Surah Dukhan
عن أبي رافع قال : «من قرأ
الدّخان في ليلة الجمعة أصبح مغفورا له وزوّج من الحور العين
Dari Abi Rafi’, ia berkata, “Siapa yang membaca Surah Ad-Dukhan pada
malam Jumaat, maka pada waktu subuh ia telah diampuni dosanya, dan dinikahkan
dengan salah satu bidadari-bidadari yang bermata indah.” (HR. Ad-Darimi no.
3464, atsar sahabat. Sanadnya sahih sehingga Abi Rafi' ra. menurut Husain Salim
Asad ad-Darani)
عن أبي هريرة أنّ النّبيّ
صلّى اللَّه عليه وسلّم قال : «من قرأ الدّخان في ليلة الجمعة أصبح مغفورا له
Dari Abi Hurairah r.a., bahwasannya Nabi saw. bersabda, “ Siapa yang
membaca surah Ad-Dukhan di malam Jumaat, maka di pagi harinya ia akan diampuni
dosanya.” (HR. Tirmidzi no. 2889, didhaifkan oleh Imam Tirmidzi dan Syeikh
al-Albani)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَرَأَ حم
الدُّخَانَ فِي لَيْلَةٍ أَصْبَحَ يَسْتَغْفِرُ لَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ
Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Siapa
yang membaca Hamim Ad-Dukhan di malam hari, maka di pagi harinya tujuh puluh
ribu malaikat memintakan ampun untuknya.” (HR. At-Tirmidzi no. 2888. Imam
Tirmidzi berkata hadith ini gharib dengan jalur ini, as-Suyuthi berkata dalam
Nukat al-Maudhuat no. 59 terdapat perawi yang pendusta, Umar bin Abi Khas'am,
dan beliau mendhaifkan hadith ini dalam Jamius Shagir no. 8919, Syeikh
al-Albani menilai hadith ini palsu)
عن أبي أمامة قال : سمعت
النّبي صلّى اللَّه عليه وسلّم يقول : «من قرأ حم الدّخان ليلة الجمعة أو يوم
الجمعة ، بنى اللَّه له بيتا في الجنة».
Dari Abi Umamah, ia berkata, “Aku mendengar Nabi saw. bersabda, “Siapa
yang membaca Hamim Ad-Dukhan di malam Jumaat, atau di hari Jumaat, maka Allah
akan membangunkannya rumah di syurga.” (HR. At-Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir
no. 8026, didhaifkan oleh as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 8922. Al-Haithami
berkata dalam Majma Zawaid 2/171, terdapat perawi yang tersangat lemah Fidhal
bin Jubair. Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Silsilah
Hadith Dhaif no. 5112).
Surah Yasin
من قرأ سورة يس والصافات
ليلة الجمعة أعطاه الله سؤله
“Barangsiapa membaca surat Yasin dan al-Shaffat di malam Jumaat, Allah
mengabulkan permintaannya." (HR. Abu Daud dari al-Harb sepertimana di
sebutkan dalam Faidhul Qadir no. 8932, pentahqiq (Abdul Rauf al-Manawi)
berkata hadith ini munqathi' (sanadnya terputus). Mausuah Fatawi no.
33086 berkata hadith ini tidak diketahui asalnya [
http://www.fatawa.com/view/33086]).
من قرأ ليلة الجمعة حم
الدخان ويس اصبح مغفورا
"Barangsiapa di malam Jumaat membaca al-Dukhan dan Yasin, maka ia
diampuni di pagi harinya" (HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 2/969 dari Abu
Hurairah. Al-Baihaqi berkata Hisyam bersendirian meriwayatkan hadith inibdan
dia lemah. Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 1/403 berkata hadith ini batil dan
tiada asal. Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 6/547 berkata sanadnya bagus. Manakala
as-Syaukani pula berkata dalam Fawaid Majmuah no. 301 sanad hadith ini palsu).
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ يس
فِي لَيْلَةِ الْجُمعَةِ غُفِرَ لَهُ
"Siapa yang membaca surat (Yasin) pada malam Jumaat diampuni
dosanya." (HR. Abu Ya'la dalam Musnadnya no. 6224 dari Abu Hurairah ra.
Didhaifkan oleh al-Mundziri dalam al-Targhib wa Tarhib 1/354. Al-Dimyathi dalam
Mutajir Rabih no. 87 berkata sanadnya parah. Syeikh al-Albani berkata hadith
ini dhaif jddan dalam Dhaif Targhib no. 450).
No comments:
Post a Comment