Matan hadith
أفما ترضى إحداكن أنها إذا كانت حاملا من زوجها وهو عنها راض أن لها مثل أجر الصائم القائم في سبيل الله ، فإذا أصابها الطلق لم يعلم أهل السماء وأهل الأرض ما أخفي لها من قرة أعين ، فإذا وضعت لم يخرج منها جرعة من لبنها ، ولم يمص مصة ، إلا كان لها بكل جرعة وبكل مصة حسنة ، فإن أسهرها ليلة كان لها مثل أجر سبعين رقبة تعتقهن في سبيل الله. سلامة ! تدري لمن أعني بهذا ؟ للمتعففات الصالحات المطيعات لأزواجهن ، اللواتي لا يكفرن العشير
Terjemahan
Rasulullah SAW bersabda:
" Apalah kamu tidak rela, salah seorang dari kamu, wahai sekalian
wanita, bahawa jika ia hamil dari suaminya, sedangkan suaminya redha padanya,
maka ia akan memperoleh pahala, seperti pahala orang yang berpuasa yang sedang
berjuang fi sabilillah. Dan jika dia merasa kesakitan (ketika melahirkan), maka
ia akan mendapatkan pahala yang penduduk langit dan bumi belum pernah melihat
pahala yang disediakan untuknya dari pandangan mata yang menyenang-kan. Dan
jika ia melahirkan, maka tiadalah keluar seteguk susunya yang kemudian anaknya
menghisap susunya, melainkan setiap titisan susunya tersebut akan berpahala
satu kebaikan. Dan jika ia tidak dapat tidur semalam suntuk (kerana anaknya),
maka baginya pahala seperti memerdekakan 70 hamba sahaya dijalan Allah dengan
penuh keikhlasan."
Takhrij
HR. At-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath, Bab Man Ismuhu Muhammad, dari
Anas bin Malik, no. 6733.
Dihukum palsu oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2055.
Dihukum palsu oleh Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu'at 3/74.
Dihukum palsu oleh Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/34.
Rujukan
Fatwa Soal Jawab Islam no. 121557.
No comments:
Post a Comment