Matan
hadith
لَا
تَقْتُلُوا الضَّفَادِعَ فَإِنَّ نَقِيقَهَا تَسْبِيحٌ , وَلَا تَقْتُلُوا
الْخُفَّاشَ فَإِنَّهُ لَمَّا خَرِبَ بَيْتُ الْمَقْدِسِ قَالَ: يَا رَبِّ
سَلِّطْنِي عَلَى الْبَحْرِ حَتَّى أُغْرِقَهُمْ.
Terjemahan
Janganlah
kalian membunuh katak kerana sesungguhnya suaranya adalah tasbih, dan janganlah
kalian membunuh kelawar kerana sesungguhnya ketika Baitul Maqdis hancur ia
berdoa: “Wahai Tuhanku, berilah aku kekuasaan terhadap lautan agar aku boleh
menenggelamkan mereka!”
Takhrij
HR.
Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 19382, dari Abdullah bin 'Amr, Imam Baihaqi
menilai hadith ini mauquf, sanadnya sahih.
Didhaifkan
oleh Ibnu Adiy dalam Kamil Dhuafa' 8/125
Namun
Ibnu Hajar berkata, sekalipun sanadnya sahih, akan tetapi Abdullah bin
‘Amr banyak mengambil kisah-kisah
Israiliyat.(Talkhish Al-Habiir 4/283).
Ibn
Mullaqin dalam al-Badrul Munir 6/346 menilai hadith ini sahih .
Syeikh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4788 menilai hadith dhaif.
No comments:
Post a Comment