70 kali
Matan Hadith
إِنَّ مَلَكَ الْمَوْتِ
لَيَنْظُرُ فِي وُجُوهِ الْعِبَادِ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعِينَ نَظْرَةً، فَإِذَا
ضَحِكَ الْعَبْدُ بَعَثَ إِلَيْهِ يَقُولُ: يَا عَجَبَاهُ بُعِثْتُ إِلَيْهِ لأَقْبِضَ
رُوحَهُ وَهُوَ يَضْحَكُ
Terjemahan
Sesungguhnya malaikat maut akan melihat wajah-wajah hamba (manusia)
setiap hari sebanyak 70 kali, apabila hamba tersebut ketawa maka akan diutuskan
malaikat tersebut kepadanya lalu berkata: Sangat menghairankan, aku telah
diutuskan kepada engkau untuk mengambil rohnya ketika dia sedang ketawa.
Takhrij
HN. As-Suyuthi dalam Jami’ al-Kabir no. 1741 daripada Anas bin Malik ra.
Juga ditemukan di dalam kitab Tazkirah al-Qurthubi hal. 257-259 dan
Tarikh Baghdad Ibnu Najjar.
Riwayat ini telah dihukum sebagai palsu oleh Ibn Iraq al-Kinani dalam Tanzih
al-Syariah al-Marfu'ah 'an al-Akhbar al-Syani'ah al-Maudhu'ah 2/375 dan Syeikh
Muhammad Thahir Fatani dalam Tazkirah Mudhuat 1/214, kerana terdapat perawi
yang dhaif jiddan/pendusta iaitu Ibrahim bin Hudbah.
5 kali
Matan Hadith
ما من بيت إلا وملك الموت
يقف على بابه في كل يوم خمس مرات
Terjemahan
Tidak ada hari yang dilalui melainkan malaikat maut menjenguk rumah
mereka lima kali sehari……
Takhrij
HR. Ibnu Wad’daan dalam Arbaiennya dari Anas bin Malik ra. sepertimana
disebutkan Qurthubi dalam Tazkirah 1/91. Atsar masyhur yang dimarfu’kan. Sanad
hadith ini tidak dikenali dan tidak sahih sanadnya.
Kata as-Suyuthi hadith malaikat maut menjenguk manusia 5 kali sehari itu
diriwayatkan oleh Ibn Wad'daan dalam Arbaiennya. Dan hadith beliau tidak sahih
dari Nabi saw. Beliau mencuri hadith ini dari Zaid bin Refa'ah yang memalsukan
hadith ini. (Dar Alifta Jordan no. 2976).
As-Saghani dalam dalam al-Durr al-Multaqath fi Tibyan al-Ghalat no. 48, menilai hadith ini palsu. al-Mizzi dalam al-Arba’un
no. 40, menilai hadith ini tiada asal. dalam Syeikh al-Albani juga menilai
hadith ini di dalam Silsilah Hadith dhaif no. 4358 sebagai palsu.
3 kali
Matan Hadith
ما من يوم إلا وملك الموت
يتصفح كل بيت ثلاث مرات
Terjemahan
Tidak ada hari yang dilalui melainkan malaikat maut menjenguk rumah
mereka tiga kali sehari…..
Takhrij
HN. As-Suyuthi dalam al-Haba’ik hal. 31 daripada Hasan al-Basri.
Sanadnya maudhu’ kerana terdapat perawi matruk bernama al-Hasan bin
Dinar dan Daud bin Mahbar (al-‘Azhamah hal. 906).
Kesemua hadih menyatakan malaikat maut mengjenguk kita 5 kali dan 3 kali
tidak terlepas dari perawi yang bermasalah dan ada yang matruk, malah dituduh
dusta (al-'Azhamah hal. 95-906), maka ia tidak dapat dijadikan
penguat/penyokong kepada hadith malaikat maut menjenguk kita 70 kali kerana
kedhaifan yang sama parah.
Rujukan
Irsyad al-Hadith no. 40
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 54405
No comments:
Post a Comment