Hadith pertama:
Dari ‘Ubaidillah bin Abi Rafi’, dari ayahnya (Abu Rafi’), beliau
berkata,
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ
حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ
“Aku telah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
mengumandangkan azan di telinga Hasan bin ‘Ali ketika Fatimah melahirkannya
dengan azan solat.”
Takhrij
Sanad hadith:
Musaddad, Yahya, Sufyan, ‘Ashim bin ‘Ubaidillah, ‘Ubaidullah bin Abi Rafi’,
dan Abu Rafi’.
HR. Abu Daud no. 5105 dan Tirmidzi no. 1514, Baihaqi dalam Sunan Kubra
9/300, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 2578, Ahmad 6/9, Abdurrazzaq no.
7986, al-Hakim 3/179.
Imam Tirmidzi menilai hadith tersebut hasan sahih.
al-Hakim berkata sanadnya sahih lalu dibantah az-Zahabi.
Imam Abu Daud mendiamkannya.
Syeikh al-Arnauth menilai sanad hadith ini dhaif.
Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan dalam Irwa no. 1173 dan
merujuk semula, lalu menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith
Dhaif no. 6121, kerani terdapat perawi yang didhaifkan jemaah para nuqqad (Imam
Malik, Ibnu Qahtthan, Ibnu Hibban,
Az-Zahabi, Ibnu Hajar), Ashim bin Ubaidillah.
Az-Zahabi menilai hadith ini munkar dalam Mizanul I’tidal 4/274.
Al-Mubarakfuri juga menilai hadith ini dhaif dalam Tuhfat al-Ahwadzi
4/455.
Hadith kedua:
Dari Al Husain bin ‘Ali, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda,
من وُلِدَ لهُ مولودٌ
فأذَّنَ في أُذُنِه اليُمنى وأقامَ في أذُنِه اليُسرى رُفِعَتْ عَنهُ أمُّ
الصِّبيانِ
“Setiap bayi yang baru lahir, lalu diazankan di telinga kanan dan
dikumandangkan iqamat di telinga kiri, maka Ummu Sibyan (jin betina) tidak akan
membahayakannya.”
Takhrij
Sanad hadith:
Jubaarah, Yahya bin Al ‘Alaa’, Marwan bin Salim, Thalhah bin
‘Ubaidillah, dan Husain.
HR. Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 6780 dan Ibnu Sunni dalam Al Yaum wal
Lailah no. 623
Imam Baihaqi menilai sanad hadith ini dhaif dalam Syuabul Iman no. 8619.
Ibnu Adi menilai hadith ini tidak terpelihara dalam al-Kamil fi Dhuafa
9/24. Yahya bin al-‘Alaa’matrukul hadith.
Al-Iraqi juga menilai sanad hadith ini dhaif dalam Takhrij Ihya 2/69.
Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Kalim Thayyib no. 212
dan Silsilah Hadith Dhaif no. 321. Kerana Yahya bin Al-‘Alaa’ dan Marwan bin
Salim adalah dua orang yang sering memalsukan hadith.
Hadith ketiga:
Dari Ibnu Abbas, beliau mengatakan,
أذن في أذن الحسن بن علي يوم
ولد ، فأذن في أذنه اليمنى ، وأقام في أذنه اليسرى
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam azan di telinga al-Hasan bin ‘Ali
pada hari beliau dilahirkan maka beliau azan di telinga kanan dan iqamat di
telinga kiri.”
Takhrij
Sanad hadith, Ali bin Ahmad bin
‘Abdan, Ahmad bin ‘Ubaid Ash Shofar, Muhammad bin Yunus, Al Hasan bin Amru bin
Saif As Sadusi, dan Qosim bin Muthayyib, Manshur bin Shafiyah, Abu Ma’bad, dan
Ibnu Abbas.
HR. Ahmad 39/297, Baihaqi dalam Syu’abul Iman no. 8620.
Sanadnya dhaif menurut Imam Baihaqi.
Syeikh al-Arnauth berkata dalam sanad ini terdapat perawi bernama Hasan
bin Amru bin Saif al-Sadusi yang matruk dan dia dituduh pendusta oleh Ali bin
Madini dan Imam Bukhari (Takhrij Musnad 39/297).
Jadi kesimpulannya, hadith yang membicarakan tentang azan di telinga
bayi adalah hadith yang lemah sehingga tidak boleh diamalkan.
Pendapat Mazhab (azan sahaja) (Mausuah al-Kuwaithiyah 2/373):-
Fuqaha mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali – dianjurkan
Imam Malik - makruh
No comments:
Post a Comment