Wednesday, 22 April 2020

Hadith 3 perkara disukai Nabi SAW?



Kemudian bersabdalah rasulullah saw; aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

💞 1.wangian
💞 2.wanita yang solehah
💞 3. menjadi penyejuk mata ku

Riwayat ini tidak wujud dalam kitab-kitab hadith yang muktabar. Ia dinukilkan oleh Al-Ajluni dalam Kasyfu al-Khafa; pada muka surat 338-340.

Antara ulama hadith yang menyatakan hal ini ialah Al-Shaikh Abu Ishaq al-Huwaini sebagaimana dalam video di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=OsB0BhFLvu4

Dalam hadith panjang di atas yang TIADA ASALNYA dalam kitab-kitab hadith, terdapat satu potongan  yang hampir serupa dengan sebuah hadith yang tsabit, akan tetapi terdapat tambahan lafaz TIGA. Dalam riwayat di atas disebutkan:

Kemudian bersabdalah rasulullah saw

حبب إلي من دنياكم ثلاث : النساء ، والطيب ، وجعلت قرة عيني في الصلاة

aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

💞 1.wangian
💞 2.wanita yang solehah
💞 3. menjadi penyejuk mata ku

Lafaz seperti di atas disebut oleh Imam al-Ghazali dalam beberapa tempat dalam Ihya Ulumuddin.

Lafaz hadith yang ada dalam kitab-kitab hadith ialah:

عَنْ أَنَسٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
Anas bin Malik radiAllahuanhu meriwayatkan Nabi sallAllahu alaihi wasallam bersabda:

حُبِّبَ إِلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا النِّسَاءُ ، وَالطِّيبُ ،
Hal dunia yang dicintaiku ialah wanita dan wangian.

وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ
Dijadikan penyejuk mata ku ketika .
[Sunan an-Nasaie, Ahmad, Al-Baihaqi, Al-Hakim dan lain-lain]

Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan dalam Zadul Maad jilid 1, m/s 151:

صَحّ عَنْهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ مِنْ حَدِيثِ أَنَسٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ أَنّهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ قَالَ حُبّبَ إلَيّ مِنْ دُنْيَاكُمْ : النّسَاءُ وَالطّيبُ وَجُعِلَتْ قُرّةُ عَيْنِي فِي الصّلَاةِ هَذَا لَفْظُ الْحَدِيثِ وَمَنْ رَوَاهُ حُبّبَ إلَيّ مِنْ دُنْيَاكُمْ ثَلَاثٌ فَقَدْ وَهِمَ وَلَمْ يَقُلْ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ ثَلَاثٌ وَالصّلَاةُ لَيْسَتْ مِنْ أُمُورِ الدّنْيَا الّتِي تُضَافُ إلَيْهَا .

Telah sahih daripada nabi s.a.w hadith bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Hal dunia yang dicintaiku ialah wanita dan wangian. Dijadikan penyejuk mata ku ketika . Inilah lafaz hadith tersebut. Sesiapa yang meriwayatkan hadith dengan lafaz; Hal dunia yang dicintaiku ada TIGA; maka dia telah keliru. Nabi s.a.w tidak menyebutkan lafaz tiga.  bukanlah urusan dunia yang dinisbahkan kepadanya.

Ibnu Hajar Al-Haitami menyebutkan dalam Al-Fatawa Al-Hadithiyyah m/s 643:

 قال الزين العراقي وابن حجر والزركشي وغيرهم : ولم تقع في شيئ من طرقه بل هي مفسدة للمعنى فإن الصلاة ليست من الدنيا

Imam al-Zain al-Iraqi, Ibn Hajar dan Al-Zarkasyi dan selain mereka berkata: Tidak terdapat satu pun daripada riwayat hadith ini (yang mempunyai lafaz tiga). Bahkan ia merosakkan maksud hadith ini. Sesungguhnya  bukan urusan dunia.

KESIMPULAN
Antara ciri-ciri hadith palsu ialah ia tidak wujud dalam kitab-kitab hadith. Oleh itu hadith ini haram untuk disebarkan kecuali untuk memberitahu ia adalah palsu atau tiada asalnya.


No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...