Zikir Hari Jumaat

Ya Allah
(Wahai Allah)
Fadhilatnya:
Anda akan diberikan nikmat dapat mengerjakan solat, mengekalkan keimanan, menjadi seorang yang berusaha; dan bagi wanita, akan merasakan senang dan suka untuk menutup aurat dengan baik.
Zikir Hari Sabtu

Laa ilaha illallah
(tiada tuhan melainkan Allah)
Fadhilatnya:
Anda akan diberikan ketenangan jiwa.
Zikir Hari Ahad

Yaa Hayyu yaa qoyyum
(Wahai yang sentiasa hidup dan sentiasa kekal)
Fadhilatnya:
Kehidupan anda akan dipelihara oleh Allah.
Zikir Hari Isnin

Laa haula walaa quwwata illaa billa hil aliyyil ‘azim
(Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah yang maha besar)
Fadhilatnya:
Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.
Zikir Hari Selasa

Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi wa’ala alihi wasohbihi wasallim
(Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad nabimu yang Ummi, dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabatnya dan ucapkan salam kepada mereka)
atau
Jika mahukan zikir yang lebih ringkas, anda juga boleh berselawat:

Allahumma solli a’la muhammad
(Allah berselawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad)
Fadhilatnya:
Anda akan diberikan rahmat oleh Allah dan mendapat syafaat Nabi Muhammad ﷺ di akhirat kelak.
Zikir Hari Rabu

Astaghfirullahal’azim
(Aku memohon keampunan kepada Allah)
Fadhilatnya:
Setiap kali sebutan akan menghapuskan satu titik hitam di dalam hati anda.
Zikir Hari Khamis

Subhanallahil azimi wabihamdih
(Segala puji bagi Allah yang maha besar dan segala puji bagi-Nya)
Fadhilatnya:
Akan dihapuskan dosa-dosa anda sebanyak buih di lautan. Setiap kali disebut akan tertumbuh 1 pohon di taman syurga untuk sesiapa yang mengamalkannya.
Sumber: https://aliff.co/zikir-harian/
Takhrij
Zikir-zikir tersebut merupakan sebahagian dari zikir harian yang
disebutkan oleh Hujjatul Islam al-Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin. (Niatul Bidayat wa Tausif al-Nihayat hal. 170).
No comments:
Post a Comment