Thursday, 23 April 2020

Hadith berhenti makan sebelum kenyang



Matan hadith

نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع


Terjemahan

Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.


Takhrij

HN. Ali bin Burhan al-Halabi dalam Sirah Halabiyah 3/299.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini tiada asal dalam Silsilah Hadith Sahih no. 3942

Ia bertentangan denganhadith sahih yang lain:-

Rasulullah shallallahu alaihi wassalam ketika mengadakan walimah dengan Zainab binti Jahsy, Rasulullah menjamu sekitar 300 sahabat dengan roti dan daging sampai mereka kenyang. (HR. Muslim no. 1428)

Ibn Baz mendhaifkan hadith ini. Kata beliau, walaupun tak dhaif tapi maknanya benar (Majmu Fatawa Bin Baz 4/118)

Tapi perlu diingat kenyang jangan sampai kenyang melampau, membazir dan malas:-


Imam Asy-Syafi’i rahimahullah menjelaskan,

لان الشبع يثقل البدن، ويقسي القلب، ويزيل الفطنة، ويجلب النوم، ويضعف عن العبادة

“Kerana kekenyangan membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah”. (Hilyatul Auliya 9/127)


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 115864

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...