Zikir Subhanallah hiladzim wabihamdihi hari Jumaat
Matan hadith
عن ابن عباس مَن قال بَعدَما
يَقضي الجُمُعةَ: سُبحانَ اللهِ العَظيمِ وبحَمدِه، مِئةَ مَرَّةٍ، غَفَرَ اللهُ
له مِئةَ ألْفِ ذَنبٍ، ولِوالِدَيْه أربَعةً وعِشرينَ ألْفَ ذَنبٍ.
Terjemahan
Dari Ibnu Abbas RA - Dari Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya beliau bersabda
"Barangsiapa yang membaca ketika selepas solat Jumaat سُبْحَانَ اللهِ
الْعَظِيمْ وَبِحَمْدِهِ 100 kali, maka dosanya diampuni
sebanyak 100 ribu dosa. Dan bagi kedua orang tuanya dosanya diampuni 24 ribu
dosa.
Takhrij
HR. Ibnu Sunni dalam ‘ Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 377. Sanadnya
hadith ini dhaif menurut Syeikh Thariq Atif al-Hijazi dalam Alukah.net.
Syeikh al-Albani Menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif
no. 6493.
Membaca 3 qul
Matan hadith
عن عائشة رضي الله عنها
قالت: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((مَنْ قَرَأَ
بَعْدَ صَلَاةِ الْجُمُعَةِ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ
الْفَلَقِ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ سَبْعَ مَرَّاتٍ، أَعَاذَهُ اللَّهُ
عَزَّ وَجَلَّ مِنَ السُّوءِ إِلَى الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى))
Terjemahan
Barang siapa yang membaca surat Al-Fatihah, Al-Ikhlash, Al-Falaq dan
surat An-Nas (al-mu`awwidzatain) masing-masing sebanyak tujuh kali ketika imam
selesai membaca salam shalat Jumaat, sebelum melipat kakinya, Allah akan mengampuni
dosanya yang lalu dan sekarang, dan diberi pahala sebanyak orang yang beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya.
Takhrij
HR. Ibnu Sunni dalam ‘ Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 375. Hadith ini datang
dengan 3 sanad. Dan kesemuaanadnya hadith ini dhaif menurut Syeikh Thariq Atif
al-Hijazi dalam Alukah.net.
1)
dari Asma ra,
dalam Syuabul Iman no. 2577 – munqathi’
2)
dari jalan Farj
bin Fadhalah dalam Sunan Ibnu Mansur– Ibnu Hajar berkata hadith ini mempunyai
irsal yang tersangatan (Futuhat Rabbaniyah 4/233).
3) Jalan ketiga
diriwayatkan oleh Ibnu Qusyairi dalam Arbai’en
- Ibnu Hajar berkata sanadnya
dhaif yang tersangatan (al-Khisal Mukaffirah no. 4)
No comments:
Post a Comment