Thursday, 23 April 2020

Hadith talqin di kuburan



Matan hadith

شهدت أبا أمامة رضي الله عنه وهو في النزع فقال: إذا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من اخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل يا فلان ابن فلانة فانه يسمعه ولا يجيب ثم يقول يا فلان ابن فلانة فانه يستوي قاعدا ثم يقول يا فلان ابن فلانة فانه يقول أرشدنا رحمك الله ولكن لا تشعرون فليقل اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا اله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله وانك رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقرآن إماما فان منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه، ويقول: انطلق بنا ما نقعد عند من لقن حجته؟! فقال رجل: يا رسول الله، فان لم نعرف أمه؟ قال: فينسبه إلى أمه حواء يا فلان ابن حواء

Terjemahan

Daripada Abi Umamah ra. dia telah berkata “: Apabila aku mati, buatlah kepadaku seperti yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita”, Rasulullah saw bersabda: “Apabila salah seorang daripada saudara kamu mati, lalu kamu ratakan tanah di atas kuburnya, maka hendaklah salah seorang dari kamu berdiri di kepala kuburnya, kemudian serulah: Wahai fulan Bin fulanah (sebut nama ibunya), maka si mati akan mendengar seruan itu tetapi ia tidak menjawab. Kemudian hendaklah diserukan sekali lagi dengan berkata: Wahai fulan Bin Fulanah, maka pada saat itu si mati akan bangun dan duduk. Kemudian hendaklah diserukan lagi, maka si mati akan menyahut seraya berkata: “berilah daku peringatan semoga Allah merahmatimu”. Si mati akan berkata demikian tetapi kamu tidak menyedari. Kemudian hendaklah orang yang menyeru itu berkata: “Ingatlah saudaraku akan i’tikad tauhid yang menjadi peganganmu di dunia dahulu iaitu dua kalimah syahadah: bahwasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahwasanya Nabi Muhammad saw ialah hamba dan pesuruh-Nya, dan bahawa engkau telah reda Allah sebagai tuhanmu, Islam sebagai agamamu, Muhammad sebagai nabimu dan al-Quran sebagai imammu (petunjukmu)”. Lantaran itu Munkar dan Nakir saling memegang tangan satu sama lain seraya berkata: “Marilah kita pergi dari orang yang telah diajarkan hujah-hujahnya”, maka Allah yang menjadi hujahnya terhadap dua malaikat itu. Seorang lelaki bertanya: “Ya Rasulullah! Jika tidak diketahui nama ibunya. Jawab baginda saw: “Nasabkanlah dia kepada Hawa (isteri nabi Adam as), wahai Fulan Bin Hawa!”.

Takhrij

HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 7979 daripada Abu Umamah al-Bahili ra.

Ibnu Mulaqin dalam Khulasah al-Badr al-Munir 1/275 berkata hadith ini mempunyai riwayat penyokong.

Dan berkata Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Takhlisul Habir 2/698 bahawa sanad ini sanad yang soleh dan mempunyai syawahid (penguat). Tetapi dalam Futuhat Rabbaniyah 5/196 beliau berkata hadith ini gharib dan keseluruhan sanadnya dhaif jiddan.

Ibnu Qayyim dalam Zaadul Maad 1/503 berkata asal hadith ini tidak diketahui.

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 3/48 berkata kebanyakana perawi dalam hadith ini tidak dikenali.

As-Syaukani mendhaifkan hadith ini dalam Nailul Authar 4/139.

Al-Arbaíe dalam Fatul Ghaffar 2/762 berkata hadith ini tiada asal.

As-Sha’nani dalam Subulus Salam 2/180 menilai hadith ini dhaif.

Syeikh al-Albani mendhaifkan hadith ini dalam Irwaul Ghalil 3/203.

No comments:

Post a Comment

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...