Thursday, 7 May 2020

Hadith ulama kepercayaan Rasul selama tidak bergaul dengan penguasa


Matan hadith


الْعُلَمَاءُ أَمَنَاءُ الرُّسُلِ مَا لَمْ يُخَالِطُوْا السُّلْطَانَ وَ يُدَاخِلُوْا الدُّنْيَا فَاِذَا خَالَطُوْا السُّلْطَانَ وَ دَاخَلُوْا الدُّنْيَا فَقَدْ خَانُوْا الرُّسُلَ فَاحْذَرُوْهُمْ وَفِيْ رِوَايَةٍ لِلْحَاكِمِ فَاعْتَزِلُوْهُمْ


Terjemahan

“Ulama adalah kepercayaan para Rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para Rasul. Oleh sebab itu jauhilah mereka.”


Takhrij

HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 4210 dan as-Samarqandi dalam Tanbih al-Ghaffilin no. 675.

Ibnu Jauzi dalam Maudhuat 1/430 berkata hadith ini tidak sahih (palsu).

Dihasankan oleh as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 5683.

Penilaian hasan/sahih as-Suyuthi perlu diteliti kerana beliau dikenali seorang yang mutashil dalam mensahikan hadith-hadith (Abdul Fattah Abu Ghuddah (2008), Lamahat Min Tarikh Al-Sunnah Wa Ulum Al-Hadis, Aleppo: Maktab Al-Matbuat Al-Islamiyah, ms. 90).

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Dhaif Jami' no. 3883

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...