Friday 20 March 2020

Tidak ada penyakit menular dengan sendirinya?



Hal ini berdasarkan pada hadith:


عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ النَّبيُّ : لاَ عَدْوَى, وَلاَ طِيَرَةَ , وَأُحِبُّ الْفَأْلَ الصَّالِحَ

Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah bersabda: “Tidak ada penyakit menular dan thiyarah (merasa sial dengan burung dan sejenisnya), dan saya menyukai ucapan yang baik” (HR. Muslim no. 2223).

Hal ini tentu kelihatannya bertentangan dengan kenyataan yang ada di mana kita melihat banyak sekali wabak dan penyakit yang menular, wabak ini bahkan boleh meragut nyawa sekelompok orang dengan cepat.


Perlu diketahui ada dalil-dalil lain yang menunjukkan bahawa Islam juga mengakui adanya wabak penyakit menular.

Dari Abu Hurairah dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يُوْرِدُ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

“Janganlah unta yang sihat dicampur dengan unta yang sakit”(HR. Bukhari no. 5771 dan Muslim no. 2221).


Dan Sabda beliau,

فِرَّ مِنَ الْمَجْذُوْمِ فِرَارَكَ مِنَ الأَسَدِ

“Larilah dari penyakit kusta seperti engkau lari dari singa” (HR. Muslim no. 5380).



Maka mengkompromi hadith ini:

Maksud dari hadith pertama yang menafikan penyakit menular adalah penyakit tersebut tidak menular dengan sendirinya, tetapi menular dengan kehendak dan takdir Allah. Berikut keterangan dari Al-Lajnah Ad-Daimah:


العدوى المنفية في الحديث هي: ما كان يعتقده أهل الجاهلية من أن العدوى تؤثر بنفسها، وأما النهي عن الدخول في البلد الذي وقع بها الطاعون فإنه من باب فعل الأسباب الواقية.

Wabak yang dinafikan dari hadith tersebut iaitu apa yang diyakini oleh masyarakat jahiliyah bahawa wabak itu menular dengan sendirinya (tanpa kaitannya dengan takdir dan kekuasaan Allah). Adapun pelarangan masuk terhadap suatu tempat yang terdapat tha’un (wabak menular) kerana itu merupakan perbuatan pencegahan (Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah no. 16453).

Hal ini diperkuatkan dengan hadith bahawa Allah yang menciptakan pertama kali penyakit tersebut. Ia tidak menular kecuali dengan izin Allah.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu , bahawa seorang lelaki yang berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa unta yang berpenyakit kudis ketika berada di antara unta-unta yang sihat tiba-tiba semua unta tersebut terkena kudis, maka beliau bersabda:


فَمَنْ أَعْدَى الْأَوَّلَ ؟

“Kalau begitu siapa yang menulari (unta) yang pertama ?” (HR. Bukhari no. 5775 dan Muslim no. 2220).




No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...