Friday, 13 March 2020

Kisah rumah Abu Darda’ terbakar dan doanya




Doa ini diambil dari kisah rumah Abu Darda' yang terbakar, dan beliau meyakini bahawasanya rumah itu tidak terbakar selepas diberitahu oleh sahabat yang lain.


Abu Darda` menjawab, “Saya yakin bahawa Allah tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas Subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga petang. (saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.”


Doanya,

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ، وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ ، مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ ، وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ، أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ، إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيم


Maksudnya,

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada tuhan melainkan Engkau. Hanya kepadamu daku bertawakkal. Engkaulah Tuhan `Arasy yang Maha Agung. Apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa yang tidak dikehendakinya pasti tidak akan terjadi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah, yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan sekelian yang melata. Yang segala roh mereka dalam genggamanMu. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus (adil).



Takhrij

Hadith ini diriwayatkan oleh ramai ulama antaranya:

Abu Nuaim dalam Targhib wa Tarhib no. 340

Ibn Sunni dalam kitab `Amal Yaum wal lailah no. 58

At-Thabrani dalam kitab ad-Dua’ no. 343

Al-Kharathi dalam kitab Makarimul Akhlak no. 461

Al-Baihaqi dalam Kitab Dalail Nubuwah 7/121-122


Ibnu Jauzi dalam al-'Ilal Mutanahiyah no. 1400 berkata, hadith ini tidak tsabit dari Abu Darda', kerana terdapat perawi yang dijarh oleh Yahya bin Main, Aghlab bin Tamim. Beliau dijarh munkarul hadith oleh Imam Bukhari dan Ibnu Hibban.

Perawi yang dijarh munkarul hadith oleh Imam Bukhari tidak layak diambil riwayat daripadanya.

Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Nataij al-Afkar 2/402 berkata hadith ini gharib.

Syeikh Thariq 'Athif al-Hijazi dalam alukah.net menilai hadith ini dhaif jiddan.

Doa dan lafaz sebeginin ini tidak dikenali dari al-Quran dan hadith.

Tetapi beramal dengan doa ini tidak mengapa, kerana ia tidak mengandungi masalah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Syaratnya, tidak boleh menyandarkan doa ini kepada Abu Darda` apatah lagi kepada Rasulullah saw. Tidak boleh berkayakinan dengan kelebihan doa ini.


 Rujukan

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 104155

Kitab Tahzhir ad-Da`iyah Min Qasasil Wahiyah, oleh Syeikh `Ali bin Ibrahim Hasyish, hal. 468 – 472.

https://www.alukah.net/sharia/0/86596/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...