Dari Qurrah bin Iyas ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda,
إِذَا فَسَدَ أَهْلُ
الشَّامِ ، فَلَا خَيْرَ فِيكُمْ ، وَلَا يَزَالُ أُنَاسٌ مِنْ أُمَّتِي
مَنْصُورِينَ لَا يُبَالُونَ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ
Apabila penduduk Syam telah rosak maka tidak ada lagi kebaikan di
tengah-tengah kalian. Sekelompok dari umatku akan senantiasa mendapat
pertolongan. Tidaklah membahayakan mereka orang yang mengabaikan mereka hingga
kiamat terjadi." (HR. Tirmidzi no.
2192, ia mensahihkannya, dan disahihkan juga oleh Syeikh al-Albani)
Hadith ini menunjukkan, bahawa keutamaan Syam tidak hanya negerinya
saja, bahkan mencakupi pula penduduknya.
Apa yang terjadi di Syam saat ini merupakan bukti bahawa penduduk Syam
belum rosak* meskipun mereka mendapatkan perllbagai bentuk cubaan, namun hal
itu hanya menambahkan iman dan sikap tawakal mereka kepada Allah Azza wa Jalla.
*Kerosakan bukanlah berupa mendapatkan cubaan, akan tetapi kerosakan
adalah ketika mendapatkan cubaan ternyata tidak sabar. Adapun jika diuji tetap
bersabar, maka bererti ia telah menempuh jalan para nabi dan orang-orang soleh.
Ibnu Taimiyyah berkata, "Terkait sekelompok yang ada di Syam,
Mesir, dan lainnya, mereka pada saat ini adalah para pejuang yang membela agama
Islam, dan mereka adalah orang-orang yang paling layak termasuk dalam kelompok
yang mendapat pertolongan. Siapa memerhatikan keadaan dunia saat ini pasti
mengetahui bahawa kelompok ini adalah kelompok yang paling lurus di antara
kelompok-kelompok penganut Agama Islam dari sisi ilmu amal dan jihad yang ada
di belahan Timur mahupun barat bumi, kerana merekalah orang-orang yang
memerangi musuh yang memiliki kekuatan besar dari kalangan kaum musyrikin dan
ahli kitab. Kaum zindiq dan munafik yang menganut keyakinan Rafidah dan lainnya
seperti kelompok Islamiyah dan Qaramithah yang sudah dikenal sejak dulu hingga
kini."
Jadi, kata Bassam, kejayaan dan kemuliaan yang dimiliki kaum Muslimin di
belakang timur dan barat bumi disebabkan kerana kejayaan dan kemuliaan penduduk
Syam. Kerana itulah ketika mereka menelan kekalahan pada tahun 699 Hijriyah
kaum Muslimin tertimpa kehinaan dan musibah di berbagai belahan timur dan barat
bumi yang tidak diketahui seberapa besarnya selain Allah semata. Banyak kisah
terkait hal ini yang tidak boleh dijelaskan.
Ulama fiqh dari Mazhab Syafi’ie, Muhammad bin Abdullah Hadi At-Tahtawi
Nuruddin as-Sanadi berkata, “Sabda Nabi SAW, "Apbila penduduk Syam telah
rosak maksudnya menyimpang dari ketaatan terhadap Iman. Sabda beliau maka tidak ada lagi kebaikan di
tengah-tengah kalian," Khitab dalam hadith ini ditujukan pada manusia pada
masa itu ketika terjadinya banyak fitnah di tengah-tengah mereka. Ini
mengisyaratkan era kekuasaan Muawiyah. Kemungkinan-kemungkinan yang dimaksud
adalah rosaknya penduduk Syam disebabkan kerana banyak kemaksiatan,
kesewenang-wenangan, dan meninggalkan jihad, kerana sabda beliau, "Maka
tidak ada lagi kebaikan di tengah-tengah kalian" ditujukan kepada umat
manusia secara keseluruhan bukan hanya untuk orang-orang pada masa itu saja di
mana sebahagian diantara mereka hadir ketika Nabi menyampaikan sabda ini.
Pendapat yang rajih adalah pendapat kedua kerana lafaz hadith ini
bersifat umum dan Nabi tidak mengkhususkan yang untuk waktu tertentu ataupun
untuk orang-orang tertentu sehingga hadith ini lebih utama diertikan secara
umum.
Sementara ahli fiqh lain Alqari berkata sabda beliau, "Apabila
penduduk Syam telah rosak maka tidak lagi kebaikan di tengah-tengah
kalian" maksudnya untuk tinggal di sana dan pindah ke sana.
Bassam berpendapat, pandangan Ibnu Hibban sangat bagus terkait hadith
ini dan memberinya judul Dzikru Ibtighail Fadhl Wash Shalahi li Mustauthinisiy
Syam (Mencari Keutamaan dan Keshalihan Bagi Penduduk Syam).
Ibnu Al Arabi berkata, “Saya mengulas hadith-hadith tentang keutamaan-keutamaan
Syam dalam sunan At-Tirmidzi sebagai berikut, "Terkait pujian Nabi SAW untuk
Syam, alasannya adalah kerana Syam adalah tempat jihad dan ribath. Untuk itu
ketika penduduk Syam rosak, maka rosak pula seluruh umat manusia, kerana ketika
penduduk Syam meninggalkan jihad, mereka menjadi hina."
Ini dijelaskan oleh satu hadith,
Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda:
طُوبَى لِلشَّامِ. فَقُلْنَا
: لأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : لأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ
بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا
Kebaikan pada negeri Syam.' Kami bertanya, 'Mengapa wahai Rasulullah?'
Beliau bersabda: 'Karena Malaikat rahmah (pembawa kebaikan) mengembangkan sayap
di atasnya.” (HR. Tirmizi, no. 3954, beliau berkomentar, hadithnya hasan gharib.
Imam Ahmad dalam Musnadnya, 35/483, disahihkan oleh para peneliti. Disahihkan
pula oleh Syeikh Al-Albani dalam kitab Silsilah Hadith Sahih no. 503)
Ibnu Atsir rahimahullah berkata: “Kata (طوبى)berasal dari wazan (فعلى) , maksudnya kebaikan. Maknanya bukan kebun juga bukan pohon.’
(An-Nihayah, 3/318)
Kalimat (باسطة
أجنحتها عليها ) maksudnya mengembangkan
sayapnya di atas wilayah Syam dan pendudukanya dengan menjaganya dari
kekafiran. Al-Qari berkata, 'Al-Manawi berkata yakni menaungi dan menjaga
dengan diturunkan barakah, serta mencegah bencana dan kerosakan.’ (Tuhfatul
Ahwazi, 10/315).
Rujukan
Bassam bin Khalil Ash Shafadi dalam bukunya: Tanda-tanda Kiamat di
Negeri Syam
https://republika.co.id/berita/qc2ldr320/ketika-kesalehan-penduduk-syam-suriah-kini-jadi-barometer
Fatwa Soaljawab Islam no. 148210
No comments:
Post a Comment