Matan hadith
ستة أشياء هن غريبة في ستة
مواضع : المسجد غريب فيما بين قوم لا يصلون فيه والمصحف غريب في منزل قوم لا
يقرؤون فيه والقران غريب في جوف الفاسق والمرأة المسلمة الصالحة غريبة في يد رجل
ظالم سيء الخلق والرجل المسلم الصالح غريب في يد امرأة ردية سيئة الخلق والعالم
غريب بين قوم لا يستمعون اليه ثم قال النبي صلى الله عليه وسلم ان الله تعالى لا
ينظر اليهم يوم القيامة نظر الرحمة
Terjemahan
“Ada enam perkara yang asing di enam tempat, iaitu :
1. Masjid terasa asing jika berada di tengah-tengah masyarakat yang tidak
suka melakukan solat di dalamnya.
2. Mushaf terasa asing jika berada di rumah orang yang tidak suka
membacanya.
3. Al-Qur’an terasa asing jika berada di hati orang fasiq.
4. Wanita muslimah yang solehah terasa asing jika berada dalam kekuasaan
suami yang zalim, yang buruk akhlaknya.
5. Lelaki muslim yang soleh terasa asing jika berada dalam kekuasaan
wanita yang hina dan buruk akhlaknya.
6. Orang ‘alim terasa asing jika berada di tengah-tengah masyarakat yang
tidak mahu mendengarkan nasihatnya.”
Beliau saw lalu bersabda : “Sesungguhnya kelak pada hari kiamat Allah
tidak akan melihat mereka yang tidak mau mendengar nasihat orang ‘alim dengan
pandangan rahmat.”
Takhrij
HN. Syeikh Nawawi Banten dalam Nashaihul Ibad hal. 42, tanpa sanad.
Hadith tiada asal dalam kitab hadith muktabar sunnah (Fatwa Syabakah Islamiah
no. 118752)
No comments:
Post a Comment