Thursday 18 June 2020

Hadith ancaman orang solat masih berbuat mungkar



Matan hadith

مَنْ صَلَّى صَلَاةً لَمْ تَنْهَهُ صَلَاتُهُ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ لَمْ يَزْدَدْ مِنَ اللَّهِ إِلَّا بُعْدًا

Terjemahan

Siapa yang melakukan shalat yang tidak mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar maka tidak bertambah dari Allâh Subhanahu wa Ta’ala kecuali semakin jauh

Takhrij

HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 1102 dan al-Qudhaie dalam Munas as-Syihab 2/43, Ibnu Abi Hatim sepertimana disebutkan dalam Tafsir Ibnu Katsir 2/414, daripada Ibnu Abbas ra. secara marfu’, sanadnya dhaif jiddan.

Secara mauquf,

مَنْ لَمْ تَأْمُرْهُ صَلاَتُهُ بِالْمَعْرُوْفِ وَ لَمْ تَنْهَهُ عَنِ الْمُنْكَرِ لَمْ يَزْدَدْ مِنَ اللهِ إِلاَّ بُعْدًا

Siapa yang shalatnya tidak mengajaknya berbuat kebaikan dan tidak mencegahnya dari kemungkaran, tidak bertambah dari Allâh Subhanahu wa Ta’ala kecuali semakin jauh.

Takhrij

HR. Ahmad dalam al-Zuhd no. 871 dan at-Thabari dalam Tafsirnya 10/144 , at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 9/103, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/174dari sahabat Ibnu Mas’ud ra. Sanadnya sahih.


Ada riwayat yang marfu’

 لاَ صَلاةَ لِمَن لَمْ يُطِعِ الصَّلاةَ، وَطاعَةُ الصَّلاةِ أنْ تَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ

Tidak ada solat bagi yang tidak mentaati solat.  Mentaati solat adalah mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Takhrij

HR. at-Thabari dalam tafsirnya 20/155, Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya no. 17342 dan al-Wahidi dalam al–Wasîth 3/421 dari jalan Juwaibir dari ad-Dhahak dari Ibnu Mas’ud. Sanadnya hadith ini lemah sekali dengan ada Juwaibir seorang perawi yang lemah sekali (at-Taqrib hal. 987)

Ada juga marfu’ dari Ibnu Umar ra. dalam al-Majruhin 2/297, ad-Daraquthni dalam Gharaib Malik meyatakan hadith ini bathil (Takhrij Ahadits al-Kasyaf az-Zailaie 3/44).

Juga marfu’ dari al-Hasan sepertimana disebutkan Ibnu Abi Hâtim dalam Tafsirnya sebagaimana disampaikan Ibnu Katsîr 2/414. Riwayat ini dhaif.

Daripada Hasan al-Basri secara mursal:

مَنْ صَلَّى صَلاَةً فَلَمْ تَأْمُرْهُ بِالْمَعْرُوْفِ وَ لَمْ تَنْهَهُ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَ الْمُنْكَرِ لَمْ يَزْدَدْ بِهَا مِنَ اللهِ إِلاَّ بُعْدًا،

Siapa yang melakukan Solat lalu Solatnya tidak mengajaknya berbuat kebaikan dan tidak mencegahnya dari perbuatan keji dan kemungkaran, tidak bertambah dari Allâh kecuali semakin jauh.

Takhrij

HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/174. Al-Hafiz al-Iraqi berkata hadith ini mursal, tetapi sanadnya sahih.

Syaekh al-Albani pun menambahkan, “Sanadnya kepada al-Hasan yang sahih namun itu tidak mesti hadithnya sahih sebagaimana sudah diketahui dalam ilmu mushthalah hadith. Apalagi itu termasuk mursal al-Hasan iaitu al-Bashri. Ibnu Sa’ad berkata: Semua yang dimursalkan al-Hasan bukanlah hujjah.


Kesimpulan

Syaikh al-Albâni t menyatakan, “Kemudian saya mendapatkan Syaikhul Islâm Ibnu Taimiyah berkata pada sebagian fatwanya: Hadits ini tidak sah dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, tapi shalat itu memang bisa mencegah dari perbuatan keji dan mungkar sebagaimana dijelaskan Allâh Azza wa Jalla dalam al-Qur`an. Kesimpulannya shalat tidak menambah pelakuya jauh, bahkan orang yang shalat lebih baik dari yang tidak shalat dan lebih dekat kepada Allâh walaupun ia seorang fasiq. Saya katakan bahwa seakan-akan beliau mengisyaratkan pelemahan hadits ini dari sisi pengertian (matannya) juga dan inilah yang benar. (Silsilah Hadith Dhaif no. 2).

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...