Matan hadith
ثم خلق الله تعالى النفس
فقال لها: أقبلي، فلم تجب. ثم قال: من أنت ومن أنا؟ فقالت: أنا أنا، وأنت أنت.
فعذبها بنار جهنم مائة سنة ثم أخرجها فقال: من أنت ومن أنا؟ فأجاب كالأول، ثم
جعلها في نار الجوع مائة سنة فسألها فأقرت بأنها العبد وأنه الرب.
Terjemahan
“Kemudian Allah Ta’ala menciptakan nafsu dan berkata kepadanya :
“Menghadaplah!”, maka nafsu tidak menjawab. Kemudian Allah berkata: “Siapakah
engkau dan siapakah Aku?, maka nafsu menjawab: Aku adalah aku dan Engkau adalah
Engkau.” Maka Allah menyiksanya dengan neraka Jahanam selama seratus tahun
kemudian mengeluarkannya dan berkata: Siapakah engkau dan siapakah Aku?, maka
nafsu menjawab seperti jawapan yang pertama. Kemudian Allah menempatkannya
dalam neraka (siksa) kelaparan selama seratus tahun dan bertanya kepadanya,
maka dia mengakui bahawa dia adalah hamba dan bahawa Allah adalah Tuhan.”
Takhrij
*ketiadaan sanad/sanad yang jelas mengindikasikan kelemahan hadith, kerana gagal dalam tapisan tahap pertama hadith sahih (sanad yang bersambung).
No comments:
Post a Comment