Friday, 13 March 2020

Hadith pasir/kerikil bertasbih




Matan hadith


 - عَنْ أَبِي ذَرٍّ الْغِفَارِيِّ قَالَ: «إِنِّي لَشَاهِدٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَلْقَةٍ، وَفِي يَدِهِ حَصًى، §فَسَبَّحْنَ فِي يَدِهِ، وَفِينَا أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ، فسَمِعَ تَسْبِيحَهُنَّ مَنْ فِي الْحَلْقَةِ، ثُمَّ دَفَعَهُنَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى أَبِي بَكْرٍ، فَسَبَّحْنَ مَعَ أَبِي بَكْرٍ، سَمِعَ تَسَبِيحَهُنَّ مَنْ فِي الْحَلْقَةِ، ثُمَّ دَفَعَهُنَّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَبَّحْنَ فِي يَدِهِ، ثُمَّ دَفَعَهُنَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى عُمَرَ، فَسَبَّحْنَ فِي يَدِهِ، وَسَمِعَ تَسَبِيحَهُنَّ مَنِ في الْحَلْقَةِ، ثُمَّ دَفَعَهُنَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ، فَسَبَّحْنَ فِي يَدِهِ، ثُمَّ دَفَعَهُنَّ إِلَيْنَا، فَلَمْ يُسَبِّحْنَ مَعَ أَحَدٍ مِنَّا

Terjemahan

Abu Dzar Al-Ghifari Radhiyallahu ‘anhu, ia dan sahabat-sahabat lainnya berjalan bersama Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam yang mulia. Di tengah perjalanan, Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mengambil batu kerikil, kemudian diletakkan di tangannya. Batu kerikil itu bertasbih sampai para sahabat mendengar suara tasbihnya. Dari Nabi, kerikil itu dipindahkan ke tangan Abu Bakar Ash-Siddiq ra. Di tangan manusia jujur dan menjaga diri ini, tasbih batu kerikil kembali didengari oleh para sahabat. Meneladani Nabi, Abu Bakar lalu menuangkan batu kerikil ke tangan ‘Umar bin Khattab ra. Lagi, tasbih batu kerikil di tangan Al-Faruq boleh didengari oleh para sahabat. ‘Umar kemudian menuangkan batu kerikil di tangannya ke tangan ‘Utsman bin ‘Affan Radhiyallahu ‘anhu. Kembali, batu kerikil itu bertasbih. Suara tasbihnya benar-benar terdengar oleh para sahabat di sekeliling hamba nan soleh ini.Terakhir, batu kerikil itu dituangkan ke tangan sahabat lain, tetapi tasbihnya tak terdengar lagi.


Takhrij

HR. at-Tahabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 1244 dan al-Baihaqi dalam Dalail Nubuwah no. 2/555, Ibnu Hajar dalam al-Muqafaqah al-Khabar 1/213 berkata, hadith gharib dengan wajah ini, manakala Ibnu Jauzi menilai hadith ini mudhtharib dan membawa penilaian  an-Nasaie dalam al-'Ilal Mutanahiyah bahawa hadith ini munkar batil 1/207).

Dan Syeikh al-Albani pula mensahihkan hadih ini dalam Takhrij Kitab Sunnah no. 1146.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...