Secara
eksplisit hadith menerangkan betul-betul apa diorg makan, tak dapat ditemukan dalam kitab hadith
muktabar sunnah.
Tetapi
dapat diistilahkan sama seperti makanannya manusia, kerana mereka menurut
pandangan jumhur ulama adalah keturunan Nabi Adam ah (Ruh al-Ma’ani, 16/478).
Maka tentulah makanan mereka serupa kita, cuma mereka mengamalkan cara hidup
primitif.
Al-Maraghi
berkata: Sebenarnya Ya’juj dan Ma’juj telah melakukan kezaliman di negeri itu
dengan melakukan pembunuhan, kehancuran, perampasan makanan dan segala bentuk
kerosakan lain. (Tafsir al-Maraghi, 8/4179)
Sebahagian
ulama’ berpendapat bahawa mereka ini melakukan kerosakan dan keganasan dengan
menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang merangkak, liar dan ganas.
Mereka juga memakan ular, kala dan semua yang bernyawa.
Al-Kalbi
berpendapat: "Mereka ini keluar ke bumi pada musim bunga dan memakan semua
yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang kering. Mereka juga membawanya
masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa dengan mereka nescaya akan
diseksa dan dibunuh." Sebahagian ulama lain pula berpendapat bahawa mereka
memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka keluar.
Manakala
menurut Ibnu Fadlan (ar-Risalat hal. 109), Ibnu Fakih (al-Buldan hal. 299-300)
dan Ibnu Mas'udi (al-Murudi hal. 286) - makanan mereka adalah ikan dan makhluk
laut yang lain dipanggil 'tinnin'.
Wallahu
'alam
Rujukan
Bayan
Linnas no. 147
No comments:
Post a Comment