Thursday, 23 April 2020

Hadith amalan diangkat pada malam Nisfu Syaaban?



Matan hadith

هل تدرين ما في هذه الليلة؟ قالت: ما فيها يا رسول الله؟ فقال: فيها أن يكتب كل مولود من بني آدم في هذه السنة، وفيها أن يكتب كل هالك من بني آدم في هذه السنة، وفيها ترفع أعمالهم، وفيها تنزل أرزاقهم

Terjemahan

Rasululah berkata :”Adakah kamu ketahui kejadian pada malam ini?” ‘Aisyah menjawab :”Apa yang terjadi pada malam ini, ya Rasulullah?” Beliau menjawab :”Pada malam ini dituliskan semua anak yang akan lahir pada tahun ini dari keturunan Adam, pada malam ini dituliskan semua orang yang akan mati pada tahun ini, pada malam ini diangkat amalan manusia dan pada malam ini diturunkan rezeki mereka.

Takhrij

HR. Baihaqidalam Fadha’il al-Awqat no. 26 dan juga dalam al-Da’awat al-Kabir 2/145. Beliau menyatakan bahawa terdapat perawi yang tidak dikenali dalam sanad tersebut, namun terdapat sanad lain yang boleh menguatkannya. Menurut Syeikh al-Albana dalam Takhrij Mishkat al-Masabih no. 1257, beliau tidak menemui sanadnya dan sangkaan kuat beliau (mengatakan) ia adalah hadith yang dhaif (lemah).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...