Friday, 13 March 2020

Kisah Umar al-Khattab menyoal malaikat Munkar dan Nakir




Matan hadith


عن النبي صلى الله عليه و سلم قال:  "إذا وضع الرجل في قبره أتاه منكر و نكير، هما ملكان فضان غليظان أسودان أزرقان ألوانهما كالليل الدامس أصواتهما كالرعد القاصف عيونهما كالشهب الثواقب أسنانهما كالرماح يسحبان بشعورهما على الأرض بيد كل واحد منهما مطرقة لو اجتمع الثقلان الجن و الإنس لم يقدروا على حملها يسألان الرجل عن ربه و عن نبيه و عندينه". فقال عمر بن الخطاب:
أيأتيانني  و أنا ثابت كما أنا؟ قال نعم!! قال: فسأكفيكهما يا رسول الله، فقال صلى  الله عليه و سلم: "و الذي بعثني بالحق نبيا لقد أخبرني جبريل أنهما يأتيانك  فتقول أنت: والله ربي فمن ربكما؟و محمد نبيي فمن نبيكما؟ و الإسلام ديني  فما دينكما؟
فيقولان: واعجباه!! ما ندري نحن أرسلنا إليك. أم أنت أرسلت إلينا؟".


Terjemahan

Dari Nabi shallallahu alaihi wasallam beliau bersabda : " ketika seseorang telah diletakkan di dalam kuburnya, maka malaikat munkar dan nakir mendatanginya. Keduanya  adalah malaikat yang keras, kasar, hitam kebiruan warnanya seperti malam  yang gelap gelita, suaranya seperti petir yang menggelegar, matanya seperti  api yang menyala-nyala, gigi-giginya seperti tombak, rambutnya terseret di  atas tanah dan di kedua tangannya terdapat alat pemukul/palu jikalau  jin dan manusia semua berkumpul untuk mengangkatnya maka tidak akan mampu. Kedua malaikat bertanya kepada ahli kubur tentang Rabbnya, tentang Nabinya, dan tentang agamanya.

Umar bin Khattab berkata : "apakah keduanya mendatangiku sedangan aku orang yang teguh ?"
Nabi berkata : "benar."
Umar berkata : " maka aku akan mencukupi kepadamu untuk keduanya wahai Rasulullah."
Nabi shallallahu alaihi wasallam berkata : "demi  zat yang telah mengutusku dengan kebenaran sebagai Nabi, telah  mengkhabarkan kepadaku Malaikat Jibril bahawa kedua malaikat mendatangimu  kemudian engkau berkata : ' Allah adalah Rabbku, siapakah Rabb kalian berdua ? Muhammad adalah Nabiku, siapakah Nabi kalian berdua ? dan islam adalah agamaku, apa agama kalian berdua ?'

Malaikat Munkar dan Nakir berkata : "sangat mengherankan sekali ! kami tidak tahu apakah kami diutus kepadamu ataukah engkau diutus kepada kami ?"



Takhrij

HR. Abdul Razzak dalam Musannaf no. 6738.

Ibnu Katsir dalam Musnad Faruq 1/240, dhaif, masyhur dan gharibul isnad.

Ibnu Hajar al-Asqhalani dalam Mathalib al-'Aliyah 5/97 dan As -Suyuthi dalam Syarah as-Shudur no. 182 berkata hadith ini mursal  dan perawinya tsiqah.

Al-Iraqi dalam Takhrij al-Ihya' 4/223 berkata hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Duniya dalam Kitab Kubur, hadith mursal (antara Amru bin Dinar kepada Nabi saw) dengan sanad dapat dipercaya.

Ustaz Farih bin Shaleh al-Bahlal, dalam tahqiq “al I’tiqad” al Baihaqi, hal. 254, setelah menunjukkan jalur yang lemah: “Semoga dengan jalur ini dan  beberapa syawahid yang lain, sanadnya menjadi hasan”.

Syeikh Abdul Rahman Saheem dalam Alukah.net menilai hadith ini tidak sahih.


Rujukan

Fatwa Islamweb no. 366613

Fatwa Soaljawab Islam no. 72400

https://majles.alukah.net/t171190/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...