Matan hadith
ما من امرأة تحيض إلا كان
حيضها كفارة لما مضى من ذنوبها، وإن قالت عند حيضها الحمد الله على كل حال،
وأستغفرك من كل ذنب، كتب لها براءة من النار، وأمان من العذاب.
Terjemahan
Tidaklah seorang wanita yang mengalami haidh kecuali haidhnya itu
merupakan kaffarah kepada dosa-dosanya yang lain. Apabila dia membaca ketika di
dalam haidhnya 'Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan, dan aku memohon
keampunanMu daripada segala dosa', maka ditulis untuknya pembebasan daripada
neraka dan terselamat daripada azab.
Takhrij
HN. Sheikh Utsman Khubawiy dalam Durratun Nasihin, cetakan Darul Arqam, hal.
51, pentahqiq kitab ini menyatakan pada nota kakinya: Kami tidak menemui asal
riwayat ini dalam kitab-kitab hadith, sebaliknya ia adalah kalam golongan
qussas.
Dalam Ensiklopedia Hadis di bawah seliaan Al-Shaikh 'Alawi bin Abdul
Qadir al-Saqqaf dinukilkan bahawa ia palsu. [
http://www.dorar.net/spreadH/160 ]
Dr. Abdul Hayyi Yusof dari Universiti Khartoum berkata:
فهذا كلام سمج
باطل مردود، لا يليق أن يُنسَب إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، وفيه من
المجازفات شيء كثير، وأمارات الوضع عليه ظاهرة، ولا يجوز التحديث به ولا روايته
إلا لبيان كذبه، والعلم عند الله تعالى
Ini merupakan kalam yang sangat hodoh, bathil dan tertolak. Ia tidak
boleh dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. Padanya bahaya yang banyak. Petanda
kepalsuannya sangat jelas. Tidak boleh menyampaikannya dan meriwayatkannya
kecuali untuk menerangkan kepalsuannya. Ilmu itu di sisi Allah. [
http://meshkat.net/old/node/17173 ]
Oleh kerana hadith ini wujud dalam kitab Durratun Nasihin, maka elok
jika kita mengambil sedikit maklumat berkaitan kitab ini:
Al-Shaikh Ibn Baz berkata:
هذا الكتاب لا يعتمد عليه،
وهو يشتمل على أحاديث موضوعة وأحاديث ضعيفة لا يعتمد عليها
Kitab ini tidak boleh berpegang kepadanya. Isi kandungannya merangkumi
hadith-hadith palsu dan hadith-hadith dhaif yang tidak boleh dijadikan
pegangan. [Rujuk http://www.binbaz.org.sa/fatawa/388 ]
Markaz Fatwa Islamweb.net menyebutkan:
فالذي ننصح به هو عدم
قراءة هذا الكتاب إلا للبصير الذي يميز بين الصحيح والسقيم، وما يمكن أن يعمل به،
وما لا يمكن أن يعمل به، وننصح أيضاً بعدم قراءته على الناس بحجة ما فيه من
الترغيب والترهيب والوعظ وتزكية النفوس لأن في الكتاب والسنة الصحيحة ما يكفي في
هذا الباب ولله الحمد.
Nasihat yang ingin kami sampaikan ialah menjauhi daripada membaca kitab
ini kecuali kepada mereka yang berilmu yang dapat membezakan antara yang sahih
dan cacat, dan dapat membezakan apa yang boleh diamalkan dan yang tidak boleh
diamalkan. Kami jua menasihati agar tidak dibacakan kitab ini kepada manusia
atas alasan ia mengandungi galakan berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran,
nasihat, penyucian jiwa; ini kerana pada al-Quran dan hadith-hadith yang sahih
sudah cukup menerangkan hal ini.
Wallahua'lam.
Pesanan: Kami bukan menghalang orang berzikir, tetapi kami mengingatkan
bahawa menyatakan zikir ini untuk orang haid adalah satu bentuk pensyariatan.
Jika tidak nanti semua manusia akan mereka cipta zikir khas untuk orang haid,
orang suci, orang bujang, orang dah kahwin, duda, janda etc. Apa jadi kepada
agama jika benda ini dibiarkan?
No comments:
Post a Comment