Matan hadith
عن
سعد بن أبي وقاص: سألتُ النَّبيَّ ﷺ عن قول اللهِ عزَّ وجلَّ الَّذِينَ هُمْ عَنْ
صَلاتِهِمْ ساهُونَ قال هم الذين يُؤخِّرون الصلاةَ عن
وقتِها
Terjemahan
Sa‘ad
ibnu Abu Waqqash yang mengatakan bahwa ia pernah bertanya kepada Rasulullah
s.a.w. tentang orang-orang yang lalai dari solatnya. Maka beliau s.a.w.
menjawab:
Mereka
adalah orang-orang yang mengakhirkan solat dari waktunya.
Takhrij
HR.
al-Uqaili dalam Dhu’afa’ al-Kabir 3/377, dhaif, terdapat perawi yang
diperselisihkan yakni Ikrimah bin Ibrahim al-Azdi, hafalannya bergoncang. Dia
dijarh oleh majoriti ulama.
Juga dinukilkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya
8/493 dari Sa’ad bin Abi Waqqash, Masyruq bin Al Ajda’, dan selainnya.
Syeikh
al-Albani dalam Dhaif targhib no. 313, menilai hadith ini dhaif jiddan.
Dilemahkan
oleh Ibnu Hajar al-Asqhalani dalam Lisanul Mizan 5/460 kerana ‘Ikrimah di jarh
an-Nasaie dia tidak tsiqah.
Al-Haithami
membawa penilaian lemah Ibnu Hibban terhadap ‘Ikrimah dalam Majma Zawaid 1/330.
Ibnu
Hajar al-Haitamy dalam al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair 1/133 menilai sanad
hadith ini dhaif.
No comments:
Post a Comment