan kepada kami Al-Asyja’i, dari Sufyan, dia bekata, Thawus berkata,........

Sanad rijalnya seluruhnya tsiqah, tetapi sanad tersebut putus antara Sufyan dan Thawus. Maka hadit tersebut dhaif (Tahqiq Mathalib 'Aliyah, 5/330).

Sufyan tidak pernah berjumpa Thawus (Al 'Ilal Wa Ma'rifatur Rijal no. 4579-80).

Dan, pendapat yang dipegang oleh As-Suyuthi bahawa Thawus wafat antara tahun 113-119 H sebenarnya sudah dibantah oleh Az-Zahabi.

لا رَيْبَ فِي وَفَاةِ طَاوُسٍ فِي عَامِ سِتَّةٍ وَمِائَةٍ، فَأَمَّا قَوْلُ الْهَيْثَمِ: مَاتَ سَنَةَبِضْعَ عَشْرَةَ وَمِائَةٍ فَشَاذٌّ. وَاللَّهُ أَعْلَمُ

Tidak ada keraguan tentang wafatnya Thawus pada tahun 106 H, adapun perkataan Al-Haitsam: "Wafat antara tahun 113-119H syadz (Siyar 'Alam Nubala 9/50).




2. Hadith 'Abdullah bin 'Umar


Matan hadith

Dari Ibnu Juraij, ia berkata : Telah berkata ‘Abdullah bin ‘Umar

يفتن رجلان مؤمن ومنافق ، فأما المؤمن فيفتن سبعا ، وأما المنافق فيفتن أربعين صباحا


Terjemahan

“Dua orang akan diuji, mukmin dan munafik, adapun orang mukmin akan diuji selama tujuh hari, sedangkan munafik akan diuji selama empat puluh hari.”


Takhrij

HR. Abdul Razzak dalam Al-Mushannaf no. 6757. 

Riwayat ini dhaif kerana munqathi’. Ibnu Juraij tidak pernah bertemu dengan Ibnu ‘Umar. Selain itu, Ibnu Juraij sendiri seorang yang tsiqah namun sering melakukan tadlis dan irsal (Taqribut Tahdzib no. 4221).

Kemudian jika kita analisa lebih dalam, maka jalur riwayat ini telah terjadi mushahhaf dari nama Ubaid bin ‘Umair menjadi Abdullah bin Umar. Hal ini sudah tidak asing lagi jika melihat dalam Hasyah al-Suyuthi , diantaranya apa yang dikatakan oleh Ibn Abdil Barr al-Maliki (Al-Tamhiid limaa fii al-Muwatha minal ma’aani wa al-masaanid 22/252).

Adapun jika ia adalah Ubaid bin Umair, kebanyakan para ulama hadith menganggap bahawa beliau adalah tabi’in, bukan sahabat, kerana tidak ada bukti bahawa dia melihat Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam (Tahzib At-Tahzib, 7/71). 

Ibnu Abdul-Bar rahimahullah berkata bahawa dia (Ubaid) berjumpa dengan Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Sedangakan Muslim bin Hajjaj menyebutkan bahawa dia lahir pada masa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan dia dikira sebagai tokoh kalangan tabi’in.” (Al-Isti’ab, 3/1018, Al-Ishabah, 5/47)

Kesimpulannya bahawa atsar Ubaid juga mursal (sanadnya hanya sampai sahabat saja) dan dalam sanadnya juga terdapat kritikan.



3. Hadith Mujahid

Matan hadith

إن الموتى كانوا يفتنون في قبورهم سبعاً ، فكانوا يستحبون أن يطعم عنهم تلك الأيام


Terjemahan

“Sesungguhnya orang yang wafat diuji di kuburnya selama tujuh hari. Mereka menganjurkan untuk memberi makan atas nama mayat.”


Takhrij

HN. Ibnu Rajab dalam kitabnya Ahwal Al-Kubur hal. 16, dari Mujahid bin Jabr. Tanpa sanad.

As-Suyuthi berkata demikian, “Tidak kami dapatkan sanadnya.” (Ad-Dibaj Syarhul Muslim, Sahih Muslim, 2/491).



Ibn Mubarak berkata:

اَلإِسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ وَلَوْلَا الإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ

“Sanad itu sebahagian dari agama. Kalau bukan kerana sanad, pasti sesiapapun boleh berkata apa yang dia kehendaki (Muqaddimah Sahih Muslim 1/47 no. 32).



Imam Malik berkata:

لا تحمل العلم عن أهل البدع، ولا تحمله عمن لا يعرف بالطلب، ولا عمن يكذب في حديث الناس وإن كان لا يكذب في حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم.

“Jangan mengambil ilmu dari orang ahli bid’ah, serta janganlah menukilnya dari orang yang tak diketahui darimana ia mendapatkannya, dan tidak pula dari siapapun yang dalam perkataannya ada kebohongan, meskipun ia tidak berbohong dalam menyebutkan hadith Rasulullah saw.” (Risalah Ahli as Sunnah wal Jama’ah 7/1418).


Kesimpulan as-Suyuthi (al-Hawi 2/217)

Atsar Thawus dan Ubaid ini dihukumi sebagai marfu' mursal dan tidak dihukumi sebagai mauquf (sampai pada sahabat) meskipun tidak disebutkan secara jelas disandarkan kepada Nabi saw dalam perkara-perkara berkaitan hal ghaib seperti barzakh. Maka dia menjadi dalil bagi ketiga imam; Abu Hanifah, Malik dan Ahmad secara mutlak tanpa syarat.

Adapun menurut Imam Syafii radhiallahu anhu, maka dia berpendapat bahawa berdalil dengan mursal jika dikuatkan oleh salah satu perkara yang telah disepakati dalam bidangnya, di antaranya adalah adanya orang lain atau sahabat yang menyetujuinya sedangkan penguat di sini ada, kerana riwayat serupa diriwayatkan dari Mujahid dan dari Ubaid bin Umair, keduanya merupakan tabi’in, jika Ubaid bukan merupakan shahabat, maka kedua riwayat mursal tersebut menguatkan riwayat mursal pertama (Al-Hawi 2/220-222).




Akan tetapai, kesimpulan as-Suyuthi ini adalah lemah kerana:-



1- hanya atsar Thawus saja yang sanadnya selamat. Adapun yang diriwayatkan dari Ubaid bin Umair, dalam sanadnya terdapat kelemahan, sedangkan atsar Mujahid tidak adalah asalnya. Kerana itu yang tinggalhanya atsar Thawus, maka dengan demikian kekuatan atsar ini kehilangan kekuatannya secara keseluruhan.

2- Jika sebuah atsar bertentangan dengan hadith-hadith sahih, maka yang lebih kuat adalah kita menjadikan hadith sahih tersebut sebagai penentu. Maka kita tidak dapat memberikan hukum marfu terhadap atsar tersebut dan sebagai dalil. Kerana banyak hadith yang berbicara tentang fitnah kubur dan pertanyaan malaikat menunjukkan dalil yang jelas bahawa hal tersebut hanya terjadi sekali saja, tidak berlangsung selama tujuh hari, atau tidak berulang selama tujuh kali. 


Yang paling terkenal adalah hadith Barra bin Azib radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam tentang ciri ujian terhadap orang mukmin di alam kubur, iaitu;

يَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ : مَنْ رَبُّكَ ؟ فَيَقُولُ : رَبِّيَ اللَّهُ ، فَيَقُولَانِ لَهُ : مَا دِينُكَ ؟ فَيَقُولُ : دِينِيَ الْإِسْلَامُ ، فَيَقُولَانِ لَهُ : مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ ؟ قَالَ : فَيَقُولُ : هُوَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . فَيَقُولَانِ : وَمَا يُدْرِيكَ ؟ فَيَقُولُ : قَرَأْتُ كِتَابَ اللَّهِ فَآمَنْتُ بِهِ وَصَدَّقْتُ )رواه أبو داود، رقم 4753 وصححه الألباني في " صحيح أبي داود)

“Dua malaikat mendatanginya dan mendudukkannya lalu berkata kepadanya, ‘Siapa Tuhanmu?’ Dia berkata, ‘Tuhanku Allah’ Keduanya bertanya kepadanya, ‘Apa agamamu?” Dia berkata, ‘Agamaku Islam,’ Keduanya bertanya kepadanya, ‘Siapakah orang yang diutus kepada kalian?’ Dia berkata, ‘Dia adalah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam,’ Keduanya berkata, ‘Darimana engkau tahu?’ Dia berkata, ‘Aku membaca Kitabullah, maka saya beriman kepadanya dan membenarkannya.” (HR. Abu Daud, no. 4753, disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih Abu Daud)

Demikian pula halnya, banyak hadith yang berbicara tentang fitnah kubur, tidak ada satupun di dalamnya yang menunjukkan bahawa hal tersebut berlangsung selama tujuh hari penuh terhadap orang beriman dan empat puluh hari terhadap orang munafik. 

Oleh itu meletakkan kaedah ‘hukum marfu terhadap atsar shahabat dan tabi’in’ tidak memiliki alasan kuat dalam kes ini, bahkan yang lebih utama dan lebih benar adalah tidak memberikan komentar sebagaimana sunnah tidak berkomentar dalam masalah ini, kita beriman cukup dengan yang terucap dan pernyataan jelas.

3- Tidak terdapat pernyataan dalam kitab-kitab fiqh yang terpercaya adanya nas yang menganjurkan memberi makan atas nama mayat selama tujuh hari berturut-turut, sebagaimana tidak kita temuka  seorang dari kalangan ulama yang berpendapat sebagaimana pendapat Imam Suyuthi, sehingga kesimpulannya itu mengundang keraguan yang tinggi.



Hadith tambahan 

Matan hadith

ﻓﻠﻤﺎ ﺍﺣﺘﻀﺮﻋﻤﺮ ﺃﻣﺮ ﺻﻬﻴﺒﺎ ﺃﻥ ﻳﺼﻠﻲ ﺑﺎﻟﻨﺎﺱ ﺛﻼﺛﺔ ﺃﻳﺎﻡ ، ﻭﺃﻣﺮ ﺃﻥ ﻳﺠﻌﻞ ﻟﻠﻨﺎﺱ ﻃﻌﺎﻡ، ﻓﻴﻄﻌﻤﻮﺍ ﺣﺘﻰ ﻳﺴﺘﺨﻠﻔﻮﺍ ﺇﻧﺴﺎﻧﺎ ، ﻓﻠﻤﺎ ﺭﺟﻌﻮﺍ ﻣﻦ ﺍﻟﺠﻨﺎﺯﺓ ﺟﺊ ﺑﺎﻟﻄﻌﺎﻡ ﻭﻭﺿﻌﺖ ﺍﻟﻤﻮﺍﺋﺪ ! ﻓﺄﻣﺴﻚ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻋﻨﻬﺎ ﻟﻠﺤﺰﻥ ﺍﻟﺬﻱ ﻫﻢ ﻓﻴﻪ ، ﻓﻘﺎﻝ ﺍﻟﻌﺒﺎﺱ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻤﻄﻠﺐ : ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺇﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺪ ﻣﺎﺕ ﻓﺄﻛﻠﻨﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﻭﺷﺮﺑﻨﺎ ﻭﻣﺎﺕ ﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ ﻓﺄﻛﻠﻨﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﻭﺷﺮﺑﻨﺎ ﻭﺇﻧﻪ ﻻﺑﺪ ﻣﻦ ﺍﻻﺟﻞ ﻓﻜﻠﻮﺍ ﻣﻦ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻄﻌﺎﻡ ، ﺛﻢ ﻣﺪ ﺍﻟﻌﺒﺎﺱ ﻳﺪﻩ ﻓﺄﻛﻞ ﻭﻣﺪ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺃﻳﺪﻳﻬﻢ ﻓﺄﻛﻠﻮﺍ

Terjemahan

Ketika Umar sebelum wafatnya, ia memerintahkan pada Shuhaib untuk memimpin solat, dan memberi makan para tamu selama 3 hari hingga mereka memilih seseorang, setelah pulang dari jenazah umar, mereka datang, sedangkan makanan telahpun dihidangkan, mereka tidak mahu makan kerana sedihnya, maka berkatalah Abbas bin Abdul Muttalib:
Wahai hadirin.. sungguh telah wafat Rasulullah saw dan kita makan dan minum setelahnya, lalu wafat Abu Bakar dan kita makan dan minum sesudahnya, dan ajal itu adalah hal yang pasti, maka makanlah makanan ini..!”, lalu beliau menghulurkan tangannya dan makan, maka orang–orang pun mengulurkan tangannya masing–masing dan makan.

Takhrij

HR. Abu Bakar dalam al-Ghailaniyat no. 296 dan 315, Ibnu Sa'ad dalam Tabaqhat Kubra 426-27 dan Ibnu 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq 26/373.

Terdapat perawi yang lemah, Ali bin Zaid bin Jud’aan bahkan dituduh terpengaruh dengan fahaman tasyayyu’ (syi’ah) (Taqrib At-Tahdzib no. 4734, Tahdzibut Tahdzib no. 545, Ad-Du’afa 2/447, dan Al-Majruhin 2/103-104).

Hadith di atas jikalau sahih tidaklah menunjukkan upacara di adakan makan-makan selepas kematian.

Jadi proses menyediakan makanan sudah disediakan semenjak Umar masih hidup dan setelah Umar dikubur masih juga disediakan makanan. Akan tetapi para sahabat enggan untuk memakan kerana kesedihan yang mereka rasakan.

Dan dalam riwayat tersebut sangat jelas bahawa tujuan memakan makanan itu adalah kerana urusan pemerintahan, dan mereka harus makan untuk terus menyelenggarakan pemilihan khalifah.

Wallahu 'alam.




Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 172254.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...