Matan hadith
يا علىّ من قال كل يوم خمسة
وعشرين مرّة أستغفر الله العظيم لى ولوالدىّ والجميع المسلمين والمسلمات و
المؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات كتبه الله من أوليائه
Terjemahan
Wahai Ali, siapa yang mengucapkan setiap hari dua puluh lima kali
kalimah:
“( أستغفر الله العظيم
لى ولوالدي ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات )”
Aku memohon keampun kepada Allah yang maha Agung bagiku, kedua orang tuaku, semua orang islam dan orang
yang beriman, baik mereka yang hidup mahupun yang mati”. Maka Allah akan
menetapkan ia termasuk kekasihNya.
Takhrij
HN. as-Sya'rani dalam Washiyyatul Musthafa , nasihat Rasulullah kepada
Ali ra, no. 44.
Hadith ini palsu (https://dorar.net/fake-hadith/486)
Lagi satu yang hampir semakna
استغفر الله العظيم لي
ولوالدي والمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم والأموات فإن من
قالها كل يوم خمساً وعشرين مرة
(Nuzhatul Majalis 1/43)
Dan kitab ini diperingatkan oleh ulama untuk ditinggalkan kerana
mengandungi racun (bercampur baur riwayat palsu yang banyak dengan yang sahih).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 144530
Ithaf Al-Muhibb As-Sail bi Ajwibah As-Sab’ Al-Masail hlm. 9-11
No comments:
Post a Comment