Matan hadith
Hadith daripada Nu’man bin Basyir RA :
عنْ عُمرَ بنِ الخطابِ رضي
الله عنه، " وسُئِلَ عن قولِهِ " وَإِذَا المَوْءُودَةُ سُئِلَتْ
"، قال جاء قيس بن عاصمٍ إلى رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم، فقال : يا
رسولَ اللهِ ، إني قَدْ وَأَدتُّ بناتٍ لي في الجاهليةِ. فقال : أَعْتِقْ عن كُلِّ
واحدةٍ منهنَّ رقبةً. فقلْتُ : يا رسولَ اللهِ ، إني صاحِبُ إبِلٍ. قال : فانْحَرْ
عن كُلِّ واحدةٍ منهنَّ بدَنَةً ".
Terjemahan
Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA,
“ beliau telah ditanya berkenaan dengan firman Allah SWT “Dan apabila bayi-bayi
perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, “Apakah dosa yang menyebabkan
mereka dibunuh ?”” (surah al-Takwir : ayat 8 dan 9). Saidina ‘Umar bin
al-Khattab menjawab : “ Telah datang Qais bin ‘Ashim kepada Rasulullah SAW
seraya berkata : Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku pernah menguburkan
hidup-hidup anak perempuanku pada zaman jahiliyyah. Maka, Nabi Muhammad SAW
menyatakan, Merdekakanlah seorang hamba untuk setiap anak-anak perempuan yang
kamu kuburkan hidup-hidup sebagai kifarah dosa kamu. Qais bin ‘Ashim menjawab :
Aku memiliki unta. Nabi SAW menjawab : Jikalau kamu mahu, bersedekahlah dengan
menyembelih seekor unta untuk setiap anak perempuan yang kamu kuburkan
hidup-hidup ”.
Takhrij
Musnad al-Bazzar 1/60 dan Majma’ al-Zawaid 7/283, Imam Haithami berkata
: Para perawi al-Bazzar adalah yang
berada di dalam kitab al-Sahih kecuali Hussein bin Mahdi al-Ailiy tetapi beliau
seorang yang thiqah.
Selain itu, kisah ini juga ditemui dalam ‘Abqariyah ‘Umar karya ‘Abbas
Mahmud Al-‘Uqqad hal. 221.
Kisah ini bercanggah dengan banyak riwayat hadith dan sejarah.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim juga membuktikan bahawa Quraisy tidak terlibat dalam pembunuhan
anak-anak perempuan iaitu sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud;
“Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy.
Mereka sangat penyayang terhadap anak-anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka
amat menjaga kedudukan dan harta benda suami.” (Sahih Muslim, 16/81)
Apa ertinya pujian Nabi s.a.w. mengenai sifat penyayang mereka terhadap
anak-anak sekiranya mereka juga seperti qabilah-qabilah lain yang terlibat
dengan adat membunuh anak? Sewaktu Nabi s.a.w. diutuskan menjadi Nabi,
Sayyidina Umar r.a ketika itu berumur 27 tahun. Anak-anak Sayyidina Umar r.a
yang lahir sebelum Islam semuanya masih hidup. Mereka ialah Ummul Mukminin
Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.
Kisah ini adalah kisah yang palsu dan tidak terdapat di dalam mana-mana
karya ulama’ dan sarjana Islam yang muktabar. Hadith ini jelas menunjukkan
bahawa Saidina ‘Umar telah menjawab persoalan yang dikemukan berkaitan dengan
kafarah menanam anak hidup-hidup TANPA menceritakan akan perbuatannya yang
juga telah menanam anaknya hidup-hidup pada zaman jahiliyyah dahulu. Oleh itu,
kisah yang mengatakan bahawa Saidina ‘Umar bin al-Khattab telah menanam anaknya
hidup-hidup adalah palsu dan rekaan oleh musuh-musuh Islam. Ia juga
telah disahkan oleh pengkaji sirah kontemporari As-Syaikh Abdussalam bin Muhsin
Ali Isa dalam kitab Dirasat Nuqadiyah Umar al-Khattab hal. 111, yang mengatakan
kisah ini tidak ditemui asal dan diketahui siapa yang meriwayatkannya.
Kesimpulannya, kisah ini tidak boleh disebarkan melainkan untuk menyatakan akan
kepalsuannya.
Rujukan
Irsyad al-Hadith no. 13
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 311473
Fatwa Soaljawab Islam no. 132437
No comments:
Post a Comment