Matan hadith
بَيْنَا
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ إِذْ دَخَلَ رَجُلٌ
فَصَلَّى فَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجِلْتَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي إِذَا صَلَّيْتَ
فَقَعَدْتَ فَاحْمَدْ اللَّهَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ وَصَلِّ عَلَيَّ ثُمَّ ادْعُهُ
قَالَ ثُمَّ صَلَّى رَجُلٌ آخَرُ بَعْدَ ذَلِكَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَصَلَّى عَلَى
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي ادْعُ تُجَبْ
Terjemahan
Ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama-sama kami (di masjid),
tiba-tiba ada seseorang yang masuk lalu bersolat. Setelah itu, orang tersebut
terus sahaja berdoa (dengan katanya): “Ya Allah, ampunilah dan sayangilah aku.”
Maka Rasulullah SAW pun menegur: “Kamu terburu-buru wahai orang yang bersolat.
Apabila kamu melaksanakan solat lalu kamu duduk, ucapkanlah pujian kepada Allah
dengan pujian yang sewajarnya bagi Allah dan berselawatlah kamu kepadaku
kemudian berdoa.” Setelah peristiwa itu, mereka yang lain apabila melaksanakan
solat, mereka pun memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW. Maka Nabi SAW
pun bersabda: “Wahai orang yang solat, berdoalah. Sudah tentu doamu akan
dimakbulkan.”
Takhrij
HR at-Tirmidzi no. 3476 daripada Fadhalah bin ‘Ubaid ra. dihasankan oleh
Imam Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh al-Albani.
No comments:
Post a Comment