Asy-Syaikh Hammad Al-Anshariy rahimahullah berkata ketika mengomentari
riwayat ini:
فهذه الحكاية ذكرها أيضا
بعض الفقهاء والمحدثين، وليست بصحيحة ولا ثابتة إلى العُتْبِي، وقد رُويت عن غيره
بإسناد مظلم، وبعض العلماء يرويها عن العتبي بلا إسناد، كما في تفسير ابن كثير عند
الآية المتقدمة الذكر آنفا.
وبعضهم يرويها عن محمد بن
حرب الهلالي، وبعضهم يرويها عن محمد ابن حرب عن أبي الحسن الزعفراني عن الأعرابي،
وقد ذكرها البيهقي في شعب الإيمان بإسناد مظلم أيضا عن محمد بن روح بن يزيد البصري
حدثني أبي حرب الهلالي.
“Hikayat/cerita ini disebutkan juga oleh sebagian fuqahaa’ dan
muhadditsiin. Tidaklah sahih dan tsabit cerita ini sampai pada Al-‘Utbiy .
Dan sungguh telah diriwayatkan dari selainnya dengan sanad yang gelap.
Sebagian ulama meriwayatkannya dari ‘Utbiy tanpa sanad sebagaimana
terdapat dalam Tafsir Ibni Katsiir pada ayat yang telah disebutkan sebelumnya
(QS. An-Nisaa’ : 64).
Dan sebahagian lagi meriwayatkan dari Muhammad bin Harb Al-Hilaliy,
sebagian lagi meriwayatkannya dari Muhamad bin Harb, dari Abul-Hasan
Az-Za’faaraniy, dari Al-A’rabiy (orang Arab baduwi).
Disebutkan pula oleh Al-Baihaqii dalam Syu’abul-Iman dengan sanad yang
gelap dari Muhammad bin Ruuh bin Yaziid Al-Bashriy : Telah menceritakan
kepadaku Abu Harb Al-Hilaliy” [selesai – Tuhfatul-Qaariy fir-Radd
‘alal-Ghummariy yang terdapat dalam Rasaail fil-‘Aqiidah, hal. 247-248; Maktabah
Al-Furqaan].
Apa yang dikatakan oleh Asy-Syaikh Hammad Al-Anshariy rahimahullah di
atas adalah serupa dengan penjelasan Al-Haafidh Ibnu ‘Abdil-Hadiy rahimahullah
dalam Ash-Shaarimul-Munkiy (hal. 212).
Adapun sanad riwayat yang dibawakan oleh Al-Imam Al-Baihaqi dalam
Al-Jaami’ li-Syu’abil-Iman (6/60 no. 3880 – Maktabah Ar-Rusyd, Cet. 1/1423)
adalah sebagai berikut :
[٣٨٨٠]
أخبرنا أبو علي الروذباري، حدثنا عمرو بن محمد بن عمرو بن الحسين بن بقية إملاء،
حدثنا شكر الهروي، حدثنا يزيد الرقاشي، عن محمد بن روح بن يزيد البصري، حدثني أبي
حرب الهلالي
“Telah mengkhabarkan kepada kami Abu ‘Aliy Ar-Raudzabaariy : Telah
menceritakan kepada kami ‘Amr bin Muhammad bin ‘Amr bin Al-Husain bin Baqiyyah
secara imlaa’ : Telah menceritakan kepada kami Syakr Al-Harawiy : Telah
menceritakan kepada kami Yaziid Ar-Raqaasyiy, dari Muhammad bin Ruuh bin Yaziid
Al-Bashriy : Telah menceritakan kepadaku Abu Harb Al-Hilaaliy”.
Penjelasan :
1. ‘Amr bin Muhammad bin ‘Amr
bin Al-Husain bin Baqiyyah, Muhammad bin Ruuh bin Yaziid Al-Bashriy, dan Abu
Harb Al-Hilaliy majhul hal.
2. Yaziid Ar-Raqaasyiy adalah
perawi dhaif menurut jumhur ulama. Imam Muslim berkata : ‘ Matruukul-hadith ’
[Al-Kunaa, hal. 76]. An- Nasa’i berkata : ‘ Matrukul-hadith , orang Bashrah,
meriwayatkan dari Az-Zuhriy’
[Adl-Dhuafaa’ wal-Matrukiin, no. 673]. At-Tirmidzi berkata : “
Dilemahkan dalam hadith” [Jaami’ At-Tirmidzi no. 3255].
Selengkapnya boleh dilihat di dalam Al-Jaami’ fil-Jarh wat-Ta’dil 3/310
no. 4975; Daar ‘Aalamil-Kutub, Cet. 1/1412.
Sebahagian pendusta telah membuat-buat sanad riwayat yang kemudian
mereka sandarkan kepada ‘Ali radliyallaahu ‘anhu. Tentu saja ini tidak boleh
diterima.
Walhasil, riwayat ini tidak sahih, tidak benar, dan tidak layak
dijadikan hujjah dalam perkara syari’at/agama.
Syeikh Qadir al-Arnauth sendiri telah mengemukakan bantahan bertulis (377,
378, 379 dari kitab Raf'u Al-Minarah) kepada penerbit dan beliau tidak
bertanggungjawab terhadap penukaran kalam-kalam dalam kitab al-Azkar (Dar
al-Huda Riyadh, Arab Saudi, cetakan ke-2, 1409/88, halaman 295). Bagi beliau
perubahan dalam kitab tersebut adalah tindakan tidak amanah.
Selepas itu cetakan seterusnya kisah dan perkataan imam Nawawi berkenaan
hukum ziarah kubur telah dimasukkan semula.
No comments:
Post a Comment